Everything good that happens to you (O Man) is from God, everything bad that happens to you is from your own actions.(Quran 4:79)

Sabtu, 13 Ogos 2011

HBAE2203 Membentuk dan Membuat Binaan ~ Panduan Menjawab Soalan "Apresiasi Seni"

Mobail di atas dihasilkan oleh Alexander Calder dan diberi tajuk “Antennae with Red and Blue Dots” Berpandukan mobail di atas, buat apresiasi seni mengenai karya di atas.

Contoh Jawapan:

1.    Tajuk dan Tema Sesuai

a.    Tajuk di atas relevan dengan bentuk dan penampilan mobail yang diperagakan.
b.    Tema berkaitan dengan beburung, dedaunan terbang melayang di angkasa lepas.
c.    Mobail ini membentuk seolah-olah objek ini melayang-layang.
2.    Alat dan Bahan yang Sesuai

a.    Kepingan Loyang yang ringan dan lasak.

b.    Cantuman secara peteri atau kimpalan dilakukan untuk menghasilkan mobail ini.

c.    Dawai-dawai kasar digunakan untuk membentuk suatu adunan struktur yang mantap dan kukuh.

d.    Ribet dan ikatan bol dan nat digunakan untuk penyatuan komponen mobail.

e.    Gerudi letrik digunakan untuk urusan menebuk komponen yang berkaitan.

3.    Pilhan Reka Bentuk Berasaskan Warna dan Padanan Imej
a.    Reka bentuk berasaskan objek terbang.
b.    Konsep simetri tidak tulen yang amat relevan dengan ciri mobail. Kelihatan gah dan menarik.
c.    Penegasan pada warna merah dan biru yang menjadi focal-point atau titik pemerhatian.
d.    Simple tetapi menarik.
e.    Wujud unsur naratif dan konsep yang beresepadu dari ciri pengkaryaan.

4.    Kesesuaian Secara Keseluruhan

a.    Imbangan tidak simetri yang menarik dan serasi dengan konsep mobail.

b.    Aplikasi unsur seperti garisan, rupa, dan warna begitu mantap dan berjaya.

c.    Aplikasi prinsip rekaan seperti kontra, rentak, harmoni, imbangan, pergerakan, dan penegasan sangat tepat dan relevan dengan tajuk dan tema.

d.    Kesepaduan reka bentuk yang mantap dan mampan.


Sumber : Modul HBAE2203 Membentuk dan Membuat Binaan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...