Everything good that happens to you (O Man) is from God, everything bad that happens to you is from your own actions.(Quran 4:79)

Isnin, 10 Disember 2012

Skop Jawapan Koleksi Soalan Bahagian A HBML4403 (Kompetensi dalam Bahasa Melayu)

Ulangkaji Akhir Achik (Siri 2)

1. Lengkapkan jadual di bawah:


Kriteria
Penerangan
Agenda
Jelas, tepat dan menyeluruh
Masa
Dirancang berdasarkan agenda yang telah ditetapkan
Kemudahan Bilik Mesyuarat
Lengkap dan selesa
Nota Mesyuarat
Dihantar kepada setiap ahli 14 hari sebelum mesyuarat

(September 2011)

# Nyatakan EMPAT kriteria utama untuk melaksanakan sesuatu mesyuarat. (Januari 2012) 

# Nyatakan DUA ciri penting ke arah memastikan perancangan perjalanan sesuatu mesyuarat yang berkesan dari segi 'agenda mesyuarat' dan 'kemudahan bilik mesyuarat'. (Mei 2012) 
   
2. Senaraikan EMPAT prosedur yang perlu diamalkan sebelum memberi ucapan. (September 2011)

# Selain daripada rakaman, cerakinkan prosedur-prosedur lain yang harus diamalkan oleh seseorang individu sebelum berucap. (Mei 2011)

i) Draf isi
a. melebihi lima poin
b.  tepat, jelas dan dihuraikan

ii) Khalayak
a. mendengar ucapan
b. melakukan rujukan

iii) Berlatih
a. mengadap cermin
b. elakkan pembacaan teks (boleh gunakan kertas bersaiz kecil untuk mengimbas isi)

iv) Mental
a. gambarkan kekuatan minda untuk berfikir
b. rasakan penonton memberikan perhatian

v) Rakaman
a. jika ada peluang, boleh membuat rakaman video
b. baiki kekurangan berdasarkan rakaman.  

3. Susun semula tatacara keputusan peperiksaan di bawah mengikut urutan yang betul: (September 2011)

i) Penerimaan lembaran markah yang telah diputuskan dalam Jawatankuasa Peperiksaan Sekolah; (4)

ii) Penyediaan markah penilaian murid; (1)

iii) Penyediaan lembaran markah untuk semakan Ketua Panitia; (2)

iv) Membentangkan semua salinan lembaran markah dalam mesyuarat Jawatankuasa Peperiksaan Sekolah. (3) 

4. Terangkan maksud 'pentantaan tentatif'. (September 2011)

Pentantaan Tentatif bermaksud penghubung antara objektif kajian dengan hipotesis kajian. Hipotesis boleh digubal jika terdapat sesuatu yang hendak diukur adalah signifikan atau sebaliknya. Soalan seperti "Adakah guru Bahasa Melayu mengetahui tentang unsur Kemahiran Berfikir dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah?" mempunyai perkaitan dengan objektif penyelidikan kajian.
 
5. Berikan EMPAT contoh Interpretasi Masalah berdasarkan carta 5W + 1H. (September 2011)


Interpretasi Masalah
Contohnya
Apakah masalah yang berlaku?
Murid tidak berminat dalam pembelajaran
Bilakah masalah berlaku?
Semasa pengajaran guru
Mengapakah masalah berlaku?
Guru tidak kreatif dalam pengajaran
Di manakah masalah berlaku?
Tingkatan tertentu
Bagaimanakah masalah berlaku?
Guru tidak didedahkan dengan kursus pengajaran kreatif


6. Terangkan rasional mengapa isu-isu berikut sering dibangkitkan dalam akhbar? (Mei 2011)

(a) Pendidikan
Dianalisis, dikaji, dibanding dan dijadikan bahan penyelidikan dan pembangunan.
 
(b) Perpaduan
Menyatukan penduduk dunia ke arah keharmonian dan kesejahteraan.

7. Jelaskan DUA rasional pemilihan bidang yang hendak ditulis dalam penulisan rencana yang memperlihatkan proses dan penemuan penulisan sebagai satu daya usaha yang mencabar, menarik serta menyeronokkan.  (Mei 2011)

(a) Wujud  keselarasan dalam pengetahuan isi dan bahasa (fonetik, fonologi, morfologi, semantik, sintaksis dan tatabahasa);

(b) Terdapat perkaitan antara pengetahuan isi dan tajuk;

(c) Mengaplikasikan pengetahuan dari segi format, struktur dan organisasi penulisan;

(d) Mudah disejajarkan dalam proses penulisan;

(e) Memudahkan proses penyuntingan.   

8. Olah DUA daripada strategi berikut dalam mengoptimumkan penggunaan sumber dalam pengajaran dan pembelajaran: (Mei 2011)

(a) Cantuman
Guru boleh menggunakan 'authorware' untuk mencantumkan bahan daripada sumber audio kaset, pita video, perisian multimedia dan bahan internet dalam 'word processor'  atau 'electronic presentation'  untuk dihasilkan dalam pengajaran dan pembelajaran yang amat menarik dan berkesan.

(b) Penggunaan Serentak Beberapa Jenis Sumber
Penggunaan bahan pelbagai sumber akan memberi kesan kepada semua pancaindera murid justeru menjadikan pengajaran lebih berkesan. Guru boleh menggunakan bahan audio, video, perisian multimedia dan bahan cetak bagi aktiviti perbincangan murid bersama rakan sebaya. Pengajaran dan pembelajaran boleh diteruskan dengan menggunakan bahan daripada internet untuk mendedahkan maklumat terkini. Diakhiri dengan persembahan hasil pembelajaran melalui komputer dan disebarkan kepada rakan sebaya melalui 'classnet'.  Melaluinya juga murid boleh berbincang dan berinteraksi antara satu sama lain.

(c) Perkongsian sumber pengajaran melalui Internet
Guru sekolah bestari harus berkongsi sumber pembelajaran yang dicipta melalui 'edunet' supaya manfaat yang maksimum boleh dinikmati bersama. Melalui perkongsian ini seseorang guru boleh mengembangkan potensinya kepada tahap maksimum dan seterusnya mencapai kejayaan yang membanggakan. 

(d) Penyelidikan dan pembangunan
Melalui kajian tindakan yang dijalankan, guru boleh menggunakan maklumat (dapatan) tentang pengajaran dan pembelajaran, serta mencuba teknik atau kaedah tertentu untuk meningkatkan pencapaian pelajar. Penyebaran tentang keberkesanan bahan atau cara mengoptimumkan penggunaannya dapat memberi faedah berguna kepada guru lain. 

9. Terangkan dengan ringkas EMPAT kelemahan pelajar yang boleh dikenal pasti  dalam penguasaan bahasa Melayu di peringkat sekolah. (Mei 2011)

(a) Pelajar gagal menguasai kemahiran membaca, memahami dan menulis;

(b) Pelajar tidak memberikan tumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran;

(c) Tugasan/kerja sekolah yang diberikan guru gagal disiapkan pada masa yang ditetapkan;

(d) Pelajar sering tidak menghadiri program pemulihan dan pengayaan bahasa yang diadakan. 

10.  Senaraikan EMPAT jenis ucapan. (Januari 2012)

#Senaraikan DUA huraian ucapan jenis ekstemporanas. (Mei 2012)   

(a) Ucapan Spontan 
  • Penyampaian secara tiba-tiba dan tidak dirancang,
  • Ucapan disampaikan tanpa persediaan awal dan dalam keadaan 'terpaksa'.     
(b) Ucapan Ekstemporanas
  • Penyampaian ucapan secara spontan, tetapi pengucap bersedia dari segi mental, emosi dan idea yang mudah dirangka,
  • Merujuk kepada rangka isi kandungan dan penggunaan kata kunci.
(c) Ucapan Manuskrip
  • Pengucap hanya membaca teks yang telah disediakan dan sesekali mengekalkan hubungan mata dengan audien. 
(d) Ucapan Hafalan
  • Pengucap menggunakan kuasa ingatan dalam penyampaian.
11. Berikan EMPAT contoh komunikasi tulisan. (Januari, Mei 2012)

(a) Memorandum (1. suatu bentuk perjanjian bertulis antara dua pihak, 2. memo ~ nota ringkas tentang se­suatu perkara berupa edaran dalaman)

(b) Surat-menyurat (komunikasi dua hala)

(c) Laporan Bertulis (persembahan atau penyampaian maklumat)

(d) E-mel (maklumat, mesej dan sebagainya yang dihantarkan secara elektronik dari satu terminal komputer ke terminal komputer yang lain)

(e) Perbualan Internet/Blog (mesej yang ditaip, dicapai melalui talian dalam masa nyata) 

12. Tunjukkan EMPAT kepentingan penggunaan akhbar.  (Januari 2012)  

(a) Memperkembangkan minda murid terutamanya dalam aspek sosial, ekonomi, kebudayaan, ketatanegaraan dan pendidikan;

(b) Menjadi bahan rujukan yang luas ke arah membina pengetahuan tentang sesuatu topik dalam Bahasa Melayu;

(c) Menginovasikan pemikiran murid untuk menerokai ilmu Bahasa Melayu seperti pengwujudan teknik penstrukturan ayat-ayat huraian bagi karangan, selain pendekatan dalam penguasaan serta pengaplikasian idiom dalam penulisan;

(d) Memudahkan murid menganalisis sesuatu fakta secara mantap, sama ada dalam kefahaman, ringkasan, ulasan, rumusan ataupun karangan;

(e) Menambahkan koleksi murid dalam membuktikan sesuatu rujukan yang konkrit serta rasional menerusi kepelbagaian bacaan.

13. Senaraikan EMPAT keperluan dalam penulisan rencana ulasan secara kritis. (Januari 2012)  

(a) Laporan maklumat yang tepat;

(b) Nilai kekuatan dan kelemahan perbincangan;

(c) Pemberian alasan atau contoh terhadap kritikan;

(d) Sifat adil dan tidak berprasangka. 

14. Tunjukkan EMPAT sebab bahan dan isu yang dibaca menerusi akhbar perlu difahami dan dianalisis. (Mei 2012)

(a) Mengasosiasikan Sumber
  • Murid mudah mengaitkan antara sumber yang dipelajari dengan sumber yang dirujuk.
(b) Membentuk Pembelajaran Kendiri
  • Murid dapat berusaha dan mengalami sendiri kreativiti yang dicetuskan sendiri.
(c)  Membuka Ruang dalam Pembentukan Kemahiran Bernilai Tambah
  • Murid mampu mengamalkan pembelajaran luas seperti mengakses maklumat dan penyelesaian masalah berdasarkan pengetahuan yang sedia ada.
(d) Menggunakan Sumber Nasional dan Global
  • Murid didedahkan dengan sumber pembelajaran nasional dan tanpa sempadan yang mendasari bacaan serta rujukan pada akhbar dan majalah dalam talian.   
(e) Mengisi Masa Terluang
  • Murid mampu menggunakan waktu senggang dengan teratur dan terancang menerusi rujukan pada akhbar dan majalah lama.  
(f) Membentuk Nilai Kesabaran dan Ketekunan
  • Murid dapat menilai sendiri bahawa usaha untuk membuat rujukan pada akhbar dan majalah memerlukan ketelitian, selain menginjak sifat jati diri seperti sabar dan tekun.
(g) Menghargai Sumber Alternatif
  • Akhbar dan majalah wajar dijadikan sumber alternatif untuk mengiringi penerangan guru yang berdasarkan buku teks ke arah memastikan perkembangan ilmu pengetahuan murid dalam bahasa adalah mencukupi.    
15. Senaraikan EMPAT perkara penting dalam pemilihan kandungan dan hujah sesuatu penulisan rencana. (Mei 2012)

(a) Perkaitan
  • Langkah untuk mengaitkan dengan pantas dan luas mengenai sesuatu isu dan permasalahan. 
(b) Perbandingan
  • Membandingkan dua atau lebih benda, cerita atau cara dengan mengenal pasti ciri-ciri persamaan dan perbezaan serta membuat huraian dan kesimpulan.  
(c) Pengkelasan
  • Meletakkan pelbagai benda, cerita dan cara dalam kelas-kelas(kategori) yang sesuai.
  • Melibatkan kemahiran menyama dan membezakan ciri-ciri serta mengkelaskannya dengan tepat. 
(d) Penilaian
  • Menilai sesuatu isu dan permasalahan dengan tujuan untuk menentukan kesahan.
(e) Penyusunan dan Aturan 
  • Menyusun atur perkataan, ayat, idea, tugas, tindakan atau cara mengikat sesuatu urutan, pola, hierarki atau keutamaan yang dikehendaki.
Sumber utama:
Modul HBML4403  Kompetensi dalam Bahasa Melayu  

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...