Everything good that happens to you (O Man) is from God, everything bad that happens to you is from your own actions.(Quran 4:79)

Isnin, 6 Disember 2010

Soalan HBAE1403 MENGGAMBAR dan Cadangan Jawapan



HIMPUNAN SOALAN BAHAGIAN B

1(a) Senaraikan TIGA peringkat di dalam kegiatan membuat cetakan yang boleh dijalankan di peringkat sekolah rendah.

1.        Tahap Pengenalan
2.        Tahap Pertengahan
3.        Tahap Lanjutan

(b) Berikan DUA contoh teknik cetakan daripada peringkat yang disebutkan di atas.

1.        Tahap Pengenalan
a.       Cetakan jari
b.       Cetakan tumbuh-tumbuhan
2.        Tahap Pertengahan
a.       Cetakan tanah liat
b.       Cetakan plastisin
3.        Tahap Lanjutan
a.       Cetakan lino
b.       Cetakan stensil

(c) Bincangkan bagaimana anda menggunakan salah satu daripada teknik cetakan tersebut dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Teknik mengecap menggunakan jari merupakan satu teknik pada tahap pengenalan dalam aktiviti cetakan. langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran seperti berikut:

1.        Perancangan mengajar
a.             Penentuan tema atau tajuk seperti corak, alam benda dan figura.
b.            Alat, bahan dan media yang akan digunakan seperti stamp pad berbagai warna, warna poster, kertas lukisan dan kertas tebal.

2.        Perancangan penyampaian pengajaran
        Langkah-langkah penghasilan :
a.       Meletakkan warna pada jari tertentu atau mengecap jari pada stamp pad,
b.       Mencetak jari ke atas permukaan kertas lukisan,
c.        Menghasilkan gambar dari cetakan jari tersebut seperti corak bunga, rumah dan ikan.

3.        Perancangan penilaian
a.       Karya cetakan dibingkaikan dengan menggunakan kertas tebal dan dipamerkan.
b.       Dibuat kritikan dan penilaian karya cetakan.
         Contoh soalan:
·               Apakah imej yang terdapat dalam cetakan tersebut?
·               Alatan dan bahan apa yang digunakan?
·               Adakah anda suka karya ini? Kenapa?


2.(a) Senaraikan kegiatan-kegiatan yang boleh dijalankan di bilik darjah di dalam bidang Menggambar. 

1.        Lukisan
2.        Catan
3.        Kolaj
4.        Montaj
5.        Gosokan
6.        Cetakan
7.        Percikan
8.        Resis
9.        Mozek

(b) Jelaskan secara ringkas kegiatan membuat resis dan kegiatan membuat percikan secara mudah

Resis
Percikan
Aktiviti menghasilkan gambar yang menggunakan pelbagai jenis warna dan lilin atau bahan-bahan yang berasaskan lilin. Ia boleh dihasilkan dengan cara menolak warna basah yang disapu ke atas permukaan kertas yang disapu lilin atau krayon.
Aktiviti corakan warna yang dihasilkan dengan dentikan, tepukan atau jentikan pada bahagian bulu berus yang berwarna atau menyembur bahan cair ke atas permukaan yang rata. dihasilkan dengan menggunakan alat-alat seperti berus cat, pistol semburan dan berus penggelek.


(c) Nyatakan bagaimana anda menggunakan kegiatan-kegiatan menggambar di atas untuk murid-murid di tahap 1 dan tahap 2 di sekolah rendah.

Tahap 1
Tahun 1 :
Asas menggambar.

Tahun 2 :
Menggambar.

Tahun 3 :
Meneroka beberapa teknik yang berbeza dalam melukis dan membuat gambar. Contohnya, murid yang berada pada Aras 1 dapat menghasilkan karya resis dengan menggunakan pelbagai bahan dan teknik melalui penerokaan.

Tahap 2
Tahun 4 :
Menggunakan Asas Senireka dalam menggambar berdasarkan tema dan imaginasi murid.

Tahun 5 :
Menggambar berdasarkan tema, pengalaman dan imaginasi secara manual dan berbantukan komputer.

Tahun 6 :
Menggambar berdasarkan tema, pengalaman, imaginasi dan fantasi murid secara manual dan berbantukan komputer.
Contohnya, murid yang berada pada Aras 2 dapat mencari sumber rujukan sebagai pencetus idea berbantukan komputer untuk menghasilkan karya percikan.

3.(a) Tahap perkembangan dan keupayaan mental murid boleh dibahagikan kepada tiga tahap. Senaraikan.

1.        Tahap Manipulatif
2.        Tahap Simbolik
3.        Tahap Realistik

(b) Terangkan ciri-ciri yang terdapat pada setiap tahap tersebut.

1.        Tahap Manipulatif
a.       Kanak-kanak suka meneroka apa saja yang dilihat di persekitaran mereka dan berusaha mendapatkan bukti-bukti dari penerokaan mereka.
b.       Hasil kerja seni yang mereka buat adalah untuk tujuan bergembira dan mendapatkan keseronokan.
c.        Koordinasi tangan, mata dan perkaitan dengan persekitaran mereka sangat penting.

2.        Tahap Simbolik
a.       Kanak-kanak suka membuat eksperimen terhadap sesuatu benda yang disukai.
b.       Imej atau objek yang dilukis bersifat tidak tepat dan disusun mengikut perasaan sendiri tanpa memikirkan logik kerana masih kurang jelas mengenai unsur ruang.
c.        Korelasi visual dan membuat pemerhatian sangat penting.

3.         Tahap Realistik
a.       Kanak-kanak menjadi semakin matang dan boleh meluahkan perasaan berdasarkan fakta.
b.       Peka terhadap keadaan dunia yang kompleks dan cuba menyesuaikannya dengan pengalaman yang ada.
c.        Menjalani kegiatan seni dengan bimbingan dan panduan guru termasuk berkaitan berbagai alat, bahan, media dan teknik menggambar.
d.       Menjalani sessi penilaian dan penghargaan seni dalam pembelajaran.

(c) Jelaskan bagaimana seseorang guru yang kreatif dapat menyesuaikan setiap tahap tersebut dengan keupayaan murid di bilik darjah.

1.       Tahap Manipulatif (peringkat umur 2 hingga 4 tahun)
Penghasilan karya pada peringkat ini tidak bersifat realistik dan banyak menggunakan lukisan garisan dan contengan bagi menggambarkan imej atau objek. Guru boleh mengadakan aktiviti menghasilkan gambar berdasarkan tema alam benda seperti meja, kerusi atau alat permainan dengan menggunakan pelbagai jenis bahan dan media seperti krayon, pensil dan bahan-bahan lain.

2.       Tahap Simbolik (peringkat umur 6 hingga 9 tahun)
Penghasilan simbolik pada peringkat ini amat dipengaruhi keadaan sekeliling murid. Guru boleh mengadakan aktiviti menghasilkan gambar berdasarkan tema figura seperti keluarga atau kawan iaitu orang yang penting dalam kehidupan mereka. Selain itu tema tumbuh-tumbuhan seperti pokok, bunga, atau buah-buahan boleh juga digunakan.

3.       Tahap Realistik (peringkat umur 10 hingga 13 tahun)
Penghasilan karya pada peringkat ini lebih rasional dan nampak lebih realistik kerana kanak-kanak mula melukis dengan menggunakan kadar banding, kaedah perspektif dan mementingkan warna. Guru harus memperkenalkan berbagai jenis alat, bahan, media dan teknik dalam setiap kegiatan menggambar yang mereka jalaniberdasarkan pelbagai tema seperti figura, alam benda, tumbuh-tumbuhan, haiwan dan perekitaran.

4.(a) Senaraikan alat, bahan dan media yang boleh diaplikasikan di dalam kegiatan
        menghasilkan lukisan.

1.        Semulajadi
a.       Arang
b.       Batu
c.        Kapur
d.       Tanah
2.        Buatan Manusia
a.       Pensel
b.       Pen
c.        Pen Marker
d.       Kertas
e.       Komputer
f.         Pastel
g.        Krayon
h.       Pensel Warna

(b) Apakah teknik-teknik melukis yang boleh diaplikasikan di dalam sesebuah lukisan.

a.       Coreng atau conteng
b.       Garisan Kontur
c.        Titik
d.       Pangkah Silang
e.       Garisan Selari
f.         Teknik Campuran

(c) Bincangkan aspek-aspek yang perlu diambilkira untuk menghasilkan lukisan yang bermutu.

1.        Asas Senireka
Asas Senireka yang merangkumi unsur-unsur seni dan prinsip-prinsip rekaan perlu dikuasai supaya pelukis dapat menghasilkan karya lukisan yang kreatif dan berfungsi.

2.        Perspektif
Dalam menghasilkan karya 2 dimensi, pelukis perlu menggunakan garisan grid untuk menimbulkan ruang dan ilusi 3 dimensi melalui 3 Perspektif iaitu 1 titik lenyap, 2 titik lenyap dan 3 titik lenyap.
Setiap perspektif menunjukkan punca dalam penghasilan gambar iaitu 1 titik lenyap bermaksud  satu arah atau fokus jauh dan menghilang, 2 titik lenyap bermaksud dua fokus iaitu kiri dan kanan dan 3 titik lenyap bermaksud tiga fokus iaitu hadapan, kiri, dan kanan.

3.        Tetingkap Fokus
Penentuan sudut pandangan adalah penting bagi menghasilkan lukisan yang baik. Imej atau objek yang ingin dilukis perlu disusun mengikut kesesuaian, keperluan dan keselesaan pelukis bagi mendapatkan sudut pandang yang baik semasa melukis.

4.        Kesan Cahaya
Elemen pencahayaan perlu diberi fokus untuk memberi gambaran gelap atau terang sesuatu imej atau objek. Dengan membuat andaian arah cahaya, tugas membut ton gelap terang dan warna pada gambar menjadi lebih mudah.

5.        Teknik
Lukisan menitikberatkan kepada penghasilan struktur bentuk sesuatu benda dengan penggunaan teknik-teknik conteng, titik dan teknik campuran serta garisan kontur dan garisan selari.

6.        Jenis alat, bahan dan media
Media yang dominan dalam lukisan ialah media kering seperti pensel dan arang namun campuran media kering dan media basah seperti warna pensel dan warna air juga boleh diaplikasikan dengan kadar yang terhad dan minimum.

7.        Teknik mengukur objek
Kemampuan membuat skala dari ukuran sebenar sama ada menjadi lebih kecil atau lebih besar adalah penting. Pelukis perlu menyesuaikan saiz objek sebenar dengan ukuran kertas lukisan.

5.(a) Senaraikan aras-aras pembelajaran murid daripada peringkat konkrit ke abstrak.

1.        Pengetahuan
2.        Kefahaman
3.        Aplikasi
4.        Analisis
5.        Sintesis
6.        Penilaian

(b) Terangkan secara ringkas DUA daripada aras-aras yang dinyatakan di atas.

1.       Aras Kefahaman
Pada aras ini murid :
a.       Memahami konsep dan fungsi setiap aktiviti yang dipelajari.
b.       Menyatakan perasaan, idea dan imaginasi diri melalui kegiatan menggambar.
c.        Menguasai asas senireka serta menghasilkan hasil kerja seni visual yang kreatif dan berfungsi.
d.       Meningkatkan pengetahuan Asas Senireka serta mengaplikasikannya dalam penghasilan.

2.       Aras Aplikasi
Setelah memahami apa yang dipelajari murid akan beralih ke aras aplikasi seperti berikut:
a.       Menggunakan bahan asas dan bahan gantian dalam kegiatan menggambar.
b.       Menggunakan dan meneroka beberapa teknik dan proses menghasilkan karya seni visual melalui penerokaan terhadap bahan alam dan bahan kutipan.
c.        Menggunakan elemen asas seni reka dalam penghasilan karya secara kreatif.
d.       Menggunakan perisian komputer dalam proses penghasilan karya.

(c) Nyatakan bagaimana anda menggunakan aras-aras pengetahuan, kefahaman dan aplikasi di dalam pengajaran dan pembelajaran catan di kelas. Berikan contoh.

Contoh penggunaan aras-aras pengetahuan, kefahaman dan aplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran catan di kelas adalah berdasarkan butiran berikut:

Tahun : Tiga
Tajuk  : Kampungku
Aktiviti : Catan Cat Air – Teknik Basah atas Basah
Pengetahuan Sedia Ada : Memahami dan mengetahui penggunaan alat dan bahan catan.
Objektif : 70% murid dapat menghasilkan catan cat air bertajuk Kampungku dengan menggunakan teknik yang betul.

Langkah pengajaran :
Set Induksi
1.        Membawa murid melihat pemandangan kampung berhampiran sekolah.
2.        Meminta murid mengamati dan mengingati apa yang dilihat dan didengar.

Langkah Perkembangan
1.        Sesi soal jawab berdasarkan apa yang dilihat, didengar, disukai dan tidak disukai.
Contoh: Apa yang dapat kamu lihat di hadapan kamu?
        Apa yang menarik perhatian kamu semasa kamu melihat pemandangan tadi?
        Bolehkah kamu lukiskan semula apa yang kamu lihat?
2.        Penyediaan alat, bahan dan media iaitu pensel, kertas lukisan, botol berisi air, pelbagai jenis berus, warnat air, palet, span dan suratkhabar.
3.        Demonstrasi menghasilkan gambar dan pemilihan warna :
a.       Membuat lakaran gambar dengan mengambil kira elemen asas senireka.
b.       Mengolah warna dengan menitik beratkan aspek campuran warna.
4.        Demonstrasi mewarnakan gambar menggunakan teknik yang betul:
a.       Membasahkan permukaan kertas menggunakan span basah,
b.       Mewarnakan bahagian-bahagian penting,
c.        Memasukkan kesan pencahayaan dan bayang, ton dan jalinan.
5.        Penghasilan karya oleh murid.

Penutup
1.        Karya catan dibingkaikan dengan menggunakan kertas tebal dan dipamerkan.
2.        Membuat penilaian dan kritikan karya catan. Murid memberi respon kepada soalan-soalan.
        Contohnya: Adakah anda suka pada gambar ini? Kenapa?,
                       Bagaimana hendak menjadikan gambar ini lebih menarik?

6.(a) Senaraikan LIMA teknik dalam kegiatan membuat lukisan di peringkat sekolah
        rendah. 

1.        Coreng atau conteng
2.        Garisan Kontur
3.        Titik
4.        Pangkah Silang
5.        Teknik Campuran

(b) Sesuaikan TIGA teknik tersebut dengan kegiatan lukisan di bilik darjah. Berikan TIGA contoh hasil lukisan, SATU bagi setiap teknik.

1. Coreng atau Conteng
Contohnya :
Jenis ; Lukisan Figura, imej manusia
Tajuk ; Adik bersama bolanya

2.            Garisan Kontur
Contohnya :
Jenis ; Lukisan Alam Benda, objek
Tajuk ; Botol Minuman

3.            Teknik Campuran
Contohnya :
Jenis ; Lukisan Landskap, pemandangan
Tajuk ; Pemandangan di Sawah Padi

(c) Bincangkan bagaimana guru dan murid-murid dapat menggunakan teknik-teknik di atas dalam pengajaran dan pembelajaran seni lukisan.

1.       Dihasilkan melalui dua cara :
a.       lukisan berwarna
b.       lukisan tanpa warna

2.       Contoh langkah penghasilan :
Langkah 1:
Membuat lakaran asas tentang rupa dan bentuk objek di atas kertas lukisan dengan menggunakan media kering mengikut pilihan pelukis.

Langkah 2:
Membuat struktur objek dengan lebih jelas dengan mengaplikasikan rupa, bentuk dan jalinan.

Langkah 3:
Mengolah objek dengan lebih terperinci.

Langkah 4:
Menghasilkan objek dengan menggunakan pensel dan membuat jalinan pada objek dengan lebih jelas.

3.       Dihasilkan dengan menggunakan garisan-garisan atau ton atau kedua-dua sekali.

4.       Empat unsur penting yang menentukan mutu hasil karya lukisan :
a.       Komposisi objek (menepati asas seni reka)
b.       Ruang (susunan ruang yang sesuai dengan tema)
c.        Perspektif (1, 2, 3 titik lenyap)
d.       Pencahayaan (arah sumber cahaya dikenalpasti sebelum menghasilkan ton untuk membentuk objek 3D)

7.(a) Berikan DUA jenis media yang sesuai digunakan untuk murid-murid menghasilkan catan di dalam bilik darjah.
1.            Warna Poster
2.            Warna Air

(b) Apakah TIGA perbezaan dan TIGA persamaan sifat-sifat yang terdapat pada kedua-dua jenis media tersebut dalam proses mencatan?

1.     Persamaan
a.       Menggunakan air sebagai bahantara,
b.       Cepat kering,
c.        Sesuai di permukaan kertas.

2.  Perbezaan
Media
Bahantara
Penguat
Sifat
Warna 
Poster
Berus jenis keras
Pengilat larut air
a.       Legap dan tebal.
b.       Boleh lut sinar tetapi tidak seperti warna air.

Warna
Air
Berus  jenis lembut
Gam arab
a.       Lutsinar dan lembut.
b.       Tebal sekiranya disapu berlapis-lapis.

(c) Bincangkan LAPAN teknik yang sesuai digunakan dalam menghasilkan sesuatu landskap.

1.        Basah atas basah
Permukaan kertas dibasahkan terlebih dahulu sebelum disapu dengan warna air yang telah dibancuh. Teknik ini menghasilkan kesan lutsinar pada permukaan. Kesan dramatik dan spontan juga terhasil akibat sukar dikawal.

2.        Basah atas kering
Warna air yang telah dibancuh disapu ke atas permukaan kering menghasilkan kesan legap pada permukaan. Sapuan bertindan boleh dilakukan bagi menghasilkan kesan lutsinar.

3.        Kering atas basah
Warna pekat disapu ke atas lapisan warna yang cair pada permukaan kertas yang telah dibasahkan. Teknik ini menghasilkan kesan spontan akibat sukar dikawal.

4.        “Wash”
Warna cair disapu ke atas permukaan yang basah dengan menggunakan berus atau span. Ia dapat menghasilkan kesan air span awan.

5.        Kering bertindih
Menggunakan berus berbulu keras untuk membuat titikan warna pada permukaan bagi menghasilkan kesan baru seperti membuat corak yang menarik pada daun-daun pokok.

6.        Renjisan
Menggunakan berus gigi untuk merenjiskan warna cair pada permukaan bagi menghasilkan kesan menarik seperti  jalinan pasir.

7.        Tindihan
Menggunakan berus berbulu lembut untuk membuat sapuan warna selapis demi selapis ke atas permukaan kertas bagi menghasilkan kesan ton seperti  ton gelap dan terang pada air laut.

8.        Span
Digunakan untuk membuat sapuan warna pada permukaan bagi menghasilkan kesan pencahayaan seperti kesan cahaya matahari pada langit.
    
8.(a) Dalam membuat sesuatu penilaian hasil kerja seni, seseorang guru perlu menilai berdasarkan beberapa peringkat. Apakah EMPAT peringkat tersebut?

1.        Diskriptif,
2.        Formal analisis,
3.        Interpretasi,
4.        Penilaian.

(b) Terangkan dengan jelas keempat-empat peringkat tersebut.

1.      Diskriptif
Memerlukan pengaplikasian deria lihat dan menyatakan apa yang mereka lihat dalam sesuatu hasil karya. Mereka akan menyatakan pandangan mereka buat pertama kali tentang apa yang mereka lihat. Biasanya mereka akan memperkatakan tentang sesuatu tema atau tajuk hasil kerja itu termasuk objek atau imej yang terdapat dalam hasil kerja itu.

2.      Formal Analisis
Membincangkan perkara-perkara seperti struktur komposisi yang terdapat dalam hasil kerja tersebut, perbezaan antara simetri dan asimetri, mengenalpasti alatan dan media, teknik-teknik, elemen asas senireka iaitu unsur-unsur seni dan prinsip-prinsip rekaan yang digunakan dalam penghasilan karya.

3.      Interpretasi
Perbincangan lebih menjurus kepada tahap-tahap imaginasi seseorang murid itu. Murid-murid sebagai penilai, membuat spekulasi makna yang tersirat dalam hasil karya tersebut dan membuat andaian tentang tujuan pelukis melukis hasil karyanya. Murid akan dapat mengetahui penggunaan komposisi elemen yang telah digunakan oleh pelukis, boleh mengaitkan elemen-elemen warna dengan perasaan pelukis dan mengandaikan pandangan pelukis terhadap objek atau imej yang dilukis. Murid-murid diminta mengemukakan cadangan yang bersifat terbuka terhadap sesuatu hasil karya dan diterima tanpa memikirkan jawapan yang diberi sama ada betul atau salah.

4.     Penilaian
Perbincangan lebih tertumpu kepada melihat kejayaan seseorang pelukis sama ada berjaya menghasilkan karya yang baik atau sebaliknya. Peringkat ini dipanggil peringkat kritikal kerana perlu menjalani satu rumusan terhadap kejayaan atau kegagalan hasil karya tersebut. Ia boleh digredkan dan dibuat perbandingan dengan hasil karya lain. Kritikan yang dijalankan di peringkat sekolah lebih ke arah kecenderungan sama ada suka atau tidak terhadap hasil karya tersebut, manakala kritikan yang dibuat oleh orang dewasa lebih ke arah tahap lebih matang dan profesional.

(c) Bincangkan bagaimana seseorang guru menjalankan keempat-empat peringkat dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual di sekolah.

1.     Diskripsi: tema, tajuk dan subjek
a.       Siapa artis karya ini?
b.       Apakah tajuk cetakan?
c.        Apakah imej yang terdapat dalam cetakan tersebut?
d.       Apakah temanya?
e.       Apa yang dapat dilihat?

2.     Diskripsi: alat, bahan, media dan teknik
a.       Apakah bahan, media dan teknik yang digunakan oleh artis tersebut?
b.       Apakah jenis warna yang digunakan?
c.        Alatan dan bahan lain yang digunakan?

3.     Analisa: unsur-unsur seni dan prinsip-prinsip rekaan seni
a.       Apakah unsur-unsur seni yang digunakan?
b.       Apakah prinsip-prinsip rekaan yang digunakan?

4.     Interpretasi: dari sudut estetik
a.       Apa yang anda faham tentang cetakan tersebut?
b.       Bagaimana perasaan kamu apabila melihat cetakan itu?

5. Penilaian: perbincangan lanjut
a.       Bagaimana penilaian anda pada hasil kerja ini? Biasa, sederhana, baik, atau cemerlang?

9.(a) Warna memainkan peranan yang sangat penting dalam menghasilkan sesuatu hasil kerja seni. Berikan LIMA kategori warna.

1. Warna asas
2. Warna sekunder
3. Warna tertiar
4. Warna harmoni
5. Warna penggenap

(b) Berikan perbezaan di antara :
a.       Warna sejuk dan warna panas.
b.       Ton warna dan kroma warna.

1.        Perbezaan antara warna sejuk dan warna panas ialah seperti berikut :
Warna Sejuk Warna Panas
Terdiri daripada warna ungu, biru dan hijau. Terdiri daripada warna merah, jingga dan kuning.
Dikaitkan dengan alam semulajadi, tumbuh-tumbuhan dan air. Dikaitkan dengan objek atau imej seperti api, cahaya dan matahari.
Dapat menimbulkan suasana sejuk, kedamaian, kelembutan, dan nyaman. Dapat menimbulkan suasana riang, bersemangat, peperangan, kecemasan, dan kemalangan.

2.        Perbezaan antara ton warna dan kroma warna ialah seperti berikut :
Ton Warna
Kroma Warna
Nilai cahaya yang wujud hasil daripada warna gelap dan warna terang pada sesuatu objek. Campuran warna penggenap dalam roda warna dengan intensiti yang berbeza nisbahnya.
Warna putih dan kuning dapat memberkan cahaya yang terang, warna hitam dan biru memberikan cahaya yang gelap. Warna merah bercampur dengan warna hijau dengan nisbah yang berbeza akan mewujudkan warna kroma.

(c) Terangkan bagaimanakah warna-warna tersebut boleh diaplikasikan dan diterjemahkan dalam kegiatan menghasilkan catan di bilik darjah.

Warna memainkan peranan yang amat penting dalam proses mencatan. Ia menjadikan hasil kerja seseorang itu lebih menarik dan dapat menceriakan suasana.
Guru boleh membimbing murid mengenali jenis-jenis warna dan menganggarkan warna-warna yang sesuai digunakan dalam sesuatu tema atau tajuk catan yang hendak diwarnakan.
Warna panas yang terdiri daripada warna merah, jingga dan kuning sesuai digunakan untuk tajuk-tajuk catan seperti kemalangan jalanraya, kebakaran, peperangan dan kecemasan.
Warna-warna sejuk yang terdiri daripada warna ungu, biru dan hijau pula sesuai digunakan untuk tajuk-tajuk catan seperti suasana keindahan di air terjun, di tepi tasik dan suasana di dalam hutan.
Campuran warna boleh menghasilkan kesan ton gelap dan terang. Biasanya warna putih dan kuning dapat memberikan cahaya yang terang manakala warna biru dan hitam dapat memberikan cahaya yang gelap. Ini akan menampakkan kesan timbul dan dimensi bagi sesuatu objek yang diwarnakan.
Untuk mendapatkan kesan perspektif warna, nilai warna atau kroma warna digunakan dalam sesuatu catan. Sebagai contoh, warna yang cerah, gelap dan panas akan menampakkan ruang dekat dan warna yang kelabu, sejuk dan cair akan menampakkan ruang yang jauh. Kemahiran menggunakan warna akan menjadikan hasil karya catan kelihatan lebih menarik.

10. Seseorang guru Pendidikan Seni Visual boleh mengemukakan pelbagai cadangan kepada  murid-muridnya untuk menghasilkan sesebuah lukisan yang baik. Nyatakan:
a.       SEPULUH cadangan positif yang perlu diambil kira dalam pengajaran Pendidikan Seni Visual.
b.       SEPULUH cadangan negatif yang perlu diambil kira dalam pengajaran Pendidikan Seni Visual.

SEPULUH cadangan positif yang perlu diambil kira dalam pengajaran Pendidikan Seni Visual.

1.        Benarkan murid meluahkan perasaan dalam hasil kerja mereka dengan mengambil kira
a.       perasaan yakin dalam mengawal bahan
b.       penggunaan berbagai jenis media tidak terhad kepada satu jenis media  sahaja
c.        pemahaman jelas tentang alam yang terdapat di persekitaran mereka
d.       kepuasan dalam menghasilkan kerja-kerja seni yang datang dari naluri dalaman secara kreatif.
2.        Galakkan murid menggunakan peralatan seni dalam aktiviti pembelajaran harian mereka dalam subjek lain. Beri mereka peluang meluahkan perasaan hati dan keikhlasan hati dalam kerja-kerja yang mereka lakukan.
3.        Fahami bahawa murid-murid mencipta secara emosional dan intelektual. Cara mereka mengilustrasikan perasaan dalaman mereka. Hargai apa yang mereka lakukkan bukannya kritikan secara negatif.
4.        Murid-murid juga perlukan privacy dalam menghasilkan hasil kerja mereka.
5.        Hargai hasil kerja mereka secara adil dan mengambil tahu tentang semua murid bukan sebahagiannya.
6.        Beri peluang meneroka produk-produk seni dengan lebih dekat lagi. Beri mereka peluang menjalani sesi apresiasi seni secara berterusan berpandukan penilaian mereka.
7.        Kaitkan arahan-arahan seni dengan pengalaman murid-murid di luar studio.
8.        Galakkan murid menunjukkan dan menerangkan kerja mereka kepada murid lain supaya dapat mencipta suasana minat secara bersama.
9.        Beri pendedahan cara menjaga dan membersihkan bengkel seni dan diri sendiri. Cara begini dapat memberikan kesedaran terhadap nilai-nilai murni pada diri masing-masing.
10.     Galakkan kreativiti dan pemikiran secara individu dan berkumpulan selalu.

SEPULUH cadangan yang perlu diambil kira dalam menangani perkara negatif pengajaran Pendidikan Seni Visual.

1.        Elakkan memberikan idea kepada murid secara seratus peratus. Galakkan murid mencipta idea sendiri.
2.        Kritikan hasil kerja seni murid sehingga memalukan murid perlu dielakkan. Galakkan murid membuat refleksi kepada pengalaman persekitaran mereka dan reaksi murid terhadap situasi harian.
3.        Jangan risau tentang objek yang dilukis atau teknik yang digunakan tidak betul. Murid akan meminta bantuan sehingga pada satu tahap di mana mereka perlu membuat perubahan  pada hasil kerja mereka.
4.        Elakkan dari mematahkan semangat murid yang bersungguh-sungguh dalam menyiapkan hasil kerja mereka walaupun kerja mereka tidak memuaskan.
5.        Jika menggunakan hasil kerja murid sebagai contoh dalam aktiviti apresiasi seni, elakkan memberikan pujian yang melambung dan mencari kesalahan.
6.        Jangan hadkan teknik yang diguna, beri mereka kebebasan.
7.        Jangan hampakan murid tentang tema atau subjek yang dilukis di luar bidang kemampuan mereka.
8.        Jangan pisahkan murid dengan rakan lain, galakkan murid berkomunikasi dan berkongsi idea. Beri kebebasan cara berkomunikasi, ekspresi diri, meluahkah perasaan dan membuat refleksi seni dengan cara berdisiplin dan terpimpin.
9.        Elakkan dari proses peniruan hasil kerja orang lain. Galakkan mereka menghasilkan kerja sendiri.
10.     Elakkan dari menghasilkan ilustrasi yang bersifat negatif, tidak imaginatif, menggambar dengan cara lama dan asyik meminta bantuan orang lain.

11. Pada kebiasaannya murid-murid melihat sesuatu hasil kerja seni dengan menyatakan apa yang mereka lihat dan meluahkan perasaan mereka terhadap gambar tersebut. Montaj merupakan salah satu hasil kerja seni dan impaknya ialah luahan perasaan individu.

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan montaj.
 
Montaj bermaksud menggunakan beberapa gambar atau corak yang disusun secara bertindih di antara satu sama lain pada suatu permukaan bagi menghasilkan gambar atau imej baru yang mempunyai sesuatu mesej atau pengajaran.

(b) Huraikan LAPAN cadangan bagaimana sesuatu hasil kerja dinilai dengan menggunakan imaginasi.

1.        Hasilkan satu bingkai gambar dengan memfokuskan kepada kawasan-kawasan yang menarik dalam sesuatu hasil kerja. Kemudian bincangkan kenapa bahagian-bahagian tersebut sangat menarik perhatian mereka.
2.        Teliti satu hasil kerja selama dua atau tiga minit. Tutup mata dan terangkan tanpa menggunakan kata-kata, hanya menggunakan gerak geri dan bunyi yang boleh digunakan dalam hasil kerja tersebut.
3.        Bayangkan murid-murid berada dalam situasi gambaran tersebut. Apakah perasaan yang boleh diluahkan pada ketika itu.
4.        Galakkan murid mencipta satu tajuk baru bagi hasil kerja tersebut
5.        Murid juga boleh mencipta sajak, pantun, puisi yang bersesuaian dengan hasil kerja yang ditunjukkan dan mempersembahkannya di hadapan kelas.
6.        Buat kajian tentang ekspresi muka dan gerak geri pada figura yang terdapat dalam hasil kerja tersebut dan tiru aksi tersebut sebagai satu persembahan.
7.        Cuba luahkan perasaan dari hasil kerja yang dilihat dengan menggunakan pergerakan, menggunakan deria rasa, deria bau dan deria sentuh.
8.        Ciptakan bunyi-bunyian, ritma atau pergerakan yang bersesuaian dengan hasil kerja tersebut.

12. Teknik cetakan mempunyai pelbagai cara dan penggunaan bahan terbuang.

(a) Nyatakan LIMA bahan terbuang yang boleh menghasilkan projek cetakan dan berikan contohnya sekali.  

Bahan Terbuang
Tema atau Tajuk
Tutup botol
Alam benda dan corak
Perca kain langsir
Pengalaman murid dan figura
Plat kenderaan
Tema huruf
Bingkai gambar
Alam benda dan pengalaman murid
Tikar usang
Alam benda, corak dan pengalaman murid

(b) Huraikan LIMA perkara am yang boleh diambil kira apabila membuat kritikan dan penilaian hasil karya teknik cetakan. 

1.            Diskripsi: tema, tajuk dan subjek
a.       Siapa artis tersebut?
b.       Apakah tajuk cetakan?
c.        Berapa saiz cetakan?
d.       Bila ianya dihasilkan?
e.       Apakah imej yang terdapat dalam cetakan tersebut?
f.         Apakah temanya?
g.        Apa yang berlaku?
h.       Apakah idea yang penting atau pengalaman yang dapat dilihat?
2.            Diskripsi: alat, bahan, media dan teknik
a.       Apakah teknik, media, proses yang digunakan oleh artis tersebut?
b.       Jenis warna?
c.        Alatan dan bahan yang digunakan?
3.            Analisa: unsur-unsur seni dan prinsip-prinsip rekaan seni
a.       Apakah unsur-unsur seni dan prinsip-prinsip rekaan yang digunakan?
b.       Garisan, rupa, bentuk, nilai, warna, corak, jalinan, ruang, imbangan, pergerakan, kontra, kesatuan, kepelbagaian.
c.        Bagaimana asas senireka tersebut disatukan dalam satu komposisi?
4.            Interpretasi: dari sudut estetik
a.       Bagaimana pemahaman anda tentang makna cetakan tersebut?
b.       Bagaimana mood atau perasaan kamu apabila melihat cetakan itu?
5.            Penilaian: perbincangan lanjut
a.       Apakah fikiran anda tentang cetakan ini secara keseluruhannya?
b.       Bagaimana anda nilai hasil kerja ini? Biasa, sederhana, baik, cemerlang?
c.        Adakah anda suka? Kenapa?

13. Pengajaran dan pembelajaran di kelas tidak akan menjadi bosan, malahan menjadi lebih menarik dan waktunya ditunggu-tunggu oleh murid. Ada pelbagai cara untuk menggalakkan murid berfikir dan bertindak secara kreatif.

(a) Jelaskan LIMA contoh jalinan dalam aktiviti gosokan yang dapat menarik minat
murid. 

1.        Garisan berputar pada topi,
2.        Garisan lurus pada corak baju,
3.        Garisan beralun pada kolar baju,
4.        Garisan kasar pada rambut,
5.        Garisan halus pada muka. 

(b) Huraikan LIMA cara untuk menghasilkan gosokan yang berkualiti. 

1.            Gosokan menggunakan kertas putih dengan krayon hitam akan meninggalkan kesan yang menarik.
2.            Gosokan pada kertas yang dilipat, dikoyak atau dipotong akan menghasilkan corak yang menarik.
3.            Gosokan dari berbagai jenis cop getah akan menghasilkan jalinan yang nyata.
4.            Gosokan di atas kertas hitam dengan menggunakan krayon warna metalik akan menjadikan jalinan yang luarbiasa.
5.            Bersihkan permukaan hasil gosokan dengan menggunakan stokin nylon untuk mendapatkan lebih kilauan dan membuang lebihan warna yang tidak diingini.

14. Pemilihan alat, media dan aplikasi teknik perlu mengikut urutan dan pemeringkatan.

(a) Nyatakan SEPULUH teknik resis yang boleh dijalankan kepada murid-murid. 

1.        Krayon resis dengan warna air,
2.        Krayon resis dengan warna poster,
3.        Krayon resis dengan  warna tempera,
4.        Krayon resis dengan dakwat basah,
5.        Krayon resis,
6.        Resis kertas lilin,
7.        Resis dengan kain.
8.        Krayon resis batik,
9.        Resis dari warna air dan lilin biasa,
10.     Resis dari perekat getah dan warna air (campuran).

(b)  Pilih LIMA teknik resis dari (a) dan terangkan prosesnya.

Contoh 1
Jenis resis :
Krayon resis dengan warna air
Tema / tajuk : Situasi harian
Alat dan bahan : krayon lilin, kertas lukisan, berus, warna air, bekas air
Cara-cara:
1.        Lukis atau lakar satu gambar situasi harian dengan menggunakan lilin biasa. Elakkan dari menutupi kesemua bahagian kertas lukisan tersebut dengan lilin.
2.        Tutup semua permukaan kertas dengan warna air. Warna air akan menyerap pada permukaan yang tidak berwarna dan bahagian yang dilukis atau dilakar dengan krayon akan diresiskan.

Contoh 2
Jenis resis : Resis kertas lilin
Tema / tajuk : Pemandangan di kota
Alat dan bahan: Kertas lilin atau kertas stensil lilin, kertas lukisan, pensel, warna air, berus, bekas air
Cara-cara :
1.        Letakkan kertas lilin di atas kertas lukisan.
2.        Lukis secara kuat dengan memberikan tekanan pada permukaan kertas lilin tersebut menggunakan pensel atau hujung kayu. Tekanan kuat pada kertas lilin ketika melukis akan memindahkan lilin di atas kertas lukisan tersebut.
3.        Alihkan kertas lilin tersebut dan warnakan permukaan lakaran yang terdapat di atas kertas lukisan dengan menggunakan warna-warna lembut. Kesan garisan lilin yang terdapat pada permukaan kertas lukisan tersebut akan timbul dalam keadaan warna putih dan lutsinar.

Contoh 3
Jenis resis : Resis dari warna tempera
Tema / tajuk : Haiwan kegemaran saya
Alat dan bahan : Warna tempera, berus, kertas lukisan, ‘Higgins India ink’
Cara-cara:
1.        Warnakan sebahagian kawasan kertas lukisan dengan warna tempera untuk membuat corak.
2.        Dengan kata lain tinggalkan sebahagian besar kertas tidak berwarna untuk membenarkan dakwat diserap ke bahagian tersebut. Warna perlulah pekat dan tebal.
3.        Apabila warna kering, cat semua bahagian permukaan kertas tadi dengan dakwat basah.
4.        Apabila dakwat kering, pegang kertas lukisan tersebut dan lalukan permukaan kertas dengan air paip yang mengalir sehingga dakwat tersebut tanggal.

Contoh 4
Jenis resis : Krayon resis batik
Tema / tajuk : Corak alam semulajadi
Alat dan bahan: Krayon, kertas manila, pensel, warna air, berus, kertas      tisu
Cara-cara:
1.        Hasilkan satu lakaran dengan pensel di atas kertas manila atau pembungkus kertas makanan yang tebal.
2.        Guna garisan pensel sebagai panduan, lukis garisan dan bentuk dengan krayon membenarkan kawasan kertas masih kelihatan.
3.        Rendam kertas dalam air dan renyuk menjadi bola.
4.        Luruskan kertas manila semula, ratakan dan buang lebihan air yang terdapat pada kertas manila dengan menggunakan tisu.
5.        Warna keseluruhan permukaan dengan warna air atau warna tempera. Warna akan diserap oleh bahagian kertas yang tidak berwarna dan diresis oleh krayon lilin menjadikan seolah-olah seperti jaring sarang labah-labah atau corak batik.

Contoh 5
Jenis resis : Resis dari perekat getah dan warna air (campuran)
Tema / tajuk : Alam benda (rumah saya)
Alat dan bahan : Warna air, kertas, perekat getah, berus, pemadam
Cara-cara:

1.        Lukis atau buat lakaran ke atas kertas dengan perekat getah.
2.        Guna berus untuk membuat lakaran atau dengan jari.
3.        Biarkan perekat getah itu kering.
4.        Warnakan di atas lakaran yang dibuat dari perekat getah dengan warna air.
5.        Beberapa jenis warna boleh disapu di atas permukaan kertas lukisan. Perekat getah akan meresiskan warna tersebut.
6.        Biarkan permukaan yang diwarnakan itu kering.
7.        Bersihkan permukaan perekat getah dengan pemadam.

15. Ada beberapa cara dalam membuat kritikan seni.

(a) Huraikan pendekatan Empati (Empathy).

Membuat kritikan seni terhadap sesuatu hasil kerja seni melalui pendekatan Empati bermaksud meluahkan perasaan dan kapasiti terhadapnya seolah ianya hidup dan cergas, melihat garisan seolah-olah bergerak, aktif dan mempunyai ritma, melihat seolah-olah pokok melambai-lambai dan kesunyian. Analogi ini membantu kita mengalami seni membuat penilaian seperti lukisan itu buruk atau lukisan itu cantik. Beberapa teknik yang dapat membantu untuk meningkatkan empati dalam pendekatan empati seperti berikut :
1.        Lihat dan nyatakan perasaan hati yang sebenar dan jangan keterlaluan dalam menyatakan perasaan hati.
2.        Guna analogi dan metafora untuk mengaitkan apa yang dilihat terhadap perasaan anda. Dapatkan mood dan perasaan terhadap kerja tersebut.
3.        Guna pengalaman sendiri dan pengetahuan sendiri. Buat perbandingan apa yang dilihat dan nyatakan perasaan sendiri, tempat yang anda telah pergi dan pengalaman dari menghasilkan kerja sendiri.
4.        Perkukuhkan diri dan keadaan dan jangan takut untuk menilai sesuatu hasil kerja seni.
5.        Penglibatan secara fizikal dan imaginasi seolah-olah kita berada dalam suasana tersebut. Gunakan ‘body language’ untuk menyatakan perasaan anda.
6.        Buat penilaian hasil kerja jika anda mahu.

(b)     Nyatakan secara terperinci pendekatan Interaktif.

Pendekatan Interaktif merupakan satu pendekatan melihat sesuatu hasil kerjas melalui perbincangan dan perbahasan, perjanjian berkumpulan tentang makna-makna hasil kerja tersebut. Perbincangan berdasarkan langkah yang sama seperti pendekatan induktif, iaitu mengumpul formulasi satu hipotesis tentang makna hasil kerja tersebut. Kumpulan akan menjalankan kajian lanjut tentang hasil kerja tersebut. Walaupun pendekatan ini bersifat analitikal, pandangan setiap orang boleh meningkatkan pemahaman seseorang tentang sesuatu hasil kerja. Prosedur pendekatan ini digariskan seperti berikut:
1.        Memilih seorang ‘moderator’ dan menyatakan tugas-tugas.
2.        Galakkan seberapa ramai ahli dalam proses penerangan hasil kerja seni. Guna garis panduan induktif untuk membimbing memberi penerangan.
3.        Apabila ahli kehabisan penerangan untuk dijelaskan wujud andaian dan hipotesis.
4.        Beralih kepada perbincangan secara berkumpulan, membuat hipotesis sehingga satu atau dua interpretasi wujud untuk menerangkan makna hasil kerja tersebut.

16. Di dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR, bidang menggambar adalah satu bidang yang menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran seseorang murid. Bidang ini melihat kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan mereka dalam membuat gambar dengan menggunakan pelbagai media dan teknik.

(a) Jelaskan definisi menggambar dan jelaskan DUA penekanan bidang ini di peringkat sekolah rendah.

Definisi Menggambar :
Representasi visual atau ilustrasi sesuatu objek atau imej 2 dimensi yang dihasilkan di atas permukaan rata. Ia juga mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan melalui pengaplikasian warna.

Penekanan Bidang Menggambar :
Bidang ini menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri seseorang murid. Bidang menggambar meliputi penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat bahan dan kegunaannya. Kegiatan menggambar membolehkan murid mengenali dengan lebih dekat lagi pelbagai kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan. Kesedaran murid terhadap alam sekitar melalui pemerhatiannya menjadi fokus utama bidang menggambar ini.

(b) Berpandukan Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR bidang
menggambar yang diajar di sekolah rendah mempunyai hasil pembelajaran secara berperingkat dan berbeza mengikut tahap umur murid. Huraikan hasil pembelajaran mengikut kumpulan aras berikut :

1.        Aras Pengetahuan dan Kefahaman
        Hasil pembelajaran murid perlu capai dalam aras pengetahuan dan kefahaman:
a.       Memahami konsep dan fungsi setiap aktiviti yang dipelajari
b.       Menyatakan perasaan, idea dan imaginasi diri melalui kegiatan menggambar
c.        Menguasai asas seni reka serta menghasilkan hasil kerja seni visual yang kreatif dan berfungsi
d.       Meningkatkan pengetahuan Asas Senireka serta mengaplikasikannya dalam penghasilan

2.        Aras Aplikasi dan Analisa
        Hasil pembelajaran murid perlu capai dalam aras aplikasi dan analisa seperti berikut:
a.       Merasa dan mengenalpasti pelbagai kesan, benda, alat dan bahan dengan meneroka dan mencuba secara spontan
b.       Menggunakan bahan asas dan bahan gantian dalam kegiatan menggambar
c.        Mengambil bahagian dalam kegiatan seni visual dengan perasaan gembira
d.       Menggunakan dan meneroka beberapa teknik dan proses menghasilkan karya seni visual melalui penerokaan terhadap bahan alam dan bahan kutipan
e.       Mengenal dan menggunakan elemen asas seni reka dalam penghasilan karya secara kreatif
f.         Membuat penerokaan berdasarkan pemerhatian dan bantuan komputer dalam penghasilan karya
g.        Meneroka dengan menggunakan perisian komputer dalam proses penghasilan karya
h.       Mempelbagaikan alat, bahan dan teknik dalam penghasilan karya seni visual.  

3.        Aras Sintesis dan Penilaian
        Hasil pembelajaran murid perlu capai dalam aras sintesis dan penilaian seperti berikut:
a.       Menghayati benda yang dilihat, disentuh dan didengar serta menyatakan aspek yang disukai dan yang tidak disukai
b.       Memilih, memadan, menyusun dan memanipulasi bahan secara kreatif
c.        Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi dalam semua kegiatan seni visual
d.       Menghargai alam persekitaran serta menghayati unsur flora dan fauna untuk penghasilan
e.       Mengenal dan menggunakan elemen Asas Senireka dalam penghasilan karya secara kreatif
f.         Mengamalkan nilai-nilai murni seperti bekerjasama, berkeyakinan diri, kekemasan, kebersihan serta mengutamakan keselamatan
g.        Meningkatkan minat, daya kreativiti dan imaginasi dalam kegiatan seni visual
h.       Mengenali serta menghargai hasil kerja sendiri dan rakan
i.         Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam penggunaan alat, bahan dan teknik untuk menghasilkan sesuatu hasil kerja
j.        Mengumpul dan merekod maklumat serta pengalaman untuk menghasilkan portfolio (analisis)
k.        Meningkatkan pengetahuan serta mengaplikasi elemen Asas Senireka dalam penghasil karya
l.         Menggabungjalin aktiviti seni visual dengan matapelajaran lain dalam usaha mewujudkan idea yang kreatif
m.      Menggabungkan pelbagai alat, bahan dan teknik dalam penghasilan secara kreatif
n.       Menghargai sumbangan pelukis tempatan dalam kegiatan menggambar
o.       Menghargai sumbangan pelukis tempatan dan unsur-unsur budaya tanah air melalui kegiatan seni visual
p.       Membuat pernyataan secara lisan tentang kerja sendiri dan rakan secara kritis dan merekod pengalaman pembelajaran dalam portfolio.

(c) Huraikan kandungan Bidang Menggambar dari tahun 1 sehingga tahun 4 mengikut tahun pembelajaran murid.

Tahun 1 :
Asas menggambar
Aras 1
1.        Menyatakan secara lisan pengalaman pembelajaran yang diperhatikan di persekitaran.
2.        Melakar secara spontan untuk menghasilkan imej melalui garisan dan rupa secara tidak terancang.

Aras 2
1.        Menggunakan bahan kutipan untuk menggambar secara mudah.

Aras 3
1.        Menggunakan bahan kutipan untuk menggambar secara:
a. menekap
b. memotong
c. menampal
d. mencantum
e. menyusun gambar
2. Menyatakan secara lisan tentang hasil kerja sendiri.
3. Mengumpul hasil kerja.

Tahun 2 :
Menggambar
Aras 1
1.        Mengetahui dan mengenalpasti alat, bahan, dan teknik dalam asas menggambar berdasarkan beberapa eksperimen.
2.        Menyedari wujudnya rupa asas geometri di persekitaran.

Aras 2
  1. Menghasilkan gambar dengan memanipulasi bahan yang berasaskan air, minyak, dan bahan kering.

Aras 3
1.        Menghasilkan gambar dengan menggunakan pelbagai bahan serta teknik setelah membuat pemerhatian.
2.        Menyata dan mempamerkan hasil kerja sendiri.
3.        Mengumpul hasil kerja.

Tahun 3 :
Meneroka beberapa teknik yang berbeza dalam melukis dan membuat gambar.
Aras 1
1.        Menggambar dengan menggunakan pelbagai bahan dan teknik melalui penerokaan.

Aras 2
1.    Memilih dan menggunakan alat, bahan, dan teknik yang sesuai dalam penghasilan gambar.

Aras 3
1.        Menghasilkan gambar dengan menggunakan pelbagai alat, bahan dan teknik secara kreatif melalui penerokaan.
2.        Membuat pernyataan tentang hasil kerja sendiri dan rakan.

Tahun 4 :
Menggunakan Asas Seni Reka dalam menggambar berdasarkan tema imaginasi murid.
Aras 1
1.        Mengenali Asas Seni Reka seperti warna, garisan, bentuk, imbangan dan penegasan dalam aktiviti menggambar.
2.        Mengenali pelukis tempatan dan hasil karya mereka.

Aras 2
1.        Menghasilkan gambar dengan menggunakan alat, bahan, dan teknik yang sesuai serta mengaplikasikan Asas Seni Reka.

Aras 3
1.        Menghasilkan gambar berdasarkan tema imaginasi murid dengan menggunakan alat dan bahan yang sesuai.
2.        Menyatakan secara lisan tentang hasil kerja sendiri dan rakan.
3.        Mengumpul dan merekod maklumat serta pengalaman menghasilkan portfolio.

17. Lukisan merupakan karya seni atau hasil kerja seni yang dihasilkan di atas sesuatu permukaan rata. Lukisan dibuat untuk meluahkan perasaan berbentuk imej dengan menggunakan media kering atau menggunakan warna paling sedikit.

(a) Berikan EMPAT kelebihan menggunakan media arang di dalam aktiviti melukis.

1.    Mempunyai kesan kelembutan yang tinggi.
2.    Mempunyai kesan kegelapan yang tinggi.
3.    Menghasilkan kesan tekstur permukaan yang dilukis.
4.    Menghasilkan garisan yang tajam dan tepat.

(b) Kertas lukisan merupakan media penting dalam menghasilkan lukisan yang baik. Jelaskan TIGA jenis kertas lukisan.

1.        Kertas lukisan biasa
Mempunyai permukaan yang sesuai untuk pensel, pen, arang dan krayon lembut.

2.        Kertas cat air
Terdapat dalam pelbagai gred kelicinan. Kertasnya tebal dan bermutu tinggi, mahal tetapi baik untuk digunakan.

3.        Bod bristol
Merupakan kertas bod putih yang keras dan licin yang dicipta untuk pen.

(c) Sesuatu karya lukisan yang dihasilkan perlu menitikberatkan unsur aspek persembahan. Huraikan DUA aspek persembahan hasil karya lukisan.

1.        Ekspresi Diri atau Kefahaman
a.       Terdapat tiga jenis cara mengekspresi sesuatu karya seni iaitu secara natural, kreatif dan artistik.
b.       Ekspresi diri secara natural bermaksud murid menggunakan kepekaan personal dan hubungan visual semasa mereka melukis.
c.        Ekspresi diri secara kreatif pula bermaksud murid lebih memfokus kepada penyelesaian masalah secara kreatif. Murid dapat mengaplikasi kemahiran dan teknik melukis dalam kerja seni mereka. Murid mula membuat refleksi terhadap ekspresi diri dan kerja seni orang lain. Disamping itu dapat mengaplikasi unsur-unsur seni dan prinsip-prinsip rekaan dengan lebih jelas dalam kerja seni.
d.       Ekspresi diri secara artistik pula membuat murid peka terhadap konteks sejarah dan budaya dan belajar membuat penilaian estetik. Murid dapat melahirkan naluri tentang apa penonton lihat dalam kerja seni mereka. Kerja seni menjadi lebih ke arah secara individu dan imaginasi. Dengan cara ini wujud kepakaran dalam kemahiran dan pendekatan yang digunakan.
e.       Hasil lukisan dapat sedikit sebanyak menyerlahkan pemikiran dan pandangan seseorang.
f.         Dapat menyatakan persepsi mereka terhadap sesuatu yang dihasilkan melalui lakaran yang dibuat tanpa penerangan secara penulisan dan lisan.
g.        Merakamkan pengalaman dan pemerhatian mereka secara visual.
h.       Menjadi asas pembelajaran terhadap perkara lain yang selalunya lebih besar atau kompleks.
i.         Dihasilkan untuk meluahkan perasaan, berkomunikasi idea dengan orang lain atau keseronokan sahaja.

2. Kemahiran Mengaplikasikan Alat, Media dan Teknik

1.     Dihasilkan melalui dua cara:
a.       lukisan tanpa warna
b.       lukisan berwarna
2.        Dihasilkan dengan menggunakan garisan-garisan atau ton atau kedua-dua sekali.
3.        Empat unsur penting yang menentukan mutu hasil karya lukisan :
a.       komposisi objek (menepati asas seni reka)
b.       ruang (susunan ruang yang sesuai dengan tema)
c.        perspektif (1, 2, 3 titik lenyap)
d.       Pencahayaan (arah sumber cahaya dikenalpasti sebelum menghasilkan ton untuk membentuk objek 3D)
4.        Kesan Lutsinar
5.        Potret
6.        Teknik melukis arang ada beberapa cara :
a.       lorekan (dihasilkan ton secara berlork seperti pensel)
b.       basah (air disapu diatas permukaan arang untuk menghasilkan kegelapan yang halus)
c.        gosokan (kesan digosok dengan hujung jari)
d.       memadam (dengan pemadam atau roti kering)

18. Di dalam kegiatan penghasilan karya seni visual, aktiviti mencatan merupakan proses yang melibatkan penyapuan warna ke atas sesuatu permukaan. Proses ini turut melibatkan gubahan fikiran atau rekaan tertentu sama ada yang nyata atau abstrak. 

(a) Jelaskan EMPAT teknik catan cat air.
=> rujuk soalan 7(c)

(b) Jelaskan TIGA kelebihan penggunaan warna poster.
1.        Bersifat legap dan tebal jika disapukan di atas permukaan kertas. Sesuai digunakan dengan berus jenis keras.
2.        Untuk mendapat ton yang cerah, boleh dihasilkan dengan menggunakan warna putih atau warna terang yang lain.
3.        Untuk mendapatkan ton yang gelap pula, warna-warna gelap perlu dicampurkan.

(c)      Huraikan peranan warna di dalam proses mencatan.
=> rujuk soalan 9(c)

19. (a) Jelaskan sejarah ringkas seni mozek. 

Mengikut sejarah lama mozek telah diperkenalkan oleh orang Greek. Pada asalnya mereka mencipta mozek untuk tujuan menghias permukaan lantai. Orang Roman pula menghias batu, marmar, seramik menggunakan teknik mozek pada permukaan dinding dan lantai. Manakala orang Kristian Orthodok Byzantine pada abad ke 16 menghiasi gereja mereka dengan teknik mozek.

(b) Huraikan TIGA jenis teknik menghasilkan mozek. 

1.    Mozek kertas
Dihasilkan dengan cara menampal keratan kertas secara bersebelahan. Kertas-kertas berwarna dipotong dengan cara carikan, koyakan, potongan bebas, potongan tiga segi, potongan empat segi, menebuk dengan menggunakan penebuk kertas, potongan dengan pembaris dan sebagainya. Warna pada kertas perlu dipilih dengan betul dan sesuai dengan tema atau tajuk dan objek yang hendak dihasilkan.

2.  Mozek timbul
Menggunakan bahan-bahan seperti biji-bijian, tali, benang, kulit kayu dan lain-lain yang bersesuaian untuk menjadikan hasil kerja mozek kelihatan menarik. Jika hasil kerja ini dibingkaikan dengan meletakkan cermin atau plastik keras bahan-bahan yang digunakan akan kekal lebih lama.

3.  Mozek catan
Teknik ini lebih sesuai untuk murid-murid di tahap dua kerana ia memerlukan kawalan, disiplin dan ketekunan semasa menghasilkannya. Ia juga berguna sebagai latihan mewarna. Warna-warna kontra lebih sesuai digunakan supaya objek yang dilukis jelas kelihatan.

(c) Huraikan proses penghasilan seni mozek menggunakan kertas bertemakan “Haiwan”.

Contoh :
Jenis Mozek: Mozek dari kertas
Tema: Haiwan / figura
Alat dan Bahan: gunting, kertas berwarna dari berbagai sumber, gam atau gam simen, pin rambut atau pencungkil gigi untuk mengangkat cebisan kertas, pensel, kertas latar

Cara-cara:
1.        Buat satu lakaran pensil tentang tema atau tajuk yang hendak dibuat di atas permukaan kertas.
2.        Potong kertas warna dalam rupa bentuk yang sama.
3.        Letak gam atau pelekat pada cebisan kertas dan di atas permukaan kertas yang mempunyai lakaran. Lekat potongan kertas berwarna tersebut pada kawasan lakaran tersebut. Tinggalkan ruang di antara cebisan-cebisan kertas supaya tindihan tidak berlaku.
4.        Teruskan kerja-kerja menghasilkan mozek sehingga habis.

20. (a) Jelaskan secara ringkas latarbelakang tokoh seni cetakan berikut.

1.        Chew Teng Beng
Dilahirkan di Terengganu pada tahun 1938.  Beliau seorang pelukis seni grafik. Beliau mahir dalam membuat kertas sendiri dan kertas hasilan beliau dijadikan bahan cetakan.  Kebanyakan karya beliau adalah tentang alam semulajadi.  Mendapat pendidikan seni di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras. Kemudian terus melanjutkan pengajian di luar negara dalam bidang seni.  Beliau adalah bekas pensyarah cetakan di Universiti Sains Malaysia.

2.        Long Thien Shih
Dilahirkan di Klang, Selangor pada tahun 1946.  Beliau mendapat pendidikan cetakan grafik di Paris. Beliau sangat aktif dalam bidang seni cetak dan catan. Hasil cetakan beliau banyak dipengaruhi dengan gaya William Hayter. Karya-karya beliau menampakkan warna yang garang dan meriah.

(b) Huraikan TIGA peringkat proses cetakan dari mudah ke sukar yang dijalankan di
peringkat sekolah rendah.

1.        Tahap Pengenalan
a.       Cetakan jari
b.       Cetakan tumbuh-tumbuhan
c.        Cetakan dari renyukan kertas
d.       Cetakan dakwat
e.       Cetakan span
f.         Cetakan krayon
2.      Tahap Pertengahan
a.       Cetakan tanah liat
b.       Cetakan plastisin
c.        Cetakan kentang
d.       Cetakan tali
e.       Cetakan blok getah
f.         Cetakan duo
g.        Cetakan stensil 
h.       Cetakan mono

3.     Tahap Lanjutan
a.       Cetakan lino
b.       Cetakan skrin/stensil
c.        Cetakan blok kayu

(c)  Terangkan teknik penghasilan cetakan mono.

Bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan cetakan mono ini ialah seperti sekeping cermin tebal yang mana bahagian hujung cermin perlu ditampal untuk mengelakkan dari tercedera. Sekeping lino digunakan dan ditampal pada sekeping kayu supaya senang proses mencetak. Proses cetakan mono ini bermula dengan mengaplikasikan cat, warna atau dakwat cetakan diletakkan di atas cermin. Murid mengaplikasikan warna yang berbagai dengan merujuk kepada contoh gambar di bawah cermin tersebut. Apabila gambar dihasilkan, kertas lukisan diletakkan di atas warna tersebut lalu ditekan kertas secara perlahan-lahan dengan menggunakan tapak tangan. Tiga faktor yang mempengaruhi hasil kerja cetakan ini:
1.   Kekentalan atau kepekatan (viscosity) warna, cat atau dakwat cetakan
2.   Tekanan yang dilakukan ke atas kertas
3.   Jenis kertas dan sejauh mana resapan warna itu berlaku

21. (a) Namakan LAPAN jenis kegiatan menggambar yang boleh diajar dalam pendidikan seni   visual di peringkat sekolah rendah. 

1.       Lukisan,
2.       Catan,
3.       Kolaj,
4.       Montaj,
5.       Cetakan,
6.       Gosokan,
7.       Resis,
8.       Percikan

 (b) Kenalpasti beberapa peralatan, bahan dan media yang digunakan dalam kegiatan membuat resis, percikan dan catan.
1.       Resis
a.       Berbagai jeni bahan yang berasaskan lilin seperti lilin biasa, lilin paraffin, krayon lilin
b.       Berbagai jenis kertas seperti kertas lukisan, kertas tebal, kertas kadbod, kertas manila kad
c.        Berbagai jenis kain putih seperti kain cotton poplin, cotton cambrich, rayon/fuji, cotton lawn kima
d.       Berbagai jenis pensel untuk membuat lakaran, kapur tulis, bekas air, pemadam
e.       Berbagai jenis warna seperti warna air, warna poster, warna tempera, cat rumah
f.         Berbagai jenis dakwat basah yang berbagai warna.

2.       Percikan
a.       Berbagai jenis berus lukisan yang berbagai saiz dan bentuk
b.       Berbagai jenis berus gigi dari permukaan rata hingga permukaan beralun
c.        Berbagai jenis berus cat dari permukaan lembut ke permukaan keras
d.       Penggelek cetakan yang berbagai saiz
e.       Berbagai jenis warna air seperti warna air, warna poster, warna  tempera, warna minyak, cat dinding, warna plaka/mural, dakwat
f.         Kertas yang berbagai jenis seperti kertas lukisan, kertas taip, kadbod, manila kad, kertas stensil
g.        Warna semburan, pistol semburan
h.       Pisau, pita pelekat, kain buruk, surat khabar
i.         Berbagai jenis tumbuh-tumbuhan kering, corak figura, bentuk-bentuk dari alam benda boleh digunakan untuk menghasilkan corak dalam aktiviti percikan.

3.       Catan
a.       Pensel digunakan untuk membuat lakaran sebelum mewarna
b.       Berbagai jenis berus
c.        Berbagai jenis warna seperti warna air, warna poster, akrilik, warna minyak, cat mural, warna tempera
d.       Palet atau bekas membancuh warna
e.       Botol untuk mengisi air
f.         Kertas lukisan, kertas cat air, kain kanvas, permukaan dinding
g.        Surat khabar.

 (c) Jelaskan bagaimana anda boleh mengaplikasikan alat, bahan dan media dalam kegiatan resis.
 
Dalam kegiatan resis alat dan bahan yang digunakan terdiri daripada media kering dan media basah. Media kering terdiri daripada pensel, pen, krayon dan arang lilin. Media basah pula terdiri daripada warna air, warna poster dan warna tempera. Bahan-bahan lain yang digunakan antaranya ialah pelbagai jenis kertas, berus, bekas air dan palet.
Jika warna air digunakan bersama lilin, warna air tidak bercampur dengan lilin. Lilin boleh digunakan untuk melukis pada permukaan kertas. Warna air boleh disapukan di atasnya. Di kawasan tidak berlilin, warna air akan diserap. Lilin akan menolak warna air itu dan mewujudkan dua kawasan dengan dua jenis kesan. Kesan yang lembut atau kasar akan terhasil di sempadan penemuan lilin dan warna air. Titik-titik warna air yang tertinggal memberi sesuatu jalinan. Krayon juga boleh digunakan sebagai pengganti lilin dalam kegiatan ini.

 (d) Berikan prosedur penilaian hasil kerja seni mengikut pendekatan induktif. 

1.       Penerangan tentang ciri asas hasil kerja:
a.       Bahagian elementary: seperti merah, kuning, tiga segi, gelap, terang
b.       Bahagian kompleks: corak yang terdapat pada sawah padi, deretan pokok

2.       Penerangan tentang perhubungan antara bahagian-bahagian lain:
a.       Kawasan elementary: kawasan ini lebih terang daripada kawasan di belakang
b.       Kawasan kompleks: Bahagian kanan lebih kasar daripada kawasan kiri

3.       Penerangan beberapa kawasan dan kualiti keseluruhan:
a.       Aspek bukan manusia: Satah-satah diulang-ulang
b.       Aspek manusia: gembira, suka, marah, sedih

4.       Interpretasi aspek-aspek yang berkaitan dengan pengalaman
a.       Apa yang dipotretkan: bot, kuda, kereta
b.       Apa yang dicadangkan: tulang-tulang seperti dinosaur, garisan-garisan seperti daun

5.       Interpretasi dan rumusan idea, tema, kualiti untuk mencirikan sesuatu makna ekspresif untuk memberi sokongan terhadap sesuatu penilaian.

6.       Menilai kerja dengan menyusun ceritera dan bukti-bukti untuk sokongan penilaian.

22. (a) Berikan TIGA jenis tema atau subjek yang boleh dihasilkan dalam aktiviti membuat kolaj. 

1.       Cerita, sajak, pantun dan nyanyian
2.       Figura secara individu, keluarga, kawan, orang awam, jiran
3.       Rumah, pondok, banglo, rumah teres, rumah flat, rumah kampong, chalet

(b) Senaraikan LIMA jenis teknik menghasilkan kolaj yang boleh diajar di peringkat sekolah rendah.
1.   Teknik potong kertas dan fabrik
2.   Teknik koyak kertas dan fabrik
3.   Teknik menggunakan berbagai jenis kertas yang berjalinan
4.   Teknik media campuran
5.   Teknik kertas tisu

(d) Bincangkan satu teknik mudah bagaimana anda boleh mengaplikasi dan menghasilkan sebuah kolaj di bengkel seni.

Contoh menghasilkan sebuah kolaj :
Tajuk :
 Kolaj dari tisu dan gambar majalah
Objektif :
Rancang dan hasilkan sebuah kolaj berbentuk 2D dari bahan kertas tisu dan gambar majalah untuk menerangkan konsep kesatuan dan keharmonian
Alatan dan Bahan :
Kertas lukisan, pensel, tisu berwarna-warni, kadbod, gunting, gam, berus lukisan, marker, krayon atau cat, gambar-gambar dari majalah

Arahan:
1.        Cari satu idea yang boleh dikaitkan dengan sikap bekerjasama, tolong menolong, bersatu hati untuk melambangkan kesatuan dan keharmonian.
2.        Rancang beberapa komposisi dengan menggunakan lakaran-lakaran untuk mendapatkan gambaran secara keseluruhan. Pilih satu yang terbaik.
3.        Lukis lakaran yang dipilih di atas kertas putih keras.
4.        Sediakan alat dan bahan yang diperlukan untuk menghasilkan kolaj tersebut.
5.        Cari dari majalah untuk mendapatkan kawasan dan menggunakan bahagian yang berwarna dan gambar-gambar yang boleh digunakan. Sebagai contoh: warna coklat pada kasut atau kek boleh digunakan untuk menghasilkan batang pokok atau warna biru air laut boleh digunakan pada pakaian pada imej atau gambar dalam kolaj. Susun gambar-gambar sebegitu rupa untuk menampakkan konsep kesatuan dan keharmonian Semasa menampal kertas berwarna dari majalah dan tisu-tisu berwarna, tak perlu hasilkan secara teliti sebaliknya boleh ditindih kertas-kertas tersebut supaya nampak lebih natural dan bebas. Tidak perlu berada dalam keadaan kemas dengan meletakkan kertas-kertas warna tersebut di dalam garisan lakaran semasa menghasilkan kolaj.
6.        Teknik-teknik lain boleh diaplikasikan seperti menambahkan garisan-garisan dengan menggunakan pen marker, krayon, warna-warna poster, gosokan dari objek yang berjalinan untuk menampakkan kesatuan dan keharmonian dalam hasil kerja tersebut.
7.        Bingkaikan hasil kerja kolaj tersebut dengan kemas dan gantung di tempat yang sesuai supaya senang dilihat. Jalani satu sesi penilaian dan kritikan (apresiasi seni) secara mudah.

(d) Tahap keupayaan dan perkembangan kanak-kanak boleh dikategorikan kepada 3 tahap iaitu tahap manipulatif, tahap simbolik dan tahap realistik. Sesuaikan setiap tahap tersebut dengan peringkat umur murid dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual di peringkat sekolah rendah. 

=> rujuk soalan 3(c)

23. (a) Jelaskan apa yang dimaksudkan dengan lukisan.

Lukisan ialah lanjutan dari aktiviti membuat lakaran demi lakaran yang dilakukan di atas permukaan yang rata dengan menggunakan berbagai jenis media kering atau menggunakan warna paling sedikit untuk meluahkan perasaan berbentuk imej.
(b) Sesuaikan LIMA jenis teknik melukis dengan imej tertentu. 

Teknik
Imej
Coreng atau Conteng
Manusia atau Haiwan
Garisan Kontur
Manusia atau Objek
Titik
Serangga (Haiwan)
Pangkah Silang
Haiwan
Garisan Selari
Tumbuh-tumbuhan

(c) Lukis LIMA imej atau objek dengan teknik lukisan yang berlainan.

(d) Buat satu perbandingan di antara lukisan dan catan daripada aspek berikut

1.        Alat, bahan dan media lukisan dan catan
2.        Langkah mudah menghasilkan lukisan dan catan

Perbezaan antara Lukisan dan Catan :
Media
Lukisan
Catan
Alat, bahan dan media Penggunaan alat terhad kepada media kering seperti pensel, pensel warna, pastel, arang, pen dan dakwat. Media dominan ialah Media Basah yang terdiri daripada warna air, warna poster, cat minyak dan cat akrilik.
Langkah mudah menghasilkan Membuat lakaran asas rupabentuk objek. Membuat lakaran struktur asas figura.

24. (a) Terangkan apa yang dimaksudkan dengan montaj.

Montaj bermaksud menampal dan melekatkan gambar-gambar pada suatu permukaan untuk menimbulkan mesej pengajaran, kecintaan, kecuaian, peperangan, alam sekitar.

(b) Bincangkan alat, bahan dan media yang boleh diaplikasikan dalam penghasilan montaj di sekolah rendah. 

1.       Gambar foto sebenar seperti gambar keluarga, alam semulajadi, haiwan, alam benda.
2.       Gambar atau ilustrasi dari majalah/surat khabar seperti figura, lanskap, tumbuh-tumbuhan, situasi.
3.       Gunting, pisau pemotong kertas, berbagai jenis gam.
4.       Warna basah seperti warna tempera, warna air, warna poster, dakwat basah dan berus lukisan.
5.       Gambar-gambar atau imej yang telah diimbas dengan menggunakan pengimbas.
6.       Bahan-bahan terbuang seperti gambar-gambar yang dijumpai, cawan /pinggan kertas, imej kartun dari majalah.
7.       Berbagai jenis tiket seperti tiket bas, tiket kereta sewa, tiket panggung wayang.

(c) Cadangkan satu hasil kerja montaj ( langkah demi langkah) yang sesuai diajar di peringkat sekolah rendah dengan memberi penjelasan tentang cara-cara menghasilkannya.

Contoh satu hasil kerja montaj :

Tema: Montaj keluarga
Alat dan Media:  Foto keluarga yang diimbas dengan menggunakan pengimbas, gunting, gam akrilik lutsinar, warna tempera, bingkai gambar plastik, gam getah, butang, tali hiasan, kain tebal (felt cloth), berus lukisan,

Cara-cara menghasilkannya:
a.       Potong setiap gambar foto keluarga.
b.       Guna berus lukisan untuk menyapu gam akrilik di atas bingkai plastik. Tampalkan kain tebal pada permukaan bingkai.
c.        Letakkan gambar foto di atas bingkai plastik. Gosok setiap gambar foto yang dilekatkan dengan jari. Pastikan gambar foto dilekatkan dengan baik supaya tidak ada gelembung udara di bawahnya.
d.       Setelah gam kering, sapukan pula gam akrilik di sekeliling gambar foto tersebut.
e.       Setelah gam akrilik cukup kering, bancuhkan warna tempera (warna ikut suka) dengan satu sudu gam akrilik. Gunakan bancuhan warna tersebut untuk menyapu dibahagian keliling gambar. Keringkan.
f.         Bila cukup kering sapukan perekat simen di atas bingkai plastik tadi.
g.        Letakkan tali hiasan di atas perekat simen tersebut.
h.       Hiaskan montaj dengan menggunakan butang.
(d) Berikan EMPAT cadangan bagaimana seseorang itu dapat mengenalpasti dan respon terhadap sesuatu hasil kerja montaj.

1.        Tulis beberapa perkataan penting yang boleh dikaitkan dalam sesuatu hasil kerja seni dan sesuaikan dengan gambaran keseluruhan hasil kerja tersebut.
2.        Pamerkan tiga jenis hasil kerja. Bincang dan berikan beberapa tajuk atau tema terhadap hasil kerja tersebut. Bandingkan tajuk-tajuk tersebut dengan tajuk yang sedia ada atau diberi oleh pelukis berkenaan.
3.        Pamerkan satu hasil kerja seni. Setiap murid menulis beberapa perkataan dalam kad yang berasingan. Kutip kad tersebut dan klasifikasikan perkataan tersebut dalam beberapa kategori seperti: ‘subjek matter’, nilai-nilai formal, kualiti ekspresif.
4.        Pamerkan satu hasil kerja seni. Setiap murid menulis satu ayat tentang hasil kerja tersebut.
5.   Hasilkan satu cerita atau puisi dari ayat-ayat tersebut.

8 ulasan:

  1. Terima kasih yang tak terhingga di atas perkongsian bahan

    BalasPadam
  2. Sama-sama. Semoga memudahkan urusan pengajian.

    BalasPadam
  3. Terima kasih atas perkongsian bahan ini.. mudah2an mendapat rahmat daripada Allah yang Maha Esa

    BalasPadam
  4. TQVM atas perkongsian yang diberikan

    BalasPadam
  5. Manusia baik.. Panjang umur n banyak memberi kebaikan pd manusia.. Terima kasih bnyk2 ye..

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...