Everything good that happens to you (O Man) is from God, everything bad that happens to you is from your own actions.(Quran 4:79)

Jumaat, 14 Oktober 2011

Lawatan Penanda Aras dan Program Khidmat Bantu Pusat Sumber Sekolah

Alhamdulillah, walaupun terpaksa meninggalkan anak-anak didik selama 3 hari berturut-turut, Achik merasakan ianya berbaloi memandangkan ilmu berkaitan pengurusan pusat sumber sekolah yang diperolehi. 


Pada 11 Oktober, Achik telah menyertai Lawatan Penanda Aras PSS di SMK Dato' Perdana yang merupakan Johan Pengurusan PSS dan Pengurusan Nilam Kategori Sekolah Bandar bagi tahun 2010. 


Lebih menggembirakan malah menyebabkan Achik turut merasa bangga ialah kerana tenaga utama di sebalik kejayaan itu juga merupakan bekas pelatih Maktab Perguruan Pasir Panjang, Kuala Terengganu, iaitu Puan Maheram binti Majid. Beliau kini merupakan GPMS Cemerlang negeri Kelantan dan dengan kredibliti serta komitmen tinggi beliau telah melayakkan PSS SMK Dato' Perdana berjaya meraih anugerah tersebut bersesuaian dengan jolokan "Sekolah dalam Taman Sumber".


Manakala pada 12 dan 13 Oktober pula, Achik terlibat dalam "Program Khidmat Bantu PSS" di SK Bachok. Menyertai program selama dua hari ini memberi lebih banyak pendedahan kepada Achik dalam selok-belok menguruskan PSS sekaligus dapat memahami dan mendalami tugas sebagai seorang GPM. 





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...