Everything good that happens to you (O Man) is from God, everything bad that happens to you is from your own actions.(Quran 4:79)

Selasa, 30 November 2010

HBAE1403 MENGGAMBAR

ULANGKAJI ~ BIDANG MENGGAMBAR
Contoh Soalan : 
    1. Berikan EMPAT peringkat pengetahuan dan kefahaman yang perlu dicapai oleh murid dalam Pendidikan Seni Visual.

2. 
a)  Dalam membuat sesuatu penilaian hasil kerja seni, seseorang guru perlu menilai berdasarkan beberapa peringkat. Apakah EMPAT peringkat tersebut?
b)  Terangkan dengan jelas keempat-empat peringkat tersebut.
c)  Bincangkan bagaimana seseorang guru menjalankan keempat-empat peringkat dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual di sekolah.

     3.   Di dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual  KBSR, bidang menggambar adalah satu bidang yang  menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran seseorang murid. Bidang ini melihat kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan mereka dalam membuat gambar dengan menggunakan pelbagai media dan teknik.


a)  Jelaskan definisi menggambar dan jelaskan DUA penekanan bidang ini di peringkat sekolah rendah.
b)  Berpandukan Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR bidang menggambar yang diajar di sekolah rendah mempunyai hasil pembelajaran secara berperingkat dan berbeza mengikut tahap umur murid. Huraikan hasil pembelajaran mengikut kumpulan aras berikut :
 i.   Aras Pengetahuan dan Kefahaman.
 ii.  Aras Aplikasi dan Analisa.
 iii. Aras Sintesis dan Penilaian.
c)  Huraikan kandungan Bidang Menggambar dari tahun 1 sehingga tahun 4 mengikut tahun pembelajaran murid.

PENGENALAN : 
Mengikut Sukatan Pelajaran Pendidikan Visual KBSR, bidang menggambar ialah ;
  • Satu bidang yang menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran seseorang murid.
  • Melihat kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan mereka dalam membuat gambar dengan menggunakan pelbagai media dan teknik.
  • Menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi dalam sesuatu hasil karya.
  • Menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri seseorang murid.
  • Meliputi penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat bahan dan kegunaannya.
  • Membolehkan murid mengenali dengan lebih dekat lagi pelbagai kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan.
  • Dapat memperkembangkan persepsi visual murid dan kesedaran terhadap asas seni reka seperti warna, garisan, susunan dan kesannya.
Kegiatan :  lukisan, catan, kolaj, montaj, cetakan, gosokan, resis, percikan dan mozek. 

DEFINISI :
Representasi visual (Ilustrasi) sesuatu objek atau imej 2 dimensi yang dihasilkan di atas permukaan rata. Ia juga mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan melalui pengaplikasian warna. 


ALAT DAN MEDIA :
  • Berbagai jenis pensil
  • Warna pastel, warna air, warna poster, warna pensil
  • Kapur berwarna
  • Oil pastel
  • Artline atau marker
  • Berbagai jenis pen
  • Gouche, akrilik, cat minyak
  • Berbagai jenis cebisan kertas suratkhabar atau majalah
  • Bahan-bahan semulajadi seperti berbagai jenis tumbuh-tumbuhan, sayur-sayuran, dan buah-buahan
  • Penyedut minuman
  • Gunting, pisau lipat, gam
  • Berbagai jenis berus lukisan
  • Palet / pembancuh warna 
Sebelum memulakan sesuatu P&P, penting bagi seseorang guru mengetahui dan mengenal pasti perubahan dan perkembangan diri murid-muridnya. Pengaplikasian alat, media dan teknik perlu mengambil kira keupayaan dan sikap murid-murid yang berbeza.

TUJUAN :
Melalui menggambar, hasil pembelajaran yang harus dicapai murid-murid ialah;
  • Asas menggambar ~ Tahun 1
  • Menggambar ~ Tahun 2
  • Meneroka beberapa teknik yang berbeza dalam melukis dan membuat gambar ~ Tahun 3
  • Menggunakan Asas Senireka dalam menggambar berdasarkan tema dan imaginasi murid ~ Tahun 4
  • Menggambar berdasarkan tema, pengalaman dan imaginasi secara manual dan berbantukan komputer ~ Tahun 5
  • Menggambar berdasarkan tema, pengalaman, imaginasi dan fantasi murid secara manual dan berbantukan komputer ~ Tahun 6
 ARAS HASIL PEMBELAJARAN :

1.   Pengetahuan dan Kefahaman
  1. Memahami konsep dan fungsi setiap aktiviti yang dipelajari.
  2. Menyatakan perasaan, idea dan imaginasi diri melalui kegiatan menggambar.
  3. Menguasai asas seni reka serta menghasilkan hasil kerja seni visual yang kreatif dan berfungsi. 
  4. Meningkatkan pengetahuan Asas Senireka serta mengaplikasikannya dalam penghasilan.
2.   Aplikasi dan Analisa
         Setelah mengetahui dan memahami apa yang dipelajari murid akan beralih ke tahap atau aras aplikasi dan analisa seperti berikut: 
  1. Merasa dan mengenalpasti pelbagai kesan, benda, alat dan bahan dengan meneroka dan mencuba secara spontan
  2. Menggunakan bahan asas dan bahan gantian dalam kegiatan menggambar
  3. Mengambil bahagian dalam kegiatan seni visual dengan perasaan gembira
  4. Menggunakan dan meneroka beberapa teknik dan proses menghasilkan karya seni visual melalui penerokaan terhadap bahan alam dan bahan kutipan
  5. Mengenal dan menggunakan elemen asas seni reka dalam penghasilan karya secara kreatif
  6. Membuat penerokaan berdasarkan pemerhatian dan bantuan komputer dalam penghasilan karya
  7. Meneroka dengan menggunakan perisian komputer dalam proses penghasilan karya
  8. Mempelbagaikan alat, bahan dan teknik dalam penghasilan karya seni visual 
  9. Aras sintesis dan penilaian ialah aras peringkat akhir yang perlu dicapai
3.   Sintesis dan Penilaian 
Aras sintesis dan penilaian ialah aras peringkat akhir yang perlu dicapai oleh murid apabila mereka melalui proses aras pengetahuan, pemahaman, aplikasi dan analisa. Di antaranya ialah:
  1. Menghayati benda yang dilihat, disentuh dan didengar serta menyatakan aspek yang disukai dan yang tidak disukai
  2. Memilih, memadan, menyusun dan memanipulasi bahan secara kreatif
  3. Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi dalam semua kegiatan seni visual
  4. Menghargai alam persekitaran serta menghayati unsur flora dan fauna untuk penghasilan
  5. Mengenal dan menggunakan elemen Asas Senireka dalam penghasilan karya secara kreatif.
  6. Mengamalkan nilai-nilai murni seperti bekerjasama, berkeyakinan diri, kekemasan, kebersihan serta mengutamakan keselamatan
  7. Meningkatkan minat, daya kreativiti dan imaginasi dalam kegiatan seni visual
  8. Mengenali serta menghargai hasil kerja sendiri dan rakan
  9. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam penggunaan alat, bahan dan teknik untuk menghasilkan sesuatu hasil kerja.
  10. Mengumpul dan merekod maklumat serta pengalaman untuk menghasilkan portfolio (analisis)
  11. Meningkatkan pengetahuan serta mengaplikasi elemen Asas Senireka dalam penghasilan karya
  12. Menggabungjalin aktiviti seni visual dengan matapelajaran lain dalam usaha mewujudkan idea yang kreatif
  13. Menggabungkan pelbagai alat, bahan dan teknik dalam penghasilan secara kreatif
  14. Menghargai sumbangan pelukis tempatan dalam kegiatan menggambar
  15. Menghargai sumbangan pelukis tempatan dan unsur-unsur budaya tanah air melalui kegiatan seni visual
  16. Membuat pernyataan secara lisan tentang kerja sendiri dan rakan secara kritis dan merekod pengalaman

KEPENTINGAN :
Melalui kegiatan menggambar, murid dapat :
    1. Berkomunikasi dengan diri sendiri dan orang lain iaitu rakan-rakan, guru, ibu bapa, adik beradik dan ahli keluarga yang lain.
    2. Meluahkan perasaan dan menilai serta menghargai sesuatu hasil seni dari aspek estetik.
Menurut Gaitskell dan Huewitz, (1970), terdapat empat cara bagaimana guru dan murid-muridnya berbincang mengenai hasil kerja seni:

1. Apa yang kamu lihat? (penerangan/diskriptif)
- menggunakan deria lihat dan menyatakan pandangan mereka buat pertama kali tentang apa yang mereka lihat dalam sesuatu hasil karya.

2. Bagaimana objek/imej itu disatukan? ( formal analisis)
- mengenal pasti alatan dan media, teknik-teknik, unsur-unsur seni, prinsip-prinsip rekaan sesuatu hasil karya.

3. Apakah yang ingin disampaikan oleh seseorang artis itu? (Interpritasi)
- spekulasi murid tentang makna yang tersirat dalam hasil karya dan andaian tentang tujuan pelukis menghasilkan karya.

4. Bagaimana kamu fikir tentang perkara itu? (Penilaian)
- murid mengemukakan pandangan dan cadangan yang bersifat terbuka dan diterima tanpa memikirkan sama ada betul atau salah.


SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL BIDANG MENGGAMBAR :
 
Tahun 1 :
Asas menggambar

Aras 1
i. Menyatakan secara lisan pengalaman pembelajaran yang diperhatikan di persekitaran.

ii. Melakar secara spontan untuk menghasilkan imej melalui garisan dan rupa secara tidak terancang.
  
Aras 2
i. Menggunakan bahan kutipan untuk menggambar secara mudah.
  
Aras 3
i. Menggunakan bahan kutipan untuk menggambar secara:
a. menekap
b. memotong
c. menampal
d. mencantum
e. menyusun gambar

ii. Menyatakan secara lisan tentang hasil kerja sendiri.

iii. Mengumpul hasil kerja.

Tahun 2 :
Menggambar

 Aras 1
i. Mengetahui dan mengenalpasti alat, bahan, dan teknik dalam asas menggambar berdasarkanbeberapa eksperimen.

ii. Menyedari wujudnya rupa asas geometri di persekitaran.
  
Aras 2
i. Menghasilkan gambar dengan memanipulasi bahan yang berasaskan air, minyak, dan bahan kering.
  
Aras 3
i. Menghasilkan gambar dengan menggunakan pelbagai bahan serta teknik setelah membuat pemerhatian.

ii. Menyata dan mempamerkan hasil kerja sendiri.

iii. Mengumpul hasil kerja.

Tahun 3 :
Meneroka beberapa teknik yang berbeza dalam melukis dan membuat gambar.
  
Aras 1
i. Menggambar dengan menggunakan pelbagai bahan dan teknik melalui penerokaan.
  
Aras 2
i. Memilih dan menggunakan alat, bahan, dan teknik yang sesuai dalam penghasilan gambar.
  
Aras 3
i. Menghasilkan gambar dengan menggunakan pelbagai alat, bahan dan teknik secara kreatif melalui penerokaan.

ii. Membuat pernyataan tentang hasil kerja sendiri dan rakan.

Tahun 4 :
Menggunakan Asas Seni Reka dalam menggambar berdasarkan tema imaginasi murid.
  
Aras 1
i. Mengenali Asas Seni Reka seperti warna, garisan, bentuk, imbangan dan penegasan dalam aktiviti menggambar.

ii. Mengenali pelukis tempatan dan hasil karya mereka.
  
Aras 2
i. Menghasilkan gambar dengan menggunakan alat, bahan, dan teknik yang sesuai serta mengaplikasikan Asas Seni Reka.
  
Aras 3
i. Menghasilkan gambar berdasarkan tema imaginasi murid dengan menggunakan alat dan bahan yang sesuai.

ii. Menyatakan secara lisan tentang hasil kerja sendiri dan rakan.

iii. Mengumpul dan merekod maklumat serta pengalaman menghasilkan portfolio.

Tahun 5 :
Menggambar berdasarkan tema pengalaman dan imaginasi murid secara manual dan berbantukan komputer.
  
Aras 1
i. Mengaplikasi elemen Asas Seni Reka yang sesuai dalam menggambar.

ii. Mengetahui dan menggunakan bahasa seni visual (istilah) yang mudah untuk berinteraksi.
  
Aras 2
i. Menggambar berdasarkan idea yang diperolehi dari pemerhatian dan penerokaan alat, bahan dan teknik.

ii. Menggunakan komputer sebagai alat bantu dalam kegiatan menggambar.
  
Aras 3
i. Menggambar dengan menggunakan gabungan pelbagai alat, bahan dan teknik yang lebih kreatif dan kemas.

ii. Menyatakan secara lisan tentang hasil kerja sendiri dan rakan.

iii. Menghargai sumbangan pelukis tempatan.

iv. Mengumpul dan merakam maklumat serta pengalaman pembelajaran untuk menghasilkan portfolio.

Tahun 6 :
Menggambar berdasarkan tema, pengalaman, imaginasi dan fantasi murid secara manual dan berbantukan komputer.
  
Aras 1
i. Menggambar dengan memberi penekanan kepada konsep perspektif dan kadar banding.

ii. Memilih, meniru, memadan dan menyusun gambar untuk menghasilkan satu komposisi.

 Aras 2
i. Mencari sumber rujukan sebagai pencetus idea untuk menggambar.

ii. Mengaplikasi elemen Asas Seni Reka dalam kegiatan menggambar berbantukan komputer.

Aras 3
i. Menggambar dengan menampakkan perspektif dan kadar banding serta mempelbagaikan alat, bahan (media) dan teknik untuk memberi kesan yang lebih kreatif dan kemas.

ii. Menyatakan pendapat dan membuat perbandingan secara kritis dengan menggunakan bahasa seni visual.

iii. Menghargai sumbangan pelukis tempatan.

iv. Mengumpul dan merekod maklumat serta pengalaman untuk menghasilkan portfolio.



Ahad, 7 November 2010

SOALAN PEPERIKSAAN LEPAS (OUM)

Peperiksaan Menjelma Lagi....

Buat rakan-rakan OUM yang ingin membuat persiapan menghadapi peperiksaan, anda boleh mendapatkan soalan soalan HBAE1403, HBME2103, HBHE2103 dan HBML2103 di sini.

Anda cuma perlu klik pautan subjek bagi tujuan download. Selamat Berjuang....


HBAE1403 JANUARI 2008
HBAE1403 SEPTEMBER 2008 
HBAE1403 JANUARI 2009
HBAE1403 MAC 2009

HBME2103 SEPTEMBER 2008
HBME2103 JANUARI 2009
HBME2103 SEPTEMBER 2009
HBME2103 JANUARI 2010

HBHE2103 SEPTEMBER 2007
HBHE2103 JANUARI 2009
HBHE2103 SEPTEMBER 2009

HBML2103 JANUARI 2008
HBML2103 JANUARI 2009
HBML2103 SEPTEMBER 2009
HBML2103 JANUARI 2010              

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...