Everything good that happens to you (O Man) is from God, everything bad that happens to you is from your own actions.(Quran 4:79)

Khamis, 7 April 2011

Skop Jawapan Soalan Lepas HBML2203

Sekadar mampu...

1. Namakan DUA gaya pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran bestari. 

Gaya pembelajaran ialah cara seseorang mempelajari sesuatu mengikut kecenderungannya. Dengan kata lain gaya pembelajaran ialah minat yang mendorong seseorang untuk memproses maklumat baru atau pengalaman. Pedagogi Bestari yang digubal oleh PPK adalah sesuai dengan pelbagai gaya pembelajaran pelajar untuk mencapai  matlamat FPK. Terdapat dua model gaya pembelajaran, iaitu:




Dunn dan Dunn telah mencipta Model Gaya Pembelajaran yang berasaskan unsur-unsur stimulus yang disukai oleh seseorang murid. Model Dunn dan Dunn menyatakan bahawa gaya pembelajaran seseorang bergantung kepada unsur-unsur yang disukainya adalah di bawah lima stimulus iaitu alam sekitar, emosi, sosiologi, fizikal, serta psikologi. Kedua-dua model gaya pembelajaran dihuraikan di bawah ini.


Menurut Dunn dan Dunn, pelajar berbeza daripada aspek:
i. Persekitaran

ii. Emosi

iii. Sosiologi

iv. Fizikal

v. Psikologi


Pelajar yang mempunyai gaya pembelajaran yang fleksibel biasanya mempunyai pencapaian yang tinggi dan dapat memproses maklumat dalam pelbagai cara. Ciri-ciri murid atau pelajar yang mengamalkan gaya pembelajaran VAK ialah seperti di bawah:

Visual :
Ciri Pelajar
  • Mudah mengingati maklumat yang disampaikan dalam bentuk visual seperti rajah dan gambar.
  • Mudah mengikuti arahan bertulis.
  • Boleh menggambarkan maklumat dalam minda walaupun tanpa teks.
  • Memiliki kemahiran visual-spatial, iaitu menggambarkan saiz, bentuk, tekstur serta struktur tiga dimensi.
  • Peka terhadap komunikasi non-verbal, iaitu dapat membaca ekspresi muka dan postur.
  • Mengingati sesuatu pembelajaran dengan mencatat nota dan arahan.
Auditori :
Ciri Pelajar
  • Lebih mudah mengikuti dan mengingati maklumat dengan cara mendengar perbualan formal dan tidak formal.
  • Boleh mengingati maklumat melalui pembacaan kuat atau menggerakkan bibir semasa membaca.
  • Dapat mengukuhkan ingatan dengan cara mendengar semula rakaman, mengajar rakan serta berbincang.
  • Menunjukkan keterampilan berbahasa secara lisan dan bertulis.
  • Ada bakat muzik dan sensitif pada nada, ritma serta irama.
  • Sensitif terhadap bunyi-bunyi bahasa yang berbeza-beza dan mudah mempelajari bahasa baru.
Kinestatik :
Ciri Pelajar
  • Belajar dengan baik melalui pengalaman dan mengambil bahagian secara aktif melalui aktiviti fizikal.
  • Mudah belajar melalui aktiviti ’hands-on’ seperti dalam pendidikan jasmani dan teater.
  • Suka kerja lapangan.
  • Menunjukkan kemahiran motor, iaitu koordinasi badan yang baik dan mahir dalam sukan atau lakonan serta kerja tangan seperti membaiki benda rosak, mengubahsuai sesuatu dan seni kraftangan.
2. Kemahiran Berfikir terbahagi kepada dua jenis, iaitu Kritis dan Kreatif. Berikan DUA contoh Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif.

Kemahiran Berfikir Kritis bermaksud keupayaan minda menilai kemusabahan dan kewajaran sesuatu hujah membuat pertimbangan wajar dengan alasan dan bukti.
Manakala Kemahiran Berfikir Kreatif ialah kecekapan menggunakan minda untuk menghasilkan atau mencipta idea baru dan mencari makna serta penyelesaian masalah secara inovatif.
Jadual di bawah menunjukkan contoh-contoh Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif.

 
3. Membaca merupakan satu proses yang kompleks. Kemahiran ini melibatkan proses komunikasi antara pembaca dengan penulis melalui tulisan. Nyatakan jenis kemahiran membaca yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat.

Terdapat empat jenis bacaan seperti yang ditunjukkan di bawah ini
Skimming/ Luncuran Skanning/ Imbasan Bacaan Intensif Bacaan Laju
  • Membaca untuk mendapatkan maklumat ringkas dan pantas tetapi menyeluruh tentang sesuatu perkara atau maklumat daripada bahan yang dibaca
  • Mendapat pandangan umum tentang sesuatu perkara dengan segera
  • Membaca untuk mendapat maklumat berdasarkan persoalan yang dikemukakan
  • Membaca untuk mendapatkan maklumat terperinci teks yang panjangnya terhad dalam masa yang ditetapkan
  • Mencatat maklumat penting
  • Membaca untuk mendapatkan maklumat terperinci teks yang panjangnya terhad dalam masa yang ditetapkan
  • Mencatat maklumat penting
Cara
  • Membaca tajuk, pendahuluan, dan rumusan sesuatu bahan/ dokumen
  • Membaca dengan pergerakan mata yang cepat
Cara
  • Membaca pendahuluan dan rumusan teks secara mendalam
  • Membaca kandungan bab dengan pantas dan mencatat kata kunci dan konsep
  • Memberi perhatian kepada rajah dan grafik
Cara
  • Memberikan tumpuan dan fokus sesuatu isu/ permasalahan
Cara
  • Menggunakan masa tertentu/ terbatas
  • Menjimatkan       masa
 
4. Berikan DUA peranan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam pendidikan.

Kemahiran TMK ialah teknologi yang melibatkan pengumpulan, penyimpanan serta penyebaran maklumat dalam pelbagai bentuk, contohnya cakera padat (CD), disket, laman web, software serta desktop komputer.  
Dalam pendidikan, TMK berperanan sebagai:
  • Alat bantu dalam semua urusan;
  • Medium pengajaran dan pembelajaran yang berkesan; dan
  • Alat dalam pengurusan dan pentadbiran di sekolah.
5. Senaraikan DUA jenis pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran bestari.
Jenis pembelajaran ialah penglibatan murid mengikut aktiviti pembelajaran secara berterusan mengikut keperluan, minat serta kebolehan murid.  

Ada empat jenis pembelajaran iaitu:
  • Pembelajaran Masteri;
  • Pembelajaran Kadar Kendiri;
  • Pembelajaran Akses Kendiri; dan
  • Pembelajaran Terarah Kendiri.
6. Berdasarkan teori konstruktivisme, pengetahuan dibina secara aktif oleh individu yang berfikir. Berikan DUA konsep asas konstruktivisme.  

Dalam konteks pembelajaran, teori konstruktivisme menekankan bahawa ilmu pengetahuan tidak boleh wujud di luar minda, tetapi dibina di dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar.  
Asas kepada konsep konstruktivisme adalah seperti yang berikut:
  • Pemerolehan ilmu pengetahuan oleh individu adalah melalui inisiatifnya sendiri.
  • Tujuan pemerolehan ilmu adalah untuk perubahan diri ke arah yang lebih baik.
  • Proses pemerolehan ilmu merupakan hasil rasionalisasi pengalaman individu.
7. Sekolah bestari ialah institusi yang direka semula daripada segi amalan pedagogi, pengajaran dan pembelajaran. Berikan DUA komponen teras pedagogi bestari.


Komponen teras pedagogi bestari merangkumi :

i. Teori pembelajaran  
Pada asasnya konsep pembelajaran yang berlandaskan teori-teori pembelajaran masa kini terbahagi kepada empat, iaitu behavioris, kognitif, sosial serta humanis.


ii. Kemahiran Generik
Lima elemen bestari dalam Kemahiran Generik ialah Kemahiran Berfikir, Kemahiran Belajar, Kemahiran Mentaksir dan Menilai, Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta Kemahiran Fasilitator.

iii. Ciri-ciri pelajar
Kecerdasan Pelbagai atau Multiple Intelligences (MI) merupakan satu komponen ciri-ciri pelajar dalam Pedagogi Bestari.Terdapat sembilan MI, iaitu verbal linguistik, logik matematik, visual/ruang, muzik, kinestetik, interpersonal, intrapersonal, naturalis serta kerohanian/spritual.

iv. Strategi pengajaran
Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) bestari.terdiri daripada sembilan strategi iaitu :
  • Strategi P&P Direktif
  • Strategi P&P Pemerhatian
  • Strategi P&P Generatif
  • Strategi P&P Mediatif
  • Strategi P&P Koperatrif dan Kolaboratif
  • Strategi P&P Konteks Luar
  • Strategi P&P Metakognitif
  • Strategi P&P Kontekstual
  • Strategi P&P Masa Depan
v. Jenis pembelajaran
Ada empat jenis pembelajaran iaitu :
  • Pembelajaran Masteri;
  • Pembelajaran Kadar Kendiri;
  • Pembelajaran Akses Kendiri; dan
  • Pembelajaran Terarah Kendiri.
8.  Strategi mediatif ialah proses mengaplikasikan pengetahuan sedia ada untuk menyelesaikan masalah, membuat keputusan, andaian, inferens dan hipotesis. Nyatakan DUA pendekatan yang boleh guru gunakan melalui strategi ini. 

Strategi mediatif ialah satu proses mengaplikasikan pengetahuan sedia ada untuk menyelesaikan masalah, membuat keputusan, membuat andaian, membuat inferens serta hipotesis. Strategi ini memberikan peluang kepada murid untuk menentukan secara sistematik konsep yang diajar dengan mengklasifikasikan dan membuat kategori.  

Guru boleh menggunakan pendekatan :
  • Perbincangan terbuka (open-ended discussion)
    Contoh topik yang sesuai untuk perbincangan:
    1. Pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris perlu kajian terperinci.
    2. Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) wajar dihapuskan untuk melahirkan generasi yang kreatif dan inovatif.
    3. Peranan sekolah dalam membentuk remaja yang berketerampilan.
  • Pembinaan konsep

9. Pembelajaran terarah kendiri ialah pembelajaran yang mendidik murid menjadi pelajar yang berdikari. Matlamat utamanya adalah untuk membantu murid meningkatkan proses pembelajaran terarah kendiri. Nyatakan DUA cara bagaimana matlamat ini boleh dicapai.

Strategi Guru untuk Mencapai PTK


 
10. Pembelajaran yang berkesan dapat dicapai melalui pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan strategi generatif, kontekstual dan mediatif. Berikan DUA contoh aktiviti P&P menggunakan strategi generatif. 

i. Aktiviti Mencipta Metafora
Metafora adalah sejenis figuratif yang dicipta untuk menyatakan makna sesuatu perkara dengan menggunakan kata lain. Dengan kata lain metafora ialah penggunaan perumpamaan untuk menyampaikan sesuatu atau menghasilkan sesuatu yang baru.


  • Guru meminta murid memberi pendapat sama ada bersetuju atau tidak jika dikatakan guru ibarat lilin, sanggup membakar diri semata-mata untuk menerangi orang lain.
  • Murid diminta memberi alasan bagi setiap pendapat (setuju atau tidak) yang diajukan.
  • Guru mengumpul segala jawapan murid dengan menaip dalam laptop.

  • Murid dibahagikan kepada enam orang satu kumpulan dan diberikan kad tugasan.
  • Guru meminta murid mencipta metafora guru, dan memberi alasan dan pendapat bagi metafora yang dicipta misalnya guru ibarat air serta guru ibarat matahari, guru ibarat internet, guru ibarat pokok, guru ibarat lampu.
  • Setiap ahli kumpulan diminta memberi alasan mengapa mereka mencipta metafora sedemikian untuk guru, misalnya guru ibarat air. Air ialah anugerah Tuhan yang sangat berguna bagi kehidupan di dunia. Tanpa air manusia tidak boleh hidup. Begitu jugalah dengan guru. Guru penting sebagai penyampai ilmu dan pendakwah yang memimpin masyarakat dan murid ke arah kebaikan. Tiada guru Tiada mahasiswa serta tiada mahasiswa tiada cendekiawan. Tiada cendiakawan, tiada pembangunan sumber manusia. Itulah metafora seorang guru.
  • Murid menaip dalam komputer setiap alasan dan pendapat yang diberikan oleh ahli kumpulan.

  • Wakil kumpulan diminta membentangkan hasil perbincangan di hadapan kelas.
  • Kumpulan lain diminta membuat penilaian dengan mengisi borang penilaian. Penilaian dibuat berdasarkan isi, bahasa  dan persembahan.
ii. Aktiviti Membuat Analogi

Bapa   sama seperti   Perdana Menteri


APAKAH PERSAMAANNYA?
  1. Berperanan sebagai ketua
  2. Bertanggungjawab terhadap orang bawahannya
  3. Menjadi model pengikutnya
  4. Orang yang perlu dihormati
APAKAH PERBEZAANNYA?
Menyara hidup keluarga Tanggungjawab Tidak menyara hidup rakyat
Memberi bimbingan agama dan kasih sayang Bimbingan Melantik menteri dalam kabinet dan adakan kempen serta program
Prihatin terhadap pendidikan Anak-anak Pelajaran Diberi tugas kepada Menteri Pelajaran
Menyediakan tempat tinggal yang selesa Tempat kediaman Rakyat mesti beli rumah sendiri
Mengkahwinkan anak apabila dewasa Kekeluargaan
  • Memberi kebebasan kepada individu
  • Guru mengaktifkan pengetahuan sedia ada murid tentang penggunaan bahasa mengikut situasi dengan menayangkan slaid.
  • Murid menjelaskan peristiwa yang pernah dialami
  • Guru mengedarkan kad tugasan simulasi yang berbeza kepada 4 kumpulan


KESIMPULAN
Peranan bapa sama dengan peranan Perdana Menteri walaupun mempunyai tanggungjawab yang berbeza antara satu sama lain.
11. (a) Berikan EMPAT teori pembelajaran yang dipelopori oleh tokoh-tokoh penting.
Teori-teori pembelajaran merujuk kepada prinsip-prinsip dan hukum-hukum pembelajaran yang dihasilkan daripada kajian ahli-ahli psikologi pendidikan. Melalui teori-teori pembelajaran ini, guru akan memahami pelbagai cara pembelajaran murid-murid dan seterusnya menghubungkaitkan prinsip dan hukumnya dengan kaedah dan teknik mengajar untuk mencapai objektif pelajaran dengan berkesan. Pada asasnya konsep pembelajaran yang berlandaskan teori-teori pembelajaran masa kini terbahagi kepada empat, iaitu :
  1. Teori Pembelajaran Mazhab Behavioris





Antara tokoh-tokoh terpengaruh ialah Pavlov, Thorndike, dan Skinner
  1. Teori Pembelajaran Mazhab Kognitif  








Antara tokoh penting ialah Kohler, Gagne, dan Ausubel.
  1. Teori Pembelajaran Mazhab Sosial  






  Tokoh : Albert Bandura
  1. Teori Pembelajaran Mazhab Humanis





  Tokoh : Carl Rogers
(b) Pilih TIGA teori di atas dan huraikan dengan ringkas setiap teori tersebut.
i. Teori Pembelajaran Mazhab Behavioris
Pavlov, Thorndike, dan Skinner berpendapat bahawa pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku hasil daripada rangsangan dan tindak balas. Oleh itu teori pembelajaran ini disebut juga sebagai Teori Rangsangan-Tindak Balas.
  • Mereka terkenal dengan Teori Pelaziman Klasik Pavlov, Teori Pelaziman Watson, Teori Pelaziman Thorndike serta Teori Pelaziman Skinner. Teori Pembelajaran Pelaziman Pavlov mula digunakan dalam bidang fisiologi. Teori Pelaziman Watson terkenal dengan kajian tentang pembelajaran emosi manusia. Mengikut beliau, manusia mewarisi tiga jenis emosi semula jadi, iaitu takut, marah atau kasih sayang.
  • Implikasi Teori Pelaziman Thorndike dalam pengajaran dan pembelajaran ialah meningkatkan tahap persediaan untuk belajar melalui motivasi dan ganjaran.
  • Dua kategori Teori Pembelajaran Behavioris iaitu Teori Pelaziman Klasik yang dipelopori oleh Pavlov dan Watson yang menekankan pembelajaran melalui hubungan antara rangsangan dengan gerak balas dan Teori Pelaziman Operan yang dipelopori oleh Thorndike dan Skinner yang mementingkan pembelajaran melalui peneguhan. 
ii. Teori Pembelajaran Mazhab Kognitif
Kohler, Gagne, dan Ausubel berpendapat bahawa pembelajaran ialah suatu proses dalaman yang berlaku dalam akal fikiran.
  • Teori ini ditumpukan kepada cara pembelajaran pemikiran celik akal, kaedah penyelesaian masalah, penemuan serta kategori pembelajaran.
  • Implikasi Teori Pembelajaran Kognitif terhadap pengajaran dan pembelajaran adalah menggalakkan murid menggunakan celik akal, mengaitkan pengalaman sedia ada dengan pembelajaran baru, mengajar sesuatu kemahiran mengikut urutan, memupuk motivasi intrinsik, membangkitkan naluri ingin tahu dengan kaedah inkuiri-penemuan dan induktif serta menyusun isi pelajaran secara sistematik mengikut tahap perkembangan kognitif murid.
iii. Teori Pembelajaran Mazhab Sosial
  • Melibatkan tiga unsur asas, iaitu individu, persekitaran serta tingkah laku. Individu dirujuk sebagai motivasi intrinsik, persekitaran sebagai rangsangan luaran serta tingkah laku sebagai perlakuannya.
  • Berdasarkan teori ini, pembelajaran merupakan interaksi di antara motivasi intrinsik dan tingkah laku individu dengan persekitaran.
  • Dikenali juga sebagai Teori Permodelan Bandura yang menekankan aspek perhatian, mengingat, reproduksi serta peneguhan atau motivasi.
  • Implikasi Teori Permodelan Bandura terhadap pengajaran dan pembelajaran ialah guru boleh menjadi rakan sebaya yang cemerlang sebagai `role model’ dan mengajar nilai-nilai murni melalui teknik main peranan dan simulasi.
iv. Teori Pembelajaran Mazhab Humanis
  • Mengikut kajian, fitrah manusia pada dasarnya adalah mulia dan baik. Individu itu akan membesar secara semulajadi dalam persekitaran yang sesuai. Oleh itu guru harus memenuhi keperluan murid dan membantu mereka mempelajari ilmu pengetahuan yang digemari dan bermakna.
  • Kajian menunjukkan bahawa pembelajaran manusia bergantung kepada emosi dan perasaan iaitu setiap individu mempunyai cara belajar yang berbeza. Oleh itu, strategi pengajaran dan pembelajaran hendaklah mengikut perkembangan emosi pelajar.
  • Mengikut Carl Rogers dan Maslow, setiap individu mempunyai potensi dan keinginan mencapai kecemerlangan kendiri. Justeru itu, guru hendaklah menjaga murid-murid dan memberi bimbingan agar potensi mereka dapat dikembangkan dan dipertingkatkan ke tahap yang optimum.
  • Aktiviti pembelajaran harus berasaskan kehidupan harian. Pembelajaran yang paling berkesan ialah belajar bagaimana untuk belajar atau learn to learn.

12. (a) Pembelajaran Masteri ialah pembelajaran yang membantu murid mencapai dan menguasai hasil pembelajaran melalui kualiti pengajaran dan pembelajaran. Jelaskan bagaimana strategi pembelajaran masteri dilaksanakan di sekolah rendah.

 
Melalui Pembelajaran Masteri berupaya mencapai objektif pembelajaran jika diberi situasi yang sesuai dan memberangsangkan dengan masa yang mencukupi.

Keberkesanan pelaksanaan pembelajaran masteri ditentukan oleh masa yang mencukupi bagi murid menguasai pembelajarannya dan pengajaran yang berkualiti. Oleh itu, guru mestilah mempunyai strategi yang bersesuaian dalam proses P & P masteri ini Strategi pembelajaran masteri dapat diringkaskan seperti di bawah ini:
  • Pelaksanaannya berasaskan tahap kemajuan seseorang murid
  • Bahan pembelajaran dipecahkan dan dibahagikan kepada beberapa segmen kecil yang dikenali sebagai unit pembelajaran.
  • Setiap unit pembelajaran dinyatakan dalam bentuk hasil pembelajaran
  • Aras masteri bagi setiap hasil pembelajaran ditetapkan pada aras 80%
  • Proses P&P bagi setiap unit pembelajaran dijalankan dengan menggunakan pelbagai strategi dan kaedah serta bahan P&P yang sesuai secara kelas, kumpulan besar, kumpulan kecil, berpasangan atau secara individu.
  • Menggunakan ujian formatif bersifat diagnostik untuk mengesan kemajuan pembelajaran murid.
  • Menggunakan maklum balas yang tepat tentang hasil pembelajaran yang telah dikuasai dan yang belum dikuasai oleh murid.
  • Melaksanakan aktiviti pemulihan dan aktiviti pengayaan mengikut tahap penguasaan setiap murid.
(b) Huraikan peranan guru dalam pembelajaran masteri.

Kecekapan dan keterampilan guru dalam merancang dan menguruskan aktiviti P&P akan memastikan kejayaan pelaksanaan pembelajaran masteri di dalam kelas. Antara peranan guru dalam pembelajaran masteri adalah seperti yang berikut:

Guru sebagai Tenaga Pengajar
  1. Guru harus menyedari bahawa semua muridnya mampu belajar dan memberi peluang yang mencukupi kepada murid untuk menguasai hasil pembelajaran.
  2. Guru berperanan sebagai pemimpin, pembimbing, pengajar serta fasilitator sesuai dengan strategi yang digunakan. Contohnya, jika guru mengajar secara kelas, guru lebih berperanan sebagai pemimpin atau pengajar. Jika guru mengajar secara kumpulan kecil atau murid memanfaatkan penggunaan teknologi  maklumat, maka peranan guru lebih kepada sebagai fasilitator.
  3. Guru merancang dan mengenalpasti hasil pembelajaran setiap unit pembelajaran yang perlu dikuasai.
  4. Guru menyusun unit pembelajaran mengikut urutan sesuai dengan hasil pembelajaran, contohnya, daripada yang mudah kepada yang sukar dan memastikan perkara-perkara asas diajar di peringkat awal.
  5. Guru memilih, mengubah suai dan merancang pelbagai strategi, kaedah, aktiviti serta bahan untuk aktiviti P& P, aktiviti pengayaan dan pemulihan bagi murid menguasai hasil pembelajaran.
Guru sebagai Pengurus Pembelajaran
  1. Guru menentukan secara spesifik perkara yang perlu dipelajari.
  2. Guru memotivasikan murid untuk mempelajarinya.
  3. Guru membekalkan murid dengan bahan P&P yang sesuai.
  4. Guru melaksanakan P&P mengikut kadar yang sesuai untuk setiap murid.
  5. Guru mengawasi dan memantau kemajuan pembelajaran dan pencapaian murid.
  6. Guru mendiagnosis kesukaran pembelajaran yang dihadapi oleh murid dan menyediakan cara terbaik mengatasi kesukaran itu.
  7. Guru memberi ganjaran melalui pujian dan galakan kepada murid yang memperoleh peningkatan dalam pembelajaran.
  8. Guru menjalankan ulang kaji dan latihan yang boleh mengekalkan  minat dan semangat murid untuk terus belajar.
  9. Guru mempelbagaikan penggunaan bahan sumber P&P yang sesuai dan menarik serta mencabar termasuk penggunaan multi media, lembaran kerja, buku teks, majalah serta modul pembelajaran kendiri.
Guru sebagai Penilai Pembelajaran
  1. Guru merancang dan membina item ujian formatif dan sumatif serta membuat analisis item ujian dan respons murid bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang tahap penguasaan murid-murid.
  2. Guru harus melihat penilaian formatif dan sumatif sebagai alat P &P. Maklum balas yang diterima daripada penilaian ini dapat digunakan dengan berkesan untuk tujuan meningkatkan P&P dan motivasi murid untuk terus belajar.
  3. Guru mentadbir ujian dan memeriksa respons murid.
  4. Guru menganalisis dan mentafsirkan hasil ujian bagi mengenalpasti murid yang telah menguasai hasil pembelajaran dan murid yang belum menguasainya.
  5. Guru menggalakkan murid yang telah menguasai hasil pembelajaran menjalani aktiviti pengayaan atau menjadi tutor kepada rakan sekelas atau ke unit pembelajaran seterusnya.
  6. Guru perlu mempertingkat pengetahuan dan kemahiran supaya lebih bersedia melaksanakan pendekatan pembelajaran masteri di sekolah.


13.(a) Senaraikan LAPAN kecerdasan pelbagai yang anda pelajari.

Kecerdasan Pelbagai atau Multiple Intelligences (MI) merupakan satu komponen ciri-ciri pelajar dalam Pedagogi Bestari.Terdapat sembilan MI, iaitu :
i. verbal linguistik,
ii. logik matematik,
iii. visual/ruang, 
iv. muzik, 
v. kinestetik, 
vi. interpersonal,
vii. intrapersonal,
viii. naturalis,
ix. kerohanian/spritual

(b) Berikan EMPAT contoh aktiviti bagaimana anda mengaplikasikan kecerdasan pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran untuk murid sekolah rendah.   


i. Logik-Matematik
  • Meramal cerita atau peristiwa
  • Belajar membaca, menulis, serta mengingat bahasa isyarat.
  • Membuat perbandingan dan inferens.
  • Mengkaji teks atau meneroka maklumat dan sebab.
ii. Visual Ruang
  • Melakar jalan cerita/peristiwa.
  • Berlakon menggunakan bahasa isyarat.
  • Mencatat nota dalam bentuk pemetaan minda.
  • Menggunakan pen warna untuk menandakan bahagian penting dalam teks/cerita.
iii. Muzik
  • Belajar Kod Morse.
  • Berpuisi dengan iringan muzik.
  • Menggunakan lirik lagu untuk mengajar tatabahasa.
  • Menggunakan muzik yang berbeza untuk mengajar kemahiran berbeza.
iv. Intrapersonal
  • Menulis karangan autografi.
  • Menulis/mengarang/membuat ramalan tentang masa depan.
  • Apresiasi teks yang ada kaitan dengan pengalaman hidup.
  • Menulis puisi/prosa tentang diri sendiri;"Siapa Saya?" , "Siapa Kita?"
v. Naturalis
  • Membaca, mengkaji serta mengkategorikan fauna.
  • Aktiviti lawatan.
  • Kerja lapangan.
  • Melaksanakan projek atau kajian yang berkaitan dengan alam semesta.
viKerohanian
  • Menganalisis nilai-nilai murni dalam petikan/cerita.
  • Membuat kajian tentang gejala sosial dalam masyarakat.
  • Mengumpul bahan bercetak dan elektronik yang berkaitan dengan agama dan pembangunan insan.
  • Menulis karangan yang bertemakan jati diri.
    14. (a) Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) mendesak penggunaan sumber digital secara meluas dengan mengintegrasikannya dalam pengajaran dan pembelajaran. Jelaskan bagaimana guru memanfaatkan internet dalam pengajaran dan pembelajaran.

    *Cadangan
    Internet adalah bahan yang sesuai untuk membantu guru mempelbagaikan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk media yang menarik. Internet juga amat sesuai digunakan sebagai saluran komunikasi antara seseorang guru dengan guru lain, guru dengan pelajar, guru dengan ibu bapa, atau pelajar dengan pelajar lain.

    a. Senarai enjin pencarian :
    • Infiseek (http://www.go.com)
    • Alta Vista (http://www.altavista.com)
    • Yahoo (http://www.yahoo.com)
    • Google (http://www.google.com)
    • Lycos (http://www.lycos.com)
    • Cari (http://cari.com.my)
    b. Rancangan Pelajaran (Lesson Plan)
    Antara tapak web yang boleh dilawati untuk mendapatkan rancangan pengajaran :
    • Portal Pendidikan Utusan
    • Laman Rasmi SK Kg Titingan

    (b) Huraikan bagaimana murid memperoleh maklumat menggunakan TMK melalui EMPAT   sumber utama, iaitu internet, kamera digital, kamera video digital dan CDROM  

    Aktiviti-aktiviti Pemerolehan Maklumat Menggunakan ICT
    i.Internet


     ii. Kamera Digital
     iii. Kamera Video
     iv. CDROM

    15. Mengumpul maklumat merupakan suatu kemahiran dalam kemahiran belajar. Huraikan bagaimana guru melaksanakan aktiviti untuk membantu murid mengumpul maklumat melalui cara-cara yang berikut:  

    (a) merujuk 
     Kemahiran membuat rujukan dihuraikan dengan ringkas seperti di bawah ini:
    Kemahiran Merujuk Ensiklopedia Kemahiran Merujuk Kamus Kemahiran Mencari Maklumat Melalui Internet
    Ensiklopedia ialah bahan (berbentuk buku atau CD ROM) yang mengandungi maklumat bagi semua bidang ilmu pengetahuan. Kamus ialah bahan koleksi perkataan dan maklumat tentang perkataan dalam satu atau lebih daripada satu bahasa seperti definisi atau makna, asal usul, ejaan, sebutan, silabikasi, penggunaan dan kedudukan semasa yang disusun mengikut abjad.
    Terdapat dua jenis kamus :

    • Kamus umum
    • Kamus khas atau kamus istilah
    Senarai enjin pencarian:

    • Infiseek (http://www.go.com)
    • Alta Vista (http://www.altavista.com)
    • Yahoo (http://www.yahoo.com)
    • Google (http://www.google.com)
    • Lycos (http://www.lycos.com)
    • Cari (http://www.cari.com.my)
    Cara menggunakan:
    Pilih jilid yang mengandungi perkataan atau huruf yang pertama yang dicap dengan huruf besar yang berkaitan dengan maklumat yang hendak dikesan seperti TOKOH , TEMPAT, PERISTIWA dll.
    Cara menggunakan
    Buka terus halaman yang bermula dengan huruf pertama kata yang ingin dicari maknanya. Setelah mendapat halaman, maka cari perkataannya.

    (b) membaca dengan menggunakan teknik KWLH

    (sumber : internet)
    KWLH adalah singkatan bagi yang berikut ;
    K (know) Apa yang telah diketahui (sebelum membaca)
    W (want) Apa yang hendak diketahui (sebelum membaca)
    L (learned) Apa yang telah diketahui (selepas membaca)
    H (how) Bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan - yang berkaitan (untuk membaca seterusnya)

    Cadangan pelaksanaan :
    i. mengingat dahulu apa yang telah diketahui
    ii. membayang atau menentukan apa yang ingin diketahui
    iii. melakukan pembacaan (bahan yang telah dipilih)
    iv.mengetahui apa yang telah diperoleh dari pembacaan yang baru dilakukan
    v. menentukan apa lagi yang perlu diperoleh (sekiranya perlu membuat pembacaan seterusnya)


    (c) menyoal 
    (sumber : internet)
    Menurut Ee Ah Meng (1997) , kemahiran menyoal merupakan suatu kemahiran yang amat kompleks. Sekiranya kemahiran ini digunakan dengan berkesan, tahap prestasi pelajar akan meningkat dan proses pengajaran dan pembelajaran akan bertambah aktif dan lebih merangsangkan.

    Cadangan :


    (d) mencatat, iaitu melakar dalam bentuk grafik 
    (sumber : internet)
    Membuat lakaran grafik atau peta minda adalah satu kaedah mengingat dan mencatat nota yang berkesan kepada pelajar. Hanya fakta-fakta penting sahaja yang perlu dimasukkan.

    Cadangan penulisan :
    1. Pada bahagian tengah lukis/tulis  tajuk dengan huruf besar.
    2. Bahagikan kepada cabang-cabang yang merupakan fakta utama (maksimum tujuh cabang)
    3. Bahagikan cabang kepada cabang kecil - fakta terperinci
    4. Setiap cabang utama menggunakan satu ayat. Contoh,  KAEDAH, JENIS
    5. Semua fakta di dalam huruf BESAR
    6. Jangan fikir di mana hendak letakkan cabang / fakta.



    Sumber Utama : OUM
           
    Pautan yang boleh membantu :

    Rumusan HBML2203 (Sebutir Mutiara)
     

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...