Everything good that happens to you (O Man) is from God, everything bad that happens to you is from your own actions.(Quran 4:79)

Khamis, 13 Jun 2013

SYUKURKU PADAMU YA RABB ~ MAJLIS KONVOKESYEN KE-14

Alhamdulillah, setinggi-tinggi syukur ke hadrat Illahi atas semua limpah kurniaanNya, segala  suka duka yang ditempuhi sepanjang mengikuti pengajian Sarjana Muda Pengajaran (Peringkat Rendah) Dengan Kepujian, Major Bahasa Melayu berakhir dengan kegembiraan yang sukar untuk digambarkan.

Achik merasa amat bertuah kerana dapat memijakkan kaki ke Dewan Merdeka PWTC Kuala Lumpur pada 10 hb. Jun 2013  bagi menghadiri Sidang 5 Majlis Konvokesyen Ke-14 (MK 14) bersama rakan-rakan sepengajian yang lain.

 
Foto yang dimuat turun dari FB Alumni OUM.

 Saat dinanti; menerima skrol dari  YBhg Tan Sri Azman Hashim, Pro Canselor OUM.

Kaki melangkah dengan perasaan yang bercampur baur antara sedih dan gembira.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada YABhg Tun Jeanne Abdullah, Canselor OUM dan YBhg Tan Sri Azman Hashim, Pro Canselor OUM bersempena majlis yang telah diadakan pada 8 hingga 11 Jun 2013 ini.

Tahniah dan syabas juga  kepada semua graduan di atas kejayaan menamatkan pengajian. Tidak dilupakan semua rakan, pensyarah IPGM dan tutor OUM Kota Bharu, terima kasih atas segala perkongsian ilmu. Semoga kecemerlangan dapat dikekalkan dan kejayaan menjadi destinasi impian.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...