Everything good that happens to you (O Man) is from God, everything bad that happens to you is from your own actions.(Quran 4:79)

Sabtu, 15 Jun 2013

CUTI YANG PALING MENGGEMBIRAKAN

Syukur Alhamdulillah. Seingat Achik, cuti pertengahan tahun kali ini ialah cuti yang paling menyeronokkan berbanding cuti-cuti sekolah yang lepas. Seawal cuti iaitu 24 Mei 2013, kami berpeluang pulang ke kampung Achik di Kemaman. Walaupun hanya 1 malam kami bermalam di rumah peninggalan kedua-dua arwah Ku dan Mak, Achik bersyukur kerana dapat melepaskan rindu kepada mereka berdua biarpun hanya tanah kubur dan batu nesan yang dapat ditatap. Kepulangan ke kampung tanpa kedua-dua orang tua ternyata berbeza berbanding keseronokan yang dirasai semasa kedua-dua mereka masih ada. Namun, itulah hakikat yang perlu dihadapi, hanyalah kenangan yang setia dalam kotak memori. Al Fatihah buat mereka.

Oleh kerana Jumaat ialah hari cuti hujung minggu di Pantai Timur, hasrat menikmati menu kegemaran iaitu keropok lekor dan mee talam di Padang Astaka, Kemaman tidak kesampaian. Cadangan suami agar kami mencuba nasib di Kg Geliga atau Kg Kuala Kemaman diterima. Jadi, dapatlah kami menikmati keindahan laut pada waktu petang walaupun mee talam hanya dapat dijamah pada keesokan harinya.

 
Pantai Kuala Kemaman pada jam 6.41 petang.

25 Mei 2013, Kampung Gong Limau, Kemaman kami tinggalkan kerana ada beberapa urusan lain yang perlu diselesaikan. Namun keseronokan bersama keluarga tetap dinikmati bersama. Anak-anak sangat gembira apabila dibawa beriadah di Pantai Irama, Bachok pada 27 Mei 2013. Sekali lagi hati teruja melihat keindahan ciptaan Allah.

Pantai Irama Bachok pada jam 7 pagi.

Pantai Irama Bachok pada jam 7:01 pagi.

Seperti kebiasaan, cuti sekolah merupakan saat yang paling ditunggu untuk mengadakan majlis-majlis kenduri sama ada kesyukuran ataupun perkahwinan. Kami menerima pelawaan jiran untuk menyertai rombongan menghantar pengantin lelaki ke Marang, Terengganu pada 31 Mei 2013. Oleh kerana destinasi yang dituju agak jauh, kami sekeluarga telah memulakan perjalanan seawal 7.00 pagi. Kami mengambil kesempatan merakamkan suasana kampung nelayan sambil melihat gelagat kaki-kaki pancing di Jambatan Tok Bali sementara menunggu ahli-ahli rombongan yang lain.




Tok Bali pada jam  7.49 pagi.

Tahniah dan Semoga Berbahagia Hingga Ke Akhirnya 
kepada Faizal dan pasangan.

Dalam perjalanan pulang, kami singgah di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu dan berkesempatan melawat gerai-gerai pameran sempena Sambutan Bulan Pengguna Kebangsaan 2013.




Anak pertama, Najmi posing dengan hadiah untuk cabutan bertuah.

Anak kedua, Nazrul seronok dapat bermain gelongsor tinggi.

Pada 2 Jun 2013, kami menerima kunjungan teman sepengajian OUM, Cikgu Zahardin bersama isteri dan anak pertama mereka yang sebenarnya dalam perjalanan pulang selepas menghadiri suatu majlis perkahwinan. Pertemuan ini memberi kami peluang untuk membincangkan persediaan untuk menghadiri majlis konvokesyen kami.


Cikgu Zahardin, teman sepengajian yang suka berkongsi maklumat.

Kegembiraan bercuti kami belum berakhir. Pada 7 Jun 2013, kami memulakan perjalanan untuk menghadiri Majlis Konvokesyen Kali Ke-14 OUM yang berlangsung pada 8 hingga 11 Jun 2013 di PWTC, Kuala Lumpur. Sebenarnya inilah kemuncak kegembiraan kami. Achik merasa sangat teruja untuk menghadiri majlis konvokesyen ini kerana ia merupakan penamat dan hadiah bagi perjuangan sepanjang pengajian kami. 

Secara kebetulan, Achik dan suami tersayang akan dianugerahkan skrol pada hari yang sama. Bezanya cuma Achik dalam Sidang 5, manakala suami dalam Sidang 6. Kami bercadang menziarahi adik-beradik Achik di Shah Alam sebelum majlis tersebut dan memilih untuk melalui Cameron Highlands untuk menikmati keindahan dan kedinginannya. 





Keindahan yang memukau


Berehat sambil meneguk secawan teh tarik Bharat.

Pada 8 Jun 2013, kami ditemani Abang Long dan isteri ke OUM untuk mengenalpasti laluan bagi urusan pengambilan pakaian akademik pada keesokan harinya. Sebelum pulang kami singgah di KFC bagi meraikan belated birthday abang Achik yang pertama itu.





Terima kasih Abang Long dan Kak Sal.

 Burger - Makanan Kegemaran Nazrul.

Pada malamnya kami meluangkan masa menikmati makan malam sebelum adik membawa kami sekeluarga ke Dataran Shah Alam. 

Abang Long dan Adik Ma, dua daripada tujuh orang adik-beradik Achik.


Seronok sangat tengok cahaya lampu!

Achik bersama KFG members.

Kenangan bersama Iyad, Iman dan Aisyah.

Dapat bersama abang, adik, anak-anak saudara bersama pasangan dan keluarga masing-masing ialah detik yang amat bernilai. Terima kasih atas layanan mesra dan kesudian meluangkan masa bersama kami. 

Selepas mengambil pakaian akademik, kami mendaftar (check-in) di Hotel Sunway Putra atau Legend, Kuala Lumpur. Kami merasa cukup selesa menginap selama dua malam di sini. 



10 Jun 2013 ialah hari yang paling bersejarah dalam kehidupan Achik ketika ini. Sesungguhnya pengorbanan, kerjasama dan sokongan anak-anak serta ahli keluarga yang lain adalah motivasi bagi kejayaan Achik dan suami.

Sempat posing sebelum ke PWTC.

Ucapan tahniah kepada semua graduan.

Posing lagi selepas majlis.

Kegembiraan dikongsi bersama anak-anak.

Suami tersayang yang sama-sama berjaya menamatkan pengajian.
  
Kegembiraan yang amat kami syukuri.

In Shaa Allah, Muhamad Najmi Naim bin Sidik dan Muhamad Nazrul Iman bin Sidik 
juga bakal bergelar graduan suatu hari nanti.

Walaupun tiga hari melebihi tempoh cuti sekolah yang ditetapkan, Achik merasakan percutian kami kali ini amat bermakna. Bahkan ianya merupakan hadiah yang paling bernilai buat kami sekeluarga. 

 
 Keindahan malam di Kuala Lumpur kekal dalam memori.

Pemandangan menarik di siang hari.


Kegembiraan anak-anak kebahagiaan kami.

Alhamdulillah. Semua yang berlaku adalah dengan izin Allah jua. Terima kasih atas segala nikmat yang Engkau limpahkan kepada hambaMu, Ya Allah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...