Everything good that happens to you (O Man) is from God, everything bad that happens to you is from your own actions.(Quran 4:79)

Isnin, 27 Disember 2010

Soalan Pilihan HBHE2103SMP dan Cadangan Jawapan

HIMPUNAN SOALAN PILIHAN

1.Nyatakan tiga golongan sasaran di dalam Program Bersepadu Sekolah Sihat?
      i. Individu
    ii.  Keluarga
   iii.  Masyarakat


2.Nyatakan DUA fungsi polisi kesihatan sekolah.
a.  Menjadi panduan kepada warga sekolah dan masyarakat luar berpandukan piagam kesihatan sekolah yang telah ditetapkan.
b.  Merancang dan mengawasi pelaksanaan program dan aktiviti polisi kesihatan yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa PBSS peringkat kebangsaan atau sekolah.


3.Berikan tujuan program bersepadu sekolah sihat.
Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) diwujudkan dengan tujuan menyatupadukan dan menyelaras semua aktiviti berkaitan dengan kesihatan sekolah yang mampu meningkatkan taraf kesihatan dalam kalangan warga sekolah.

4.Nyatakan pegawai yang terlibat di dalam menilai perlaksanaan Program Bersepadu Sekolah Sihat.
Perlaksanaan PBSS akan dinilai secara berterusan oleh Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) dan Pegawai Kesihatan Daerah (PKD).

5.Senaraikan EMPAT rasional kewujudan Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS).
      i. Mewujudkan satu program kesihatan yang mampu melahirkan rasa tanggungjawab bersama dan komitmen dalam kalangan warga sekolah.
    ii.  Penyeragaman beberapa program kesihatan sekolah sedia ada di bawah satu program bersepadu.
   iii.  Keperluan mewujudkan satu sistem yang fleksibel, inovatif dan kreatif berlandaskan kepada keperluan semasa sekolah.
   iv.  Meningkatkan kesefahaman dan kerjasama antara sekolah dan masyarakat dalam menangani isu-isu kesihatan.

6.Nyatakan EMPAT objektif Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS).
  1. Memelihara dan meningkatkan persekitaran sekolah yang bersih, ceria, selamat dan sihat.
  2. Membina satu persekitaran sosial sekolah yang menggalakkan amalan cara hidup sihat.
  3. Menetapkan polisi / dasar kesihatan sekolah. 
  4. Memupuk pengetahuan, sikap dan amalan yang berkaitan dengan kesihatan supaya setiap warga sekolah lebih bertanggungjawab terhadap penjagaan kesihatan diri, keluarga dan masyarakat.

 7.Penilaian PBSS di sekolah dinilai secara berterusan oleh pegawai yang berkenaan.
Berdasarkan kenyataan ini, terangkan cara-cara bagaimana penilaian PBSS dilaksanakan.
Penilaian dibuat dengan menggunakan Borang Anugerah PBSS dan Penyeliaan ke sekolah-sekolah. Penganugerahan tahunan diberi berdasarkan tahap usaha dan pencapaian sekolah dalam menggalakkan kesihatan di sekolah masing-masing.

8.(a) Nyatakan ENAM teras utama Program Bersepadu Sekolah Sihat.
      i.  Polisi Kesihatan Sekolah
    ii.   Persekitaran Fizikal Sekolah
   iii.   Persekitaran Sosial Sekolah
   iv.   Penglibatan Komuniti
    v.   Kemahiran Kesihatan Diri
   vi.   Perkhidmatan Kesihatan Sekolah

(b) Berikan DUA peranan perkhidmatan kesihatan di sekolah.
      i. Memberi kesedaran dan kefahaman warga sekolah tentang kepentingan  kesihatan optimum dan pengamalan cara hidup sihat.
    ii.  Mengesan masalah kesihatan, merawat, dan merujuk kes yang memerlukan perhatian serta tindakan lanjut.

(c) Sebagai seorang pentadbir apakah yang perlu dilakukan untuk memastikan persekitaran fizikal sekolah selamat?
      i. Memastikan semua kemudahan asas di sekolah mencukupi dan sentiasa dalam keadaan bersih, ceria, selamat, dan sihat.
    ii. Memastikan perseitaran bersih dan selamat untuk menggalakkan amlan kesihatan yang betul, mengurangkan risiko penyakit berjangkit dan kemalangan di sekolah.
   iii. Memastikan kantin, dapur asrama, dan dewan makan sekolah sentiasa bersih, selamat, dan mematuhi peraturan-peraturan kesihatan yang ditetapkan dalam “Garis Panduan Kantin Sekolah” dan “Pekeliling Pembangunan dan Bekalan (Pengendalian Asrama)”..
   iv.  Memastikan sekolah sebagai kawasan bebas asap rokok dengan mengenakan kompaun di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 1993.
    v.  Memastikan sekolah bebas daripada pembiakan nyamuk Aedes mengikut “Buku Panduan Program Bebas Denggi”
   vi.  Memastikan persekitaran sekolah bebas dari pencemaran udara, air, dan bunyi. 

9.Kenal pasti EMPAT indikator dalam pemantauan dan penilaian tentang persekitaran fizikal sekolah. 
i.Peratus sekolah mempunyai ‘rating’ lebih 70% untuk 3K (Keceriaan, Keindahan, dan Keselamatan) 
ii.Peratus sekolah mencapai lebih 75% ‘rating’ bebas denggi di sekolah.
iii.Peratus sekolah mencapai 75% ‘rating’ premis makanan.
iv.Peratus sekolah mematuhi 100% peraturan larangan merokok.

10.Polisi Kesihatan Sekolah merupakan satu pernyataan jelas dan berupaya menentukan tindakan dan keperluan sumber bagi mempromosikan kesihatan.
(a) Dengan menggunakan grafik yang sesuai, kenal pasti langkah-langkah awal sebelum sesuatu polisi kesihatan ditetapkan. 
 
(b) Anda dikehendaki mencadangkan SATU program kesihatan dan sertakan penjelasan setiap langkah dalam usaha melaksanakan program tersebut.
Contoh Program : “Makan Secara Sihat”
Langkah-langkah:
1) Prosedur Perlaksanaan Pelan Tindakan
i.   Merancang Pelan Tindakan:
a.  Penubuhan Jawatankuasa Program yang terdiri daripada Guru Besar, Penolong Kanan HEM, Guru Kesihatan Sekolah, guru subjek Pendidikan Kesihatan dan wakil PIBG.
b.  Membuat Kertas Kerja Program Makan Secara Sihat bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan program.
ii.  Memaklumkan kepada semua pihak yang berkenaan tentang pelan tindakan yang hendak dilaksanakan, seperti;
a.    Pegawai dan Jawatankuasa PBSS PPD
b.    Jawatankuasa PBSS dan warga sekolah
c.    PIBG.
iii.   Melaksanakan pelan tindakan.

2) Prosedur Pemantauan dan Penilaian
i.   Pemantauan dan penilaian secara berterusan mengikut kaedah yang telah ditetapkan dalam pelan tindakan:
a.    Borang Soal-Selidik
b.    Temubual
c.    Pemerhatian terhadap perubahan tabiat pemakanan

3) Prosedur Membuat Laporan
i.   Menggunakan Borang PBSS 1 untuk dianalisa, disimpan dan berfungsi sebagai bahan rujukan pemantauan.

11.Berdasarkan pengalaman atau keterlibatan dalam Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS), lakarkan carta organisasi bagi jawatankuasa PBSS yang dibentuk di peringkat sekolah.
12.PBSS boleh dilaksanakan melalui pendidikan kesihatan secara formal dan tidak formal. Ia melibatkan pelbagai pihak yang bertanggungjawab.
(a) Susun LIMA peranan seseorang guru di dalam PBSS.
i.   Memahami teras-teras utama PBSS yang terdiri daripada Polisi Kesihatan Sekolah, Persekitaran Fizikal Sekolah, Persekitaran Sosial Sekolah, Penglibatan Komuniti, Kemahiran Kesihatan Diri, dan Perkhidmatan Kesihatan Sekolah.
ii. Menyokong, melaksana, dan memperkukuhkan aktiviti-aktiviti PBSS yang dirancang oleh Jawatankuasa PBSS peringkat sekolah.
iii. Bertanggungjawab dalam memastikan aktiviti-aktiviti PBSS dapat dilaksanakan oleh Jawatankuasa PBSS peringkat sekolah.
iv. Menjadi contoh kepada murid dalam mengamalkan cara hidup sihat.
v. Menggalakkan murid menyertai aktiviti PBSS dengan aktif.

(b) Cadangkan LIMA peranan yang boleh dimainkan oleh ibu bapa dan masyarakat dalam menjayakan PBSS.
i.   Melibatkan diri secara aktif dan menyokong aktiviti PBSS yang dirancang oleh sekolah.
ii. Memberi sumbangan dari segi kepakaran, kewangan, tenaga dan peralatan serta kerjasama kepada pihak sekolah untuk menjalankan aktiviti-aktiviti PBSS.
iii. Memberi galakan kepada anak-anak untuk menyertai aktiviti-aktiviti PBSS.
iv. Menjadi contoh kepada anak-anak dalam mengamalkan cara hidup sihat.
v. Memberi cadangan aktiviti  atau program yang boleh dilaksanakan oleh sekolah.

13.Nyatakan tujuan pertolongan cemas.
Pertolongan cemas ditakrifkan sebagai bantuan permulaan atau rawatan pertama yang diberikan kepada mangsa atau individu yang tercedera di dalam sesuatu kemalangan atau mengalami sebarang kesakitan yang mengejut sementara menanti ketibaan ambulans,doktor atau pakar perubatan.

14.Terangkan DUA matlamat utama Pertolongan Cemas.
i.  Untuk menyelamatkan nyawa individu yang sedang kesakitan atau kemalangan.
ii. Mengehadkan kesan-kesan kecederaan.

15.Terangkan secara ringkas langkah-langkah R.I.C.E dalam bantu mula.
Rest
= Rehat
:
rehatkan mangsa dan cuba tenangkan.
Ice

= Ais
:
letakkan ais pada tempat yang cedera
untuk mengurangkan pengaliran                  
Compressed
= Balutan
:
sesuatu yang dapat mengawal pergerakan darah dengan mengenakan tekanan pada tempat yang cedera.
Elevation
= Tinggikan
:
meninggikan tempat yang tercedera untuk mengurangkan pengaliran darah

16.Sebagai guru pertolongan cemas di sekolah, anda dijemput untuk memberi ceramah berkaitan peraturan- peraturan yang perlu dipatuhi semasa memberikan pertolongan cemas. Sediakan nota ceramah anda.
1)  Menilai Situasi Kecemasan
i.   Penilaian adalah penting dan ia perlu dilakukan dengan pantas dan tenang dalam keadaan atau tempat peristiwa itu berlaku.
ii.  Pemerhatian terhadap keadaan sekitar dan pengawasan terhadap lain-lain bahaya terhadap diri dan mangsa.
iii.  Hindarkan diri anda dari sebarang risiko.

2) Keperluan untuk Memastikan Kawasan Kecemasan Selamat
i.   Keselamatan diri perlu dipastikan sebelum melakukan pertolongan kepada mangsa.
ii.  Pastikan mangsa dihindarkan dari bahaya dengan memindahkan mangsa dari tempat yang dikhuatiri mendatangkan bahaya.
iii.  Jangan bertindak sendiri jika di luar kemampuan anda.
iv.  Awasi diri dan mangsa agar tidak terdedah kepada mana-mana kemungkinan bahaya. 

3) Menilai Semua Kecederaan dan Memberi Pertolongan Cemas
i.   Cuba melindungi mangsa dari sebarang bahaya. Nilai mangsa dengan kaedah pemulihan pernafasan CPR dan dapatkan bantuan dengan segera
ii.   Pastikan keadaan mangsa yang tercedera sama ada:
a.    Sedar sepenuhnya atau tidak
b.    Masih bernafas tetapi tidak sedarkan diri
c.    Tidak bernafas tetapi mempunyai denyutan nadi
d.    Tidak mempunyai nadi

4)  Meminta Bantuan atau Pertolongan
i.  Segera pastikan pertolongan pakar telah dipanggil dan dalam perjalanan.
ii. Sementara menunggu bantuan tiba, pastikan anda mendapat pertolongan dari orang lain untuk memastikan beberapa perkara iaitu:
a.    Memastikan kawasan kemalangan selamat
b.    Membuat panggilan kecemasan
c.    Mendapatkan peralatan pertolongan cemas
d.    Mengawal lalu lintas atau keadaan kemalangan
e.    Mengawal pendarahan atau menyokong tubuh mangsa
f.     Membantu mengalihkan mangsa ke tempat yang difikirkan selamat.

17.(a) Dewasa ini Keracunan selalu berlaku di sekolah. Apakah keracunan?
Kerosakan struktur tubuh berpunca dari sebarang unsur sama ada pepejal, cecair, atau gas melalui makanan, minuman, sedutan, suntikan atau serapan pada badan. Seseorang yang keracunan akan mengalami simptom-simptom seperti loya, muntah, memulas dan sakit perut, cirit-birit serta kadangkala demam dan kesejukan.

(b) Sebagai seorang guru apakah langkah yang perlu anda lakukan sekiranya pelajar anda keracunan
i.   Dapatkan maklumat berkaitan nama atau jenis makanan yang dimakan oleh mangsa.
ii.  Telefon doktor dan maklumkan nama makanan yang diambil.
iii. Bancuh 2 atau 3 sudu garam dalam segelas air panas dan beri mangsa minum supaya dia muntah.
iv. Jika mangsa enggan minum, masukkan jari ke dalam mulut hingga ke tekak untuk memastikannya muntah.
v.  Selepas muntah, berikan mangsa minum air susu untuk mencairkan racun yang tinggal.

18.Pada waktu rehat sekolah, Ridzuan murid Darjah Enam makan bebola ikan dengan nasi lemak secara gelojoh. Tiba-tiba, Ridzuan memegang leher dengan kedua-dua belah tangan dan jatuh ke lantai lalu tidak sedarkan diri. Nilaikan situasi di atas dan cadangkan langkah-langkah bantu mula yang sesuai diambil.
Situasi yang berlaku menunjukkan mangsa tercekik disebabkan makanan dan pernafasan terhenti. Bantuan pemulihan yang sesuai bagi situasi ini ialah Resusitasi Untuk Hembusan (Expired Air Resuscitation – EAR).

Prosedur EAR:
i.  Baringkan mangsa. Longgarkan bajunya di kawasan leher.
ii. Buka mulut mangsa dan masukkan jari untuk membuang sebarang kotoran atau halangan.
iii.Pegang belakang leher mangsa dengan satu tangan. Letakkan pangkal sebelah tapak tangan lagi pada dahi mangsa dan dongakkan kepalanya sejauh mungkin.
iv.Picit hidung mangsa dengan menggunakan tangan yang berada pada dahi mangsa. Sedut nafas, buka mulut dan lekapkan pada mulut mangsa, kemudian hembus. Dada mangsa akan ternaik kerana udara memasuki paru-paru.
v. Tunggu sehingga dada mangsa menurun, kemudian ulangi prosedur yang sama sebanyak empat kali terus-menerus dengan cepat.
vi.Terus lakukan resusitasi mulut- ke- mulut pada kadar 10 pernafasan dalam seminit.sehingga mangsa boleh bernafas dengan sendiri ataupun bantuan perubatan telah tiba.
vii.Jika mangsa telah boleh bernafas dengan sendiri, letakkan mangsa pada kedudukan pemulihan iaitu:
a. Bengkokkan siku dan tapak tangan kanannya ke atas.
b. Angkat lengan kiri ke atas dada dengan tapak tangan diletakkan ke bawah pipinya,
c. Mengerengkan mangsa dengan menarik peha kiri ke arah anda dalam kedudukan bersudut tepat untuk mengelak mangsa tergolek ke hadapan. Condongkan kepala ke belakang supaya saluran udara sentiasa terbuka.
d.    Pastikan pernafasan dan denyutan nadi sekerap mungkin.
viii.Lakukan resusitasi mulut-ke-mulut dan tekan dada jika pernafasan dan nadi tidak ada. Bantuan perlu diteruskan sehingga mangsa boleh bernafas dengan spontannya, sehingga bantuan perubatan tiba atau keadaan mangsa menjadi semakin merosot dengan terhentinya jantung 
ix.  Melakukan resusitasi kardiopulmonari (CPR) sekiranya perlu.

19.Bantuan mula merupakan aspek penting yang perlu guru ketahui dalam berhadapan dengan situasi murid-murid di sekolah.
(i) Pada keadaan manakah Resusitasi Kardiopulmonari (CPR) dan Resusitasi Udara Hembusan (EAR) sesuai diaplikasikan?

1)    Resusitasi Kardiopulmonari (Cardiopulmonary Resuscitation - CPR):
i.   Merupakan suatu teknik untuk menyelamatkan nyawa yang digunakan sewaktu kecemasan  apabila mangsa tidak bernafas dan nadi mangsa sudah tidak berdenyut.
ii.  Merupakan kombinasi bantuan pernafasan dan penekanan dada di bahagian luar.
iii. Bantuan bernafas untuk mangsa dan memastikan darah mangsa masih lagi dibekalkan ke seluruh tubuh. Penyelamat boleh mengekalkan mangsa yang terhenti jantungnya untuk terus hidup sehingga bantuan perubatan tiba.
iv. Jika CPR tidak dilaksanakan, peluang mangsa untuk terus hidup akan menurun dengan banyaknya selepas 5 minit pertama.

2)    Resusitasi Udara Hembusan (Expired Air Resuscitation - EAR):
i.  Adalah kaedah di mana penyelamat memberi nafas kepada mangsa yang terhenti pernafasannya.
ii. Kaedah ini adalah berkesan untuk memasukkan udara berserta oksigen ke dalam paru-paru mangsa jika mangsa telah berhenti bernafas tetapi masih mempunyai denyutan nadi.
iii.Terdapat tiga teknik yang digunakan di dalam EAR ini:
a.    Mulut ke Mulut:
*   Penyelamat melekapkan mulutnya ke mulut mangsa dan bernafas ke saluran udara mangsa melalui mulut.
b.    Mulut ke Hidung:
*    Dilakukan apabila mangsa mengalami kecederaan muka yang menghalang penyelamat daripada menggunakan mulut mangsa ataupun dalam kedudukan tertentu semasa menyelamatkan seseorang sewaktu kecederaan disebabkan air.
*    Penyelamat akan menutup mulut mangsa, melekapkan mulut ke hidung mangsa, bernafas dengan perlahan-lahan dan kemudiannya melepaskan rahangnya untuk membolehkan mangsa menghembuskan nafas keluar.
c.    Mulut ke Hidung dan Mulut:
*   Merupakan kaedah pilihan untuk melakukan resusitasi kepada kanak-kanak, kerana mulut penyelamat boleh menutup mulut dan hidung kanak-kanak tersebut.
*   EAR adalah penting jika pernafasan mangsa terhenti sepenuhnya. Terdapat beberapa keadaan yang boleh menyebabkan kehilangan upaya pernafasan, dan pemberi pertolongan cemas perlu bersedia dengan potensi mereka untuk melakukan resusitasi.
*   Tercekik, pengambilan heroin dalam dos yang berlebihan, hampir lemas, gigitan dan sengatan dan juga masalah pernafasan tertentu seperti asma atau emfisema boleh menyebabkan pernafasan terhenti yang memerlukan EAR dengan segera dan berkesan untuk menyelamatkan nyawa.
*   Pernafasan hendaklah berkesan dan efektif. Ini dibuktikan dengan kenaikan dan penurunan dada bagi setiap nafas yang diberikan oleh penyelamat. Lakukan sehingga 5 kali cubaan untuk memperoleh dua pernafasan yang berkesan.
*   Indikasi untuk EAR iaitu Sianosis atau kepucatan Pernafasan terhenti atau kadar pernafasan adalah kurang dari 4-5 kali dalam seminit.

(ii) Terangkan langkah-langkah utama menjalankan CPR dan EAR.
1)      CPR
Terdapat dua langkah utama untuk melakukan CPR, iaitu:
Langkah I:   Bantuan pernafasan mulut ke mulut.
Langkah II:  Melakukan tekanan luaran atau External Cardiac Compression (ECC) pada bahagian tengah dada atau sternum mangsa.
i.   Tekanan luaran atau ECC ialah suatu teknik untuk mengepam darah dari jantung secara manual. Teknik melakukan CPR bagi orang dewasa, kanak-kanak dan bayi adalah berbeza.
ii.   Kita perlu mengetahui perbezaan ini apabila hendak melakukan CPR supaya tidak memudaratkan mangsa iaitu:

Langkah I:

1.  Melakukan pernafasan mulut ke mulut
2.  Baringkan mangsa di atas permukaan yang rata dan agak keras.
3.  Melutut di sisi kiri kepala mangsa. Buka saluran pernafasan dengan menolak dahi dan  dagu mangsa ke belakang.
4.   Picit hidung mangsa untuk menutup lubang hidungnya.
5.   Lekapkan mulut kita pada mulut mangsa dan hembus nafas.
6.   Lakukan sebanyak dua kali.
Langkah II: Melakukan ECC
1.   Melutut di kiri badan mangsa. Kesan lokasi pertemuan di antara tulang rangka dengan cuaran xyphoid dengan menggunakan jari telunjuk dan jari tengah tangan kiri.
2.   Letakkan pangkal tapak tangan kanan bersebelahan jari telunjuk tangan. Titik ini ialah tempat tekanan yang akan dilakukan.
3.   Letakkan tapak tangan kiri di atas tangan kanan yang berada di dada.
4.   Condongkan badan ke hadapan dan tekan bahagian dada sambil meluruskan bahagian siku.
5.   Tekan sehingga lebih kurang 5 cm ke bawah pada kadar kelajuan 80 tekanan seminit sebanyak 15 tekanan.
6.    Beri dua kali hembusan bantuan pernafasan.
7.    Ulang langkah (5) dan (6) sehingga mangsa pulih atau sehingga bantuan tiba.
8.    Periksa denyutan nadi selepas 10 hembusan nafas.
iii.   Pelaksanaan CPR untuk bayi, kaedah 2 ibu jari dengan tangan membulat di kawasan adadalah lebih berkesan berbanding dengan kaedah lama yang disarankan, iaitu menggunakan dua jari.
iv.   Penggunaan dadah penghalang sumbatan yang baru adalah disarankan apabila bantuan perubatan profesional telah tiba, termasuklah saranan mengenai dadah mana yang patut digunakan.

2)      EAR
# rujuk soalan 18

20.Guru berhadapan dengan pelbagai kecederaan yang boleh berlaku terhadap murid di sekolah. Apakah tindakan guru apabila berhadapan dengan keadaan berikut?
(i) Murid pengsan di sekolah.
a.  Beri ruang kepada mangsa.
b.  Baringkan mangsa dalam keadaan terlentang di kawasan yang lapang.
c.  Longgarkan pakaian yang ketat.
d.  Rendahkan kepala dari kaki. Keadaan yang sama dilakukan apabila mangsa sedar   selama beberapa minit.
e.  Bawa mangsa ke kawasan yang lapang atau hantar mangsa pulang.
(ii) Murid terkena renjatan di sekolah.
a.  Rawatan bagi renjatan mestilah dilakukan dengan segera selepas disahkan keadaan   renjatan itu dan setelah punca kemalangan dialihkan.
b.  Baringkan mangsa dengan telentang serta angkat kaki mangsa untuk meningkatkan aliran darah ke otak.
c.  Selimutkan tubuh mangsa untuk mengelakkan kesejukan ataupun kehilangan haba dan longgarkan pakaian yang ketat dan tali pinggang untuk mengurangkan jerutan di kawasan leher, dada ataupun pinggang.
d.  Jangan berikan sebarang cecair kerana ia tidak dapat diserap dengan mudah jika diberi melalui mulut, hubungi ambulans dan bawa mangsa ke hospital secepat mungkin.
e.    Tinggikan kaki untuk mengurangkan peraliran darah ke jantung.

21.Definisikan perkhidmatan kesihatan yang diperkenalkan di sekolah-sekolah.
Perkhidmatan Kesihatan Sekolah adalah salah satu komponen dari Rancangan Kesihatan Sekolah dan dijalankan oleh anggota Bahagian Kesihatan Keluarga. Perkhidmatan Kesihatan Sekolah mempunyai tujuan memastikan pencapaian optimum kesihatan warga sekolah dan merangkumi:
  i.        Penjagaan Kesihatan
ii.        Pemakanan
iii.        Promosi Kesihatan
iv.        Rawatan Rujukan Penempatan Kelas Khas oleh:
a.    Doktor Perubatan dan Pergigian
b.    Jururawat
c.    Guru-guru.

22(a).Perkhidmatan Kesihatan Sekolah yang dijalankan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan memberikan manfaat kepada murid-murid di sekolah.
(i) Terangkan LIMA manfaat yang boleh murid peroleh daripada Perkhidmatan Kesihatan Sekolah.
a.  Membina kefahaman dan kesedaran mengenai kepentingan kesihatan optimum dan amalan cara hidup sihat.
b.  Rancangan khas seperti rancangan makanan tambahan dan program susu sekolah kepada murid dilaksanakan dengan sempurna.
c.  Menyediakan khidmat pertolongan cemas dan rujukan kepada warga sekolah.
d.  Mengesan masalah kesihatan, merawat dan merujuk kes yang memerlukan perhatian serta tindakan lanjut.
e.  Mencegah dan mengawal kejadian penyakit.

(ii) Bincangkan LIMA aktiviti yang dijalankan oleh Perkhidmatan Kesihatan Sekolah.
Aktiviti-aktiviti Perkhidmatan kesihatan sekolah adalah:
i.        Penilaian Status Kesihatan
Penilaian status kesihatan meliputi pemeriksaan, pengesahan awal masalah kesihatan dan ujian saringan bagi menentukan tahap kesihatan warga sekolah seperti ujian penglihatan, kebersihan diri dan lain-lain oleh guru, jururawat dan doktor. Antara aktiviti-aktiviti yang perlu dijalankan adalah:
a.  Sekolah hendaklah mendapatkan kebenaran ibu bapa atau penjaga untuk pemeriksaan kesihatan dan imunisasi murid.
b.  Rekod Kesihatan Murid (RKM) hendaklah sentiasa dikemaskini. RKM 1 hendaklah dihantar ke sekolah menengah yang berkenaan setelah murid tersebut tamat tahun 6. Sekiranya seseorang murid itu bertukar sekolah, buku RKM  1 hendaklah dihantar ke sekolah baru.
c.  Pemeriksaan kesihatan hendaklah dijalankan secara berkala dan berterusan.
d.  Pemeriksaan kesihatan diwajibkan untuk murid Tahun 1, Tahun 6, Tingkatan 3 dan Tingkatan 5.
e.  Guru hendaklah memberi kerjasama semasa pemeriksaan kesihatan murid.
iii.        Khidmat Kaunseling
Penyediaan perkhidmatan kaunseling yang dijalankan oleh seorang guru kaunselor yang terlatih di setiap sekolah.
iv.        Pemakanan
Aktiviti pemakanan meliputi:
a.  Penilaian status pemakanan murid melalui pengambilan berat badan dan tinggi serta pengkelasan status pemakanan mengikut Rekod Kesihatan Murid.
b.  Pengesanan secara fizikal dan klinikal kes kurang zat makanan, obesiti, beguk, anemia dan lain-lain.
c.  Rawatan dan rujukan kes kepada doktor atau jururawat.
d.  Ceramah dan promosi pemakanan (“healthy eating”) kepada warga sekolah.
e.  Penyeliaan pelaksanaan penggunaan menu serta rancangan khas seperti Rancangan Makanan Tambahan dan Program Susu Sekolah mengikut garis panduan yang ditetapkan.
f.   Pemberian maklumat pemakanan melalui risalah, poster, tayangan video dan lain-lain.
g.  Penyeliaan oleh Pegawai Zat Makanan dan Pegawai Kesihatan Daerah terhadap pelaksanaan penambahan iodin dalam bekalan air di sekolah yang diwartakan.
v.        Pergigian
Perkhidmatan pergigian perlu dijalankan:
a.  Dengan mendapatkan kebenaran ibu bapa atau penjaga untuk rawatan pergigian murid oleh sekolah.
b.  Untuk menilai status kesihatan pergigian yang merangkumi pemeriksaan gigi, tisu-tisu lembut dan kecacatan “dentofacial” oleh pergigian atau jururawat pergigian.
c.  Untuk memerhati aspek kebersihan mulut murid oleh guru kelas.
d.  Dengan memberikan keutamaan kepada aspek pencegahan dan promosi kesihatan pergigian.
e.  Dengan memberikan rawatan pergigian yang sistematik dan komprehensif kepada murid.
f.   Dengan menyediakan rujukan bagi kes yang memerlukan perhatian dan tindakan lanjut oleh doktor pergigian dan jururawat pergigian.

(b) Masalah kesihatan dan penyakit-penyakit yang dikaitkan dengan alam sekitar semakin meruncing pada masa kini.
(i) Terangkan LIMA penyakit yang dikaitkan dengan pencemaran alam sekitar.
Antara penyakit yang berpunca dari pencemaran ialah:
a.    Demam Denggi Berdarah
Demam denggi dibawa oleh nyamuk Aedes kepada manusia melalui gigitannya.  Vektor demam denggi adalah nyamuk Aedes betina yang telah dijangkiti membawa virus denggi akan memindahkannya kepada manusia semasa proses menghisap darah. Orang dewasa dan kanak-kanak mungkin mengalami sama ada sindrom demam yang tidak serius ataupun demam kuat yang mengejut, sakit kepala yang teruk, ruam dan sakit di belakang mata, otot dan sendi. Timbunan sampah di merata-rata tempat dan parit atau longkang yang tersumbat akan menyebabkan air bertakung dan sesuai menjadi tempat pembiakan nyamuk. Sistem pembuangan sampah yang tidak diurus secara sistematik ini menjadi punca merebaknya penyakit bawaan nyamuk ini.
b.    Malaria
Penyakit Malaria dapat dikenalpasri melalui gejala demam, menggigil dan sakit kepala. Sama seperti demam denggi, penyakit Malaria juga merupakan penyakit berbahaya yang disebarkan oleh nyamuk. Cuma bezanya, vektor Malaria adalah nyamuk Tiruk betina. Nyamuk Turuk boleh membiak di kawasan berpaya juga di tempat-tempat kotor akibat bahan buangan yang tidak terkawal. Malaria adalah disebabkan oleh parasit darah yang dibawa oleh nyamuk Tiruk betina. Nyamuk yang sama boleh menyebarkan malaria kepada sesiapa sahaja kerana parasit masih berkembang dalam badan nyamuk tersebut
c.    Disentri
Disentri (Diarea) adalah penyakit bawaan makhluk perosak seperti lalat dan lipas yang menyukai tempat kotor, gelap dan lembap. Pembawa habuk, kekotoran dan bakteria yang diperolehi dari sampah sarap atau kotoran ini akan mencemarkan makanan yang terdedah. Orang yang memakan makanan tercemar itu berisiko tinggi untuk mendapat penyakit Disentri. Umumnya Disentri disertai dengan gejala demam tinggi, sakit perut, muntah yang teruk, dan kerap buang air besar sehingga mengakibatkan kelemahan tubuh kerana kekurangan cairan (dehidrasi).
d.    Bronkitis 
Bronkitis selalunya disebabkan oleh virus atau bakteria dan diburukkan lagi oleh pencemaran udara termasuklah asap rokok, wasap kimia dan habuk. Bronkitis boleh menjadi kronik terutama di kalangan mereka yang merokok atau bekerja di kawasan yang udara tercemar. Apabila bahan- bahan pencemar ini disedut ke dalam paru-paru secara berterusan, ia akan mengganggu saluran pernafasan. Seterusnya mengakibatkan keradangan dan pengeluaran mukus yang berlebihan.
e.    Keracunan Makanan
Keracunan makanan boleh berpunca dari sikap pengendali makanan yang tidak mengamalkan kebersihan diri ketika menyedia, menghidang dan menjual makanan. Mereka juga mengamalkan kelakuan atau amalan buruk seperti merokok, berbual-bual, bersin ke arah makanan, meludah merata-rata semasa menyedia dan menjual makanan. Kebersihan persekitaran luar dan dalam premis makanan juga tidak diendahkan. Makanan dibiarkan terdedah kepada serangga atau haiwan lain dan pencemaran fizikal. Selain menggalakkan amalan “pelanggan mengambil sendiri makanan tanpa kawalan” atau layan diri oleh pelanggan.

(ii) Bincangkan langkah-langkah pencegahan untuk setiap penyakit yang dinyatakan.
a.    Demam Denggi Berdarah 
- Pakai pakaian yang menutupi kebanyakan bahagian tubuh kerana ini boleh melindungi dari gigitan nyamuk.
- Menggunakan penyembur serangga bagi membunuh nyamuk dewasa di dalam rumah.
- Melakukan semburan ke seluruh bahagian dalam rumah atau menggunakan ubat nyamuk untuk mengelakkan dari digigit nyamuk.
- Pasangkan jaring nyamuk dan skrin pada tingkap untuk mencegah nyamuk dari memasuki rumah.
- Mengelak dari bertandang ke kawasan berisiko (kawasan bandar) di siang hari kerana waktu puncak nyamuk Aedes mencari makan ialah di awal pagi dan awal senja.
- Tutup dengan rapat semua bekas air seperti baldi, bejana air dan tong-tong atau masukkan ubat pembunuh jentik-jentik ke dalamnya.
- Salin air dalam jambangan bunga setiap minggu. Buangkan air dan basuh pengalas pasu bunga.
- Periksa saluran air hujan (saluran bumbung) setiap minggu dan buang daun-daun kayu atau sampah sarap lain yang menyekat aliran air.
- Bersihkan persekitaran rumah dengan cara membuang semua bekas atau benda yang boleh menakung air seperti tin-tin kosong dan botol ke dalam beg plastik dan letakkan dalam tong sampah yang bertutup.

b.    Demam Malaria
- Langkah pencegahan lebih bertumpu kepada cara memusnahkan nyamuk dengan mencampurkan racun serangga di tempat pembiakannya seperti paya di mana airnya bertakung.
- Memakai baju dan seluar panjang, pasang net di tingkap dan guna krim pencegah untuk mengelakkan gigitan nyamuk. 
- Ubat chloroquine adalah ubat pilihan untuk mencegah malaria.

c.    Disentri
i.   Langkah pencegahan yang tertumpu kepada langkah-langkah mengawal makhluk perosak ialah dengan cara:
a.    Menutup ruang dan lubang yang boleh dilalui.
b.    Menjaga kebersihan premis dan persekitaran.
c.    Elakkan sisa makanan bertaburan.
d.    Menutup tong atau bekas berisi sampah.
e.    Mencuci peralatan dapur dengan segera selepas digunakan.
f.     Simpan semua bahan makanan di tempat bertutup yang tidak boleh dimasuki lipas.
ii.   Mengamalkan mencuci tangan dengan betul terutamanya selepas menggunakan tandas, sebelum menyediakan makanan, sebelum makan, dan sebelum memegang bayi.

d.    Bronkitis 
- Berhenti merokok dan jauhkan diri dari asap rokok. Perbuatan berhenti merokok, akan menyebabkan seseorang bekas perokok dapat bernafas dengan lebih selesa dan paru-paru akan mula sembuh.
- Jauhi daripada pencemaran udara dan bahan-bahan kimia.
- Elakan dari menyedut habuk atau wasap bahan kimia. Memakai topeng keselamatan atau alat-alat perlindungan lain apabila berada ditempat yang tercemar udaranya.
- Melakukan senaman secara tekal untuk menguatkan otot pernafasan. Lakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.

e.    Keracunan Makanan
Cara yang paling baik dan berkesan untuk mencegah kejadian keracunan makanan adalah dengan melindungi makanan dari tercemar dan mengawasi punca-punca pencemaran seperti berikut:

i.        Manusia (pengendali makanan
- Mengelakkan amalan buruk seperti merokok, mengorek hidung dan telinga serta menggaru kepala atau bahagian-bahagian lain pada badan/semasa mengendalikan makanan
- Sentiasa mengamalkan kebersihan dan kesihatan diri supaya tidak menjadi punca jangkitan kepada orang lain.
- Membasuh tangan secara teliti terutama selepas ke tandas, memegang bahan mentah, mengangkut sampah sarap atau sisa makanan
- Menjaga kebersihan persekitaran di dalam dan luar premis.
- Memastikan peralatan yang rosak, sumbing atau retak tidak digunakan lagi. 
- Sentiasa tudung makanan yang dihidang.
- Tidak menyediakan makanan terlalu awal.

ii.        Bahan mentah
- Bahan-bahan mentah, terutama daging atau hasilnya harus disimpan pada suhu yang rendah (<4˚C).
·- Bahan mentah harus disimpan berasingan daripada makanan yang sudah dimasak dan sedia untuk dimakan. Ini dapat mengelakkan pencemaran silang dari bahan mentah ke makanan yang sedia dimakan.
- Gunakan peralatan seperti pisau dan papan memotong (chopping board) yang berasingan untuk mengelakkan pencemaran silang.
- Cuci bahan mentah dengan teliti untuk mengeluarkan kekotoran atau bendasing pada permukaannya.
- Basuh tangan secara teliti setelah memegang bahan mentah seperti daging mentah sebelum mengendali makanan yang sedia dimakan seperti kuih-muih dan salad.

iii.        Serangga dan Haiwan 
- Makhluk perosak seperti lalat, lipas, tikus, burung dan binatang peliharaan adalah pembawa habuk, kekotoran dan bakteria. 
- Kawalan serangga dan haiwan ini akan membantu mengurangkan pencemaran makanan secara berkesan.

iv.        Bekalan Air   
Jika air yang digunakan tidak diperolehi secara langsung dari sumber utama (contohnya dari tangki yang terdedah atau menggunakan sambungan paip getah), pencemaran boleh berlaku melalui kebocoran ini.

v.        Sisa dan Bahan Buangan
- Bahan buangan mengandungi makanan yang sedang mereput, sisa kulit kupasan dan bahan organik yang menjadi sumber bakteria hidup dan membiak dengan mudah.
- Bekas sisa dan sampah-sarap yang terdedah atau melimpah akan menarik haiwan dan serangga perosak seperti tikus, burung, lalat dan lipas.

23.(a) Penekanan Perkhidmatan Kesihatan Sekolah diberikan kepada kanak-kanak pra sekolah, murid darjah 1, darjah 6, tingkatan 3 dan tingkatan 5.
Buktikan kenyataan di atas dengan SATU aktiviti Perkhidmatan Kesihatan Sekolah.
Penekanan diberikan kepada kanak-kanak Pra Sekolah, murid Tahun 1, Tahun 6, Tingkatan 3 dan Tingkatan 5 dalam aktiviti-aktiviti Perkhidmatan Kesihatan Sekolah seperti Penilaian Kesihatan Kanak-kanak Sekolah, Rawatan dan Tindakan Susulan, Khidmat Kaunseling, Pemakanan, Pertolongan Cemas, Pendidikan Kesihatan, dan Kanak-kanak dengan Keperluan Khas.

Penilaian Status Kesihatan  ialah satu aktiviti yang meliputi pemeriksaan, pengesanan awal masalah kesihatan dan ujian saringan bagi menentukan tahap kesihatan warga sekolah. Ujian penglihatan dan kebersihan diri adalah di antara ujian saringan yang dilakukan oleh guru, jururawat dan doktor disamping aktiviti-aktiviti lain yang turut dijalankan. Antara aktiviti-aktiviti tersebut ialah seperti berikut:
i.    Pemeriksaan kesihatan hendaklah dijalankan secara berkala dan berterusan.
ii.   Pemeriksaan kesihatan diwajibkan untuk Tahun 1dan Tahun 6 bagi murid sekolah rendah dan Tingkatan 3 dan Tingkatan 6 bagi pelajar sekolah menengah.
iii.  Sekolah hendaklah mendapatkan kebenaran ibu bapa atau penjaga untuk pemeriksaan kesihatan imunisasi murid.
iv.  Rekod Kesihatan Murid (RKM 1) mesti dikemaskini. RKM 1 hendaklah dihantar ke sekolah menengah yang berkenaan setelah tamat Tahun 6.
v.   RKM 1 hendaklah dihantar ke sekolah baru sekiranya seseorang murid atau pelajar berpindah sekolah.
vi.   Guru hendaklah member kerjasama semasa pemeriksaan kesihatan dijalankan.

(b) Masalah kesihatan dan penyakit pada masa kini banyak bergantung kepada faktor persekitaran.
Jelaskan LIMA jenis persekitaran yang memberi kesan negatif kepada kesihatan kanak-kanak
i.        Air minuman yang tidak selamat
Kandungan air yang dicemari oleh bahan sisa toksik kimia dan unsur-unsur mikrobiologikal adalah di antara penyebab air tidak selamat untuk diminum. Kesemua bahan sisa toksik kimia mengandungi racun yang akan menjejaskan kualiti air bersih dan mengancam kesihatan jika diminum. 
Unsur-unsur mikrobiologikal mencemari air apabila sumber air dicemari oleh bahan-bahan buangan, kumbahan manusia dan haiwan. Ia akan menjejaskan kesihatan kerana boleh mengakibatkan pelbagai jenis penyakit bawaan air seperti taun dan kegatalan kulit  serta boleh menjangkiti pengguna air  terutamanya kanak-kanak.

ii.        Tiada kebersihan diri
Penyakit tangan, kaki, dan mulut disebabkan oleh virus (kumpulan enterovirus) biasanya menjangkiti kanak-kanak di bawah umur 5 tahun. Jangkitan ini berlaku disebabkan tidak mengamalkan kebersihan diri.
Penyakit ini dijangkiti melalui kontak secara langsung dengan pesakit serta melalui najis, air liur dan lelehan dari hidung pesakit. Kebanyakan kes penyakit ini tidak serius. Namun, terdapat juga kes-kes teruk yang melibatkan sistem saraf dan jantung.

iii.        Sistem pembentungan yang tidak baik
Kawasan yang tidak mempunyai sistem pembentungan yang sempurna boleh mendatangkan risiko kepada kesihatan penduduknya, Kewujudan beberapa kawasan berpaya yang menjadi habitat nyamuk Mansonia menyebabkan penduduk termasuk kanak-kanak di kawasan tersebut berisiko tinggi mendapat penyakit Untut.
Penyakit Untut atau Kaki Gajah (Filariasis Limpatik) adalah disebabkan oleh parasit dan virus bawaan nyamuk Mansonia yang hidup di, kawasan berpaya dan air bertakung sama seperti nyamuk Aedes. Mereka yang mengidap penyakit ini akan mengalami keadaan di mana salah satu, atau kedua-dua kaki akan ´membesar´ akibat lapisan kulit yang tumbuh berlapis-lapis.

iv.        Pencemaran udara
Pencemaran udara secara luaran adalah berpunca daripada pertumbuhan dan perkembangan pesat sektor industri dan kenderaan bermotor. Bahan-bahan seperti sulfur dioksida, nitrogen dioksida, karbon monoksida dan beberapa lagi bahan lain menyebabkan udara tercemar.  Begitu juga dengan aktiviti pembakaran secara terbuka sisa buangan perbandaran seperti plastic dan PVC (polyvinyl chloride), juga hutan-hutan bagi kegiatan ekonomi dan pertanian. Keadaan ini boleh menjadi ancaman kepada kesihatan manusia termasuk orang tua dan kanak-kanak. Jerebu yang terhasil apabila kandungan udara yang mengandungi oksigen, nitrogen dan hidrokarbon bertindak dengan kehadiran cahaya matahari. Kehadiran jerebu di udara menyebabkan kesukaran untuk bernafas, pedih mata, pening dan rasa mual. Pendedahan kepada jerebu dalam jangka masa panjang mengundang bahaya kepada pesakit-pesakit yang mengidap asma dan sistem pernafasan.

v.        Kimia bahaya
Racun kimia seperti racun makhluk perosak digunakan oleh para petani bagi mengawal serangan makhluk perosak daripada memusnahkan tanaman mereka. Penggunaannya yang tidak mengikut prosedur yang betul mengakibatkan berlakunya pencemaran udara, sungai, sumber air bawah tanah, tanah, tumbuhan dan makanan. Racun kimia ini mengancam kesihatan manusia melalui pernafasan, minuman, makanan dan melalui penyerapan di kulit. Organoklorin yang hadir di dalam susu ibu semasa penyusuan bayi akan mengancam kesihatan bayi. Racun kimia juga menjejaskan proses pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak.

24.(a) Persekitaran fizikal sekolah yang sihat dan selamat ialah keadaan sekolah yang mempunyai kemudahan asas dan fizikal yang sentiasa bersih, ceria, selamat dan sihat.
(i)    Apakah tujuan persekitaran fizikal sekolah yang sihat dan selamat?
a.    Mewujudkan persekitaran fizikal yang bersih dan selamat
b.    Mewujudkan persekitaran yang bebas daripada risiko jangkitan penyakit.

(ii) Cadangkan LIMA langkah dalam meningkatkan persekitaran fizikal sekolah yang sihat dan selamat.
a.  Memastikan persekitaran bersih dan selamat untuk menggalakkan amalan kesihatan yang betul, mengurangkan risiko jangkitan penyakit dan kemalangan di sekolah.
b.  Memastikan kantin, dapur asrama dan dewan makan sekolah sentiasa bersih, selamat dan mematuhi peraturan-peraturan kesihatan yang ditetapkan dalam “Garis Panduan Kantin Sekolah” dan “Pekeliling Pembangunan dan Bekalan Bil.2/1994 (Pengendalian Asrama)”. Memastikan pengalaman, penyediaan dan pengambilan makanan berkhasiat dan bermutu oleh warga sekolah selaras dengan dasar pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia yang terkini.
c.  Memastikan sekolah sebagai kawasan bebas asap rokok dan Pengetua, Guru Besar atau guru akan diwakilkan kuasa untuk mengkompaun di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 1993.
d.  Memastikan sekolah bebas daripada pembiakan nyamuk Aedes mengikut “Buku Panduan Program Bebas Denggi di Sekolah 1994”.
e.  Memastikan persekitaran sekolah bebas dari pencemaran udara, air dan bunyi.

25.(a) Bandingkan PROSTAR dan Program Doktor Muda dari segi definisi masing-masing.
PROSTAR adalah singkatan daripada Program Sihat Tanpa AIDS untuk Remaja,satu program pencegahan AIDS di kalangan remaja dan dilaksanakan pada tahun 1996 hingga 2000. Manakala Program Doktor Muda merupakan satu program promosi kesihatan yang diperkenalkan pada tahun 1989. Ia disertai sekumpulan murid yang dipilih oleh pihak sekolah berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. Murid-murid ini dilatih dari segi pengetahuan dan kemahiran dalam beberapa aspek kesihatan yang relevan. Seterusnya bertindak sebagai pembimbing rakan sebaya atau agen perubahan pengetahuan, sikap dan amalan kesihatan di kalangan rakan-rakan, anggota keluarga dan masyarakat.

(b) Jelaskan DUA persamaan dan DUA perbezaan PROSTAR dan Program Muda.

26.Nyatakan DUA daripada sepuluh ahli jawatankuasa rancangan Kesihatan Sekolah Peringkat Daerah.
i.   Pegawai Kesihatan Daerah
ii.  Pegawai Pendidikan Daerah

27.Rancangan Kesihatan Sekolah (RKS) bertujuan untuk meningkatkan taraf kesihatan dan pemakanan murid serta warga sekolah ke tahap yang optima.
(a) Diskriminasikan komponen Pendidikan Kesihatan dan Perkhidmatan Kesihatan dalam RKS.
1)    Pendidikan Kesihatan
i.   Menerangkan jumlah pengalaman sama ada di sekolah atau di mana-mana sahaja yang mempengaruhi pengetahuan, sikap dan amalan seseorang murid dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan kesihatan.
ii.  Pendidikan kesihatan termasuk pendidikan formal dan tidak formal di sekolah.
iii. Bertujuan untuk membentuk minat dan keinginan serta mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan murid untuk kemajuan dan kebaikan kesihatan mereka sendiri, keluarga dan masyarakat.
iv. Diharapkan murid-murid akan lebih menyedari masalah dan keperluan kesihatan dan seterusnya mereka boleh membuat keputusan yang bijak bagi menentukan cara hidup mereka atau perlakuan kesihatan mereka.

2)    Perkhidmatan Kesihatan
i.   Bentuk perkhidmatan dan khidmat-khidmat sokongan kesihatan sekolah yang diberikan  termasuklah oleh:
a.    Pasukan Kesihatan Sekolah
b.    Jabatan Kesihatan
c.    Kementerian Kesihatan
d.    Pihak swasta
e.    Pertubuhan-pertubuhan sukarela
ii.    Di antaranya termasuklah bentuk perkhidmatan seperti berikut:
a.    Rawatan ringan dan kecemasan
b.    Kawalan penyakit berjangkit
c.    Penilaian (screening) atau pemeriksaan kesihatan ke atas murid-murid
d.    Perkhidmatan Pergigian
e.    Rujukan dan rawatan susulan
f.     Program imunisasi

(b) Huraikan TIGA masalah yang sering wujud semasa perlaksanaan RKS serta cadangkan langkah-langkah penyelesaiannya
1)    Keberkesanan Pendidikan Kesihatan di Sekolah
Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Jabatan Kesihatan Masyarakat, Fakulti Perubatan, UKM pada tahun 1987, didapati tahap pengetahuan kesihatan dalam kalangan murid sekolah masih berada pada tahap yang rendah dan kurang memuaskan.
Antara faktornya ialah:
Sikap Pelajar, Guru dan Pentadbir Sekolah terhadap Kesihatan
i.   Mata pelajaran PJK bukannya mata pelajaran peperiksaan di sekolah, jadi pihak murid, guru dan pentadbir sekolah memandang ringan terhadap mata pelajaran ini berbanding dengan mata pelajaran peperiksaan lain seperti Bahasa Melayu dan Matematik.
ii.  Guru yang tidak ada latar belakang pendidikan jasmani dan kesihatan atau pengkhususan diarahkan untuk mengajar kesihatan.

Cadangan langkah penyelesaian masalah:
i.   Menaiktaraf mata pelajaran PJK sebagai salah satu mata pelajaran peperiksaan, supaya sikap murid, guru dan pentadbir sekolah terhadap PJK berubah.
ii.  Guru-guru diberi latihan, sama ada latihan pra perkhidmatan atau latihan dalam perkhidmatan perlu ditambah dan dimantapkan, bagi memastikan guru-guru mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang sepatutnya.

2)    Bebanan Kerja Guru
i.   Bebanan tugas 'paper work' dan kerja-kerja perkeranian terutama dalam menyediakan rekod-rekod dan maklumbalas kepada pihak-pihak berkenaan serta tugas-tugas ko kurikulum.
ii.  Menjejaskan program kesihatan sekolah kerana guru-guru terpaksa memberi perhatian kepada perkara-perkara yang telah disebutkan

Cadangan langkah penyelesaian masalah:
Untuk mengurangkan beban tugas guru terhadap tugas-tugas yang berkaitan dengan kesihatan sekolah:
i.   Seorang guru dipertanggungjawabkan untuk menyelaraskan tugas-tugas kesihatan sekolah dan dikurangkan beban tugas yang lain.
ii.  Jawatankuasa Kesihatan sekolah juga perlu diwujudkan di peringkat sekolah.

3)    Kemudahan Asas dan fizikal
i.   Kekurangan kemudahan fizikal di sesebuah sekolah.
ii.  Terutama bagi sekolah-sekolah lama, masih terdapat banyak kekurangan kemudahan asas dan fizikal sekolah.
iii. Kadar bilangan tandas dengan bilangan murid, kemudahan fizikal kantin dan asrama, padang permainan dan sebagainya, masih lagi kurang di kebanyakan sekolah.
iv. Keadaan tersebut menjejaskan tugas-tugas penyelenggaraan dan menjaga persekitaran sekolah yang bersih, indah dan selamat.

Cadangan langkah penyelesaian masalah:
Satu Jawatankuasa Khas perlu ditubuhkan bagi mengkaji:
i.   Kemudahan-kemudahan asas kesihatan dan kemudahan fizikal sekolah  memastikan setiap sekolah telah pun dibekalkan dengan kemudahan minimum yang sepatutnya terdapat bagi sesebuah sekolah, seperti bilangan tandas yang mencukupi, tempat pelupusan sampah yang diterima pakai, kantin sekolah, singki air yang mencukupi dan sebagainya.

28.Nyatakan DUA daripada lima objektif Rancangan Makanan Tambahan di sekolah.
i.   Memberi makanan tambahan kepada murid-murid sekolah rendah, terutamanya dari luar bandar dan golongan berpendapatan rendah secara imbuhan dan sementara waktu, untuk memperbaiki keadaan kesihatan sebagai satu usaha yang selaras dengan Dasar Pembangunan Negara.
ii.  Memberi makanan tambahan yang berzat dan seimbang kepada murid-murid yang berkenaan untuk membantu mereka mengatasi masalah dari segi pertumbuhan badan dan kekurangan tenaga

29.Nyatakan faktor penyumbang yang dikenalpasti penyebab kepada keracunan makanan.
i.    Kebersihan diri yang rendah..
ii.   Peralatam, perkakasan dan ruang tempat kerja docemari..
iii.  Bekalan makanan dari sumber yang tidak selamat.

30.Anda dapati bahawa murid-murid di sekolah anda suka makan makanan ringan dan jarang bersenam.Cadangkan DUA peranan yang boleh anda laksanakan untuk mengatasi gejala tersebut.
1)  Menjadi contoh kepada murid dalam mengamalkan cara hidup sihat.
2)  Menggalakkan murid menyertai dengan aktif aktiviti Kemahiran Kesihatan Diri yang dilaksanakan oleh Jawatankuasa PBSS:

i.     Makan secara sihat
a.  Sekolah mestilah mengajar konsep makan secara sihat kepada setiap murid melalui   kurikulum dan lain-lain aktiviti yang tidak formal.
b.  Sekolah perlu memastikan makanan yang dijual di kantin sekolah adalah bersih, selamat dan berzat.
c.   Murid mestilah digalakkan untuk memilih makanan yang berzat, bersih dan selamat.
ii.    Senaman dan kecergasan
a.  Sekolah perlu memperuntukkan sekurang-kurangnya dua masa pelajaran dalam seminggu untuk senaman dan kecergasan.
b.  Sekolah perlu mengadakan kemudahan dan peralatan untuk senaman dan kecergasan.
c.   Murid dikehendaki melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti senaman dan kecergasan.

31.Aktiviti Kemahiran Kesihatan Diri boleh dijalankan melalui pendidikan formal dan tidak formal di sekolah. Jelaskan DUA daripada aktiviti Kemahiran Kesihatan Diri yang dijalankan menerusi pendidikan formal di sekolah.
i.     Senaman dan kecergasan (Subjek Pendidikan Jasmani)
a.  Sekolah perlu memperuntukkan sekurang-kurangnya dua masa pelajaran dalam seminggu  untuk senaman dan kecergasan.
b.  Sekolah perlu mengadakan kemudahan dan peralatan untuk senaman dan kecergasan.
c.   Murid dikehendaki melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti senaman dan kecergasan.
ii.     Makan secara sihat (Subjek Kesihatan)
a.  Sekolah mestilah mengajar konsep makan secara sihat kepada setiap murid melalui kurikulum dan lain-lain aktiviti yang tidak formal.
b.  Sekolah perlu memastikan makanan yang dijual di kantin sekolah adalah bersih, selamat dan berzat.
c.  Murid mestilah digalakkan untuk memilih makanan yang berzat, bersih dan selamat.

32.(a) Nyatakan tugasan yang perlu dilakukan seorang pengusaha premis makanan
i.   Pastikan semua aspek kebersihan yang disebutkan dipatuhi
ii.  Pastikan semua pekerja mendapat pemeriksaan kesihatan dan suntikan pencegah penyakit tifoid sebelum bertugas.
iii. Pastikan pekerja yang sakit mendapat rawatan perubatan dan tidak bekerja sehingga disahkan sihat.
iv. Melatih pekerja mengenai kesihatan dan kebersihan diri dari semasa ke semasa.

(b) Nyatakan tugasan yang perlu dilakukan seorang pekerja premis makanan
i.    Menjaga kesihatan dan kebersihan diri.
ii.   Melaporkan kepada majikan apabila sakit dan dapatkan rawatan segera.
iii.  Elakkan diri dari perbuatan seperti korek hidung, menyentuh makanan masak dengan tangan kotor dan sebagainya.
iv.  Mempelajari dan mengamalkan tabiat yang baik bai meninggikan taraf kesihatan diri, amalan pengendalian makanan yang baik dan kebersihan kawasan-kawasan tempat kerja.

(c) Huraian perkara asas bagi memastikan makanan bersih dan selamat
Di antara perkara-perkara asas yang diutamakan untuk memastikan makanan bersih dan selamat ialah:
a.    Kebersihan bahan mentah.
i.    Bahan mentah yang hendak digunakan mestilah dipilih dari sumber yang diketahui, bersih, segar dan tidak rosak.
ii.   Bahan mentah perlu dibasuh dengan air bersih sebelum dimasak.
iii.  Penyediaan bahan mentah perlu dibuat di tempat yang bersih.
iv.  Bagi makanan di dalam tin, pilihlah tin yang tidak kemek dan tidak berkarat.
v.   Bilik penyimpanan bahan mentah mestilah bersih, teratur dan berasingan dari bahan bukan makanan.
vi.  Bahan-bahan mentah yang mudah rosak seperti ikan, daging, susu dan sebagainya perlu disimpan dalam peti sejuk.
vii.  Pengambilan makanan dengan tangan perlulah dielakkan bagi menjamin mutu kebersihan makanan yang disediakan.
viii. Penggunaan penyepit atau sudu atau garpu untuk mengambil makanan.
ix.   Lindungi makanan dari lalat, tikus, habuk dan bahan-bahan beracun.
x.    Gunakan kain yang bersih untuk mengelap pinggan mangkuk. Pastikan ia hanya digunakan untuk tujuan tersebut.
xi.   Semasa menghidang, jangan menyentuh makanan atau permukaan dalam pinggan mangkuk.
xii.  Pastikan penggunaan bekas yang telah retak atau sumbing untuk menghidang makanan.
xiii. Simpan makanan di tempat yang sesuai, misalnya makanan yang mudah rosak di dalam peti sejuk.
xiv. Pastikan makanan mentah di simpan di tempat yang sama untuk menghindarkan pencemaran silang.
xv.  Pinggan mangkuk dan peralatan lain mestilah dibersihkan setiap kali selepas digunakan.
xvi. Bahan-bahan bukan makanan hendaklah disimpan berasingan dari makanan
b.    Kebersihan diri pengendali makanan.
i.   Amalan membasuh tangan dengan sabun setiap kali selepas menggunakan tandas dan setiap kali sebelum menyediakan atau menghidang makanan.
ii.   Kuku pendek dan bersih. Mandi dengan sabun sekurang-kurangnya dua kali sehari.
iii.  Pastikan diri pengendali bersih dan kemas.
iv.  Berpakaian bersih, memakai apron dan tudung kepala yang bersih dengan betul.
v.   Jangan meludah di kawasan penyediaan makanan.
vi.  Jangan bercakap, bersin atau batuk ke arah makanan.
vii. Jangan menghisap rokok semasa menyediakan makanan.
viii.Jangan mengorek hidung atau telinga ketika menyediakan makanan.
ix.  Sistem pembuangan sampah yang sempurna dan teratur.
x.   Tong sampah bertudung dan bersih dan sampah dibuang setiap hari atau mengikut jadual.
xi.  Sistem pembuangan air limbah yang berkesan dan sesuai dan tidak bertakung untuk mengelakkan bau busuk dan pembiakan lalat.
xii.  Tandas yang sempurna, mencukupi dan bersih perlu disediakan di premis makanan.
xiii. Kemudahan membasuh tangan yang mencukupi serta lengkap dengan sabun, berus dan tuala bersih atau alat pengering tangan bagi pelanggan dan pekerja.
c.    Reka bentuk premis dan peralatan yang sesuai.
i.   Premis makanan mestilah mempunyai ruang yang mencukupi dan berasingan bagi penyediaan makanan, mempamer makanan, menyimpan makanan dan juga ruang untuk pelanggan yang selesa.
ii.  Almari atau rak menyimpan makanan mestilah ditutup rapi supaya lalat dan lipas tidak dapat masuk.
iii. Lantai mestilah mudah dicuci, tidak mudah rosak dan tidak menakung air. Siling dan  dinding mestilah bersih, mudah dicuci dan bercat terang.
iv.  Tempat membasuh peralatan mestilah sesuai dan mencukupi.
v.   Tempat penyediaan makanan mestilah dari jenis yang mudah dicuci dan kalis air.
vi.  Peti sejuk perlu disediakan untuk menyimpan makanan yang mudah rosak dan berfungsi.
vii. Pencahayaan dan pengudaraan dalam premis makanan hendaklah mencukupi.
viii.Peralatan yang digunakan hendaklah yang bersesuaian dengan fungsinya.
ix.  Peralatan serta keseluruhan premis sentiasa dibersihkan.
x.   Pihak pengurusan sentiasa mengawasi amalan kebersihan pekerja-pekerja.
xi.  Kerjasama yang rapat di antara pekerja dan pengurus penting untuk memastikan amalan dan keperluan kebersihan dijamin.
xii.  Kerosakan-kerosakan perlu diperbaiki secepat mungkin.

33.(a) Nyatakan tujuan progam susu untuk sekolah.
Program Susu Sekolah merupakan program Kementerian Pendidikan untuk meningkatkan taraf pemakanan dan seterusnya taraf kesihatan murid-murid sekolah. PSS juga bertujuan menggalakkan tabiat minum susu di kalangan murid-murid dari peringkat awal selain daripada memastikan murid-murid menerima makanan-makanan berzat.

(b) Nyatakan TIGA program yang di laksanakan di sekolah bagi meningkatkan kualiti kesihatan.
i.    Program Kesihatan Pergigian Sekolah
ii.   Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
iii.  Program Susu Sekolah

(c) Huraikan komponen rancangan kesihatan sekolah.
Rancangan Kesihatan Sekolah mengandungi komponen-komponen berikut:
i.   Pendidikan Kesihatan
a.  Menerangkan jumlah pengalaman sama ada di sekolah atau di mana-mana sahaja yang mempengaruhi pengetahuan, sikap dan amalan seseorang murid dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan kesihatan.
b.  Pendidikan kesihatan termasuk pendidikan formal dan tidak formal di sekolah.
c.  Bertujuan untuk membentuk minat dan keinginan serta mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan murid untuk kemajuan dan kebaikan kesihatan mereka sendiri, keluarga dan masyarakat.
d.  Diharapkan murid-murid akan lebih menyedari masalah dan keperluan kesihatan dan seterusnya mereka boleh membuat keputusan yang bijak bagi menentukan cara hidup mereka atau perlakuan kesihatan mereka.

ii.        Perkhidmatan Kesihatan Sekolah
1.  Bentuk perkhidmatan dan khidmat-khidmat sokongan kesihatan sekolah yang diberikan termasuklah oleh:
a.    Pasukan Kesihatan Sekolah
b.    Jabatan Kesihatan
c.    Kementerian Kesihatan
d.    Pihak swasta
e.    Pertubuhan-pertubuhan sukarela

2.    Di antaranya termasuklah bentuk perkhidmatan seperti berikut:
a.    Rawatan ringan dan kecemasan
b.    Kawalan penyakit berjangkit
c.    Penilaian (screening) atau pemeriksaan kesihatan ke atas murid-murid
d.    Perkhidmatan Pergigian
e.    Rujukan dan rawatan susulan
f.     Program imunisasi


iii.        Keadaan Hidup Sihat di Sekolah
a.  Sebuah institusi di mana murid-murid mendapat pendidikan dan menghabiskan masa  kira-kira 6-10 jam sehari.
b.  Persekitaran sekolah perlu dipastikan supaya sentiasa dalam keadaan selamat, bersih, selesa dan indah.
c.  Persekitaran sekolah yang selesa sudah tentu boleh mewujudkan persekitaran yang konduksif kepada proses pembelajaran dan pengajaran.

iv.        Kerjasama antara Sekolah dan Masyarakat untuk Kesihatan
Kerjasama di antara sekolah dengan masyarakat bertujuan untuk mengintegrasikan
aktiviti-aktiviti kesihatan sekolah dan kesihatan masyarakat. Ianya merupakan satu proses dua hala di mana kedua dua sekolah dan masyarakat memikul tanggungjawab bersama untuk mengawasi dan mempertingkatkan lagi status/taraf kesihatan kanak-kanak. Dalam konteks ini sekolah perlu memikirkan apakah sumbangannya terhadap masyarakat dan begitulah sebaliknya, iaitu apakah yang masyarakat boleh sumbangkan kepada sekolah. Kerjasama meliputi:
a.    Penyediaan tandas yang mencukupi untuk murid-murid dan kakitangan;
b.    Kemudahan bekalan air yang selamat dan mencukupi; dan
c.    Keadaan kantin yang bersih dan selamat di samping pengendalian makanan yang sempurna.

Rujukan : Modul HBHE2103, HBHE1103 dan sumber-sumber dari internet.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...