Everything good that happens to you (O Man) is from God, everything bad that happens to you is from your own actions.(Quran 4:79)

Khamis, 19 Mei 2011

Kenali Arca


ARCA

1. Pengenalan
- Arca merupakan karya seni berbentuk 3 dimensi untuk dikaji dan dinikmati nilai estetikanya
- Arca merupakan karya seni yang boleh dilihat, disentuh dan dirasai.

2. Jenis-jenis arca
a- Arca Berfungsi – arca yang mempunyai nilai keindahan dan diguna untuk tujuan tertentu seperti patung berhala untuk disembah.

Contoh:

b- Arca Estetikaarca yang menjadi bahan tatapan sahaja untuk dinikmati nilai seninya.

Contoh:

3. Bahan binaan arca
- Arca biasanya dibina menggunakan tanah liat, kayu, batu, logam dan campuran bahan-bahan tersebut.

4. Teknik membina arca
a- Arca luakan – memerlukan pengurangan, pembuangan dan pemotongan bahagian tertentu sehingga bentuk yang dikehendaki terhasil.


b- Arca binaan – satu bahan utama digunakan dan dibuat penambahan sehingga terbentuk hasil yang dikehendaki.


c- Arca asemblajmenggunakan bahan-bahan yang berlainan seperti kayu, logam, batu dan sebagainya untuk membentuk sesuatu yang menarik.


d- Arca acuan – dibuat dengan menuang bahan seperti ‘plaster of paris’, lilin, simen, tanah liat dsb ke dalam acuan.


e- Arca timbulan – bentuk 3 dimensi tersembul keluar dari permukaan 2 dimensi, alat yang biasa diguna seperti pahat, tukul, pengikir, dan pengikis.


f- Arca bergerak/mobail/kinetik – arca ini boleh bergerak atau berputar, biasanya ia dibuat daripada besi dawai, kepingan logam, dan bahan yang ringan.


g- Arca dinding – dihasilkan di atas kepingan kayu atau logam nipis dan dijadikan hiasan dinding, meja atau digantung pada siling.


h- Arca gabungan – gabungan beberapa jenis arca di atas.


Contoh Arca Asemblaj Tema Teknologi :


 " Queen R " - karya Achik
 
 Sumber nota :http://psvspm.blogspot.com/

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...