Everything good that happens to you (O Man) is from God, everything bad that happens to you is from your own actions.(Quran 4:79)

Selasa, 27 September 2011

King's Family Wedding of the Year

    

Alhamdulillah, Majlis Perkahwinan Along Fairul dan Kak Yat berjalan sempurna seperti dirancang. Tarikh 17 September 2011 merupakan detik bersejarah dalam kehidupan mereka, setelah sah bergelar sebagai suami isteri pada majlis akad nikah yang telah diadakan di masjid perkampungan Felda Sg. Nerek, Pahang.

Pada 24 September 2011, majlis kenduri perkahwinan mereka diadakan pula di Kemaman, Terengganu. Rombongan pengantin telah selamat tiba ke rumah keluarga pengantin lelaki lebih kurang pukul 3 petang dan diiringi oleh flower girls yang menabur bunga di sepanjang laluan.


Ketibaan mereka juga disambut oleh sekuimpulan pelajar yang merupakan penuntut sebuah madrasah yang bertempat di Batu 4, Chukai, Kemaman. Beberapa buah lagu nasyid telah didendangkan sepanjang majlis ini disamping memohon keberkatan Tuhan.



Persembahan silat oleh Abang Ngah Zack dan Ilham yang tangkas dengan skil masing-masing ternyata menghiburkan dan memukau semua hadirin.


Kepada pasangan Along Fairul dan Kak Yat tahniah dan Selamat Pengantin Baru Achik ucapkan.


Semoga Along Fairul dan Kak Yat tabah dalam melayari kehidupan baru dan menikmati kehidupan berkeluarga yang bahagia hingga ke akhirnya. InsyaAllah.



"Selamat Pengantin Baru dan Selamat Melayari Kehidupan Baru"

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...