Everything good that happens to you (O Man) is from God, everything bad that happens to you is from your own actions.(Quran 4:79)

Sabtu, 29 Disember 2012

Episod Baharu


Alhamdulillah. Berakhir sudah cabaran yang bermula dengan KDP 14 minggu di IPGM Kota Bharu pada pertengahan September 2009, dan diakhiri dengan menjawab soalan OUMH 2203 yang tamat pada 11 pagi, 29 Disember 2012 di PP OUM Kelantan. 

Semoga hari-hari mendatang dapat dipenuhi dengan menunaikan sebaik-sebaiknya tanggung jawab sebagai hamba Allah yang taat, isteri yang solehah, menantu yang baik, ibu yang bertanggung jawab, anak yang sentiasa mendoakan kesejahteraan kedua arwah Ku, Mak dan bapa-bapa atau ibu-ibu saudara termasuk nenek-moyang. 

Tidak lupa sebagai adik dan kakak yang menghormati, menyayangi dan mendoakan kesejahteraan di dunia dan di akhirat buat abang-abang, kakak, adik dan ahli keluarga mereka, juga sebagai guru yang bertanggung jawab, rakan dan jiran yang perihatin. 

Ada lagi ke??? Rasa macam nak 'cover' semua yang tertinggal atau ditinggalkan, yang terabai atau diabaikan... Huhuhu...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...