Everything good that happens to you (O Man) is from God, everything bad that happens to you is from your own actions.(Quran 4:79)

Ahad, 9 Januari 2011

2010 Yang Telah Pergi...

 11 Disember 2010


 12 Disember 2010

 28 Disember 2010

2010 telah lama berlalu.... Namun masih ada kenangan yang melekat di minda, berbekas di jiwa. Paling berbekas ialah pengorbanan suami yang sanggup membawa anak-anak keluar 'makan angin' tatkala isterinya tension menjelang 'exam'. Anak kami yang berusia 4 tahun begitu teruja kerana dapat merasai pengalaman menaiki bas buat kali pertama. Terimakasih banyak-banyak biarpun ucapan itu tidak setanding nilai pengorbanan yang diberikan.

Dek kesibukan 'melampau' jua, musim cuti persekolahan akhir tahun 2010 tidak terisi seperti tahun-tahun lalu. Namun ada hikmahnya jua, apabila kekangan masa itu seakan memberi kelebihan yang berpihak kepada keluarga kami. Kunjungan abang-abang dan kakak bersama keluarga masing-masing menggembirakan kami sekeluarga. Terimakasih semua.
I Love You All Very Much....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...