Everything good that happens to you (O Man) is from God, everything bad that happens to you is from your own actions.(Quran 4:79)

Khamis, 2 Disember 2010

Soalan HBAE1403 MENGGAMBAR dan Cadangan Jawapan







HIMPUNAN SOALAN BAHAGIAN A

1.Jelaskan secara ringkas definisi menggambar. 
Menggambar merupakan representasi visual atau ilustrasi sesuatu objek atau imej 2 dimensi yang dihasilkan di atas permukaan rata. Ia juga mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan melalui pengaplikasian warna.


2.Terangkan perbezaan di antara kegiatan menghasilkan Lukisan dan Catan.

Lukisan
Catan
Lanjutan dari aktiviti membuat lakaran demi lakaran yang dilakukan di atas permukaan yang rata dengan menggunakan berbagai jenis media kering.
Gambaran berbentuk dua dimensi yang dihasilkan ke atas satu permukaan rata melalui sapuan warna-warna basah. 
3.Jelaskan perbezaan yang terdapat pada kegiatan membuat Kolaj dan Mozek. 


Kolaj
Mozek
Dihasilkan dengan cara memotong, mengoyak, menggunting, menampal, dan menindih bahan-bahan terbuang, jenis kekacang, berbagai jenis kertas dan fabrik ke atas suatu permukaan dua dimensi untuk menghasilkan gambar.
Dihasilkan dengan menyusun kepingan bahan semula jadi atau bahan buatan manusia yang berwarna bersebelahan dan tidak bertindih di atas permukaan rata untuk menghasilkan gambar atau corak.

4.Nyatakan definisi Montaj secara ringkas. 
Montaj ialah menghasilkan imej atau gambar dari beberapa gambar atau corak yang disusun secara bertindih di antara satu sama lain pada suatu permukaan untuk menyampaikan sesuatu mesej atau pengajaran.

5.Terangkan secara ringkas apa yang anda ketahui tentang Cetakan Duo. 
Duo bermaksud dua. Membuat Cetakan Duo bermaksud menghasilkan dua cetakan dari imej yang sama. Ia boleh dihasilkan dengan cara berikut :
a.    Lipat kertas yang dilipat menjadi dua bahagian.
b.   Buka kertas dan warnakan satu bahagian (A) dengan warna berbagai.
c.    Warnakan sekali lagi dengan warna hitam.
d.   Lipat semula kertas dengan bahagian B berada di atas.
e.   Gunakan pensel atau pen dan lukis objek di atasnya.
f.     Buka semula kertas dan imej yang sama akan terhasil.

6.Nyatakan LIMA contoh kesan jalinan daripada alam semulajadi dan LIMA contoh kesan jalinan daripada buatan manusia yang boleh digunakan di dalam kegiatan gosokan. 
Contoh bahan daripada alam semulajadi yang dapat menghasilkan kesan jalinan adalah seperti kulit buah nangka, kulit pokok getah, daun mempelam, biji rambutan dan akar kelapa. Bagi bahan buatan manusia pula seperti tali pinggang, beg tangan, tayar kereta, sikat dan duit syiling.

7.Terangkan secara ringkas apa yang anda fahami tentang pendekatan deduktif di dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual.
Pendekatan Deduktif merupakan satu proses menilai hasil kerja seni yang melibatkan pemilihan kriteria tertentu dan pemeriksaan kerja seni melalui fakta-fakta visual. Dengan itu ia dapat menentukan sesuatu kerja-kerja seni itu sama ada memuaskan atau tidak mengikut standard. Walaupun bersifat terhad dan tidak natural kerana berformat perdebatan, ia juga berperanan dalam menggalakkan penglibatan murid terhadap sesuatu hasil kerja seni.

8.Apakah yang dimaksudkan dengan pembelajaran terpimpin menurut Sir Herbert Read berkaitan apresiasi seni? 
Dua pandangan Sir Herbert Read berkaitan teori perkembangan seni kanak-kanak ialah “Art is creative self-expression” dan “Works of art express and communicate universal value”. Ia menjelaskan bahawa menghargai sesuatu hasil karya seni adalah salah satu cara bagaimana seseorang itu boleh berinteraksi dengan diri sendiri dan orang lain selain dapat menyuarakan rasa hati. Secara tak langsung nilai-nilai estetik akan wujud pada diri setiap murid dan akhirnya dapat menghargai dan menilai apa yang dilihat.
9.Jelaskan EMPAT unsur penting yang menentukan mutu hasil karya sesebuah lukisan. 
Unsur-unsur penting dalam menentukan mutu hasil karya lukisan terdiri daripada Komposisi Objek, Ruang, Perspektif dan Pencahayaan. Setiap unsur mempunyai peranan tersendiri seperti berikut : 
a.Komposisi Objek
Lukisan yang dihasilkan perlu menepati asas seni reka iaitu unsur-unsur seni dan prinsip-prinsip rekaan. 
b.Ruang
Susunan imej atau objek yang dilukis perlu mengambilkira aspek ruang yang berseuaian dengan tema. 
c.Perspektif
Penggunaan titik-titik lenyap sama ada titik lenyap 1, 2 atau 3 dalam penghasilan karya
d.Pencahayaan
Mengenalpasti arah sumber cahaya sebelum menghasilkan ton untuk membentuk objek tiga dimensi atau 3D.

10.Jelaskan TIGA cara bagi menghasilkan percikan secara mudah di peringkat sekolah rendah. 
Bagi menghasilkan percikan mudah, alat, media dan teknik yang boleh digunakan seperti berus gigi, jari dan ranting dedaun dari jenis halus dan nipis.
Percikan menggunakan berus gigi dilakukan dengan cara mencelup berus gigi di dalam warna dan lalukan pada besi halus atau kayu halus bagi menghasilkan kesan percikan pada permukaan kertas.
Percikan menggunakan jari ialah dengan men celup kelima-lima jari pada warna dan menghayunkan jari lalu direnjis pada permukaan kertas lukisan. Manakala percikan ranting dilakukan dengan cara mencelupkan satu ranting dedaun contohnya daun pine ke dalam warna basah dan percikkan pada permukaan kertas.

11.Jelaskan ciri-ciri utama yang dirangkumi dalam definisi ‘Lukisan’. 
a. Lanjutan dari aktiviti membuat lakaran demi lakaran. 
b. Dilakukan atas permukaan rata. 
c. Menggunakan pelbagai jenis media kering dan pelbagai jenis kertas.

12.Terangkan apa yang dimaksudkan dengan Cetakan. 
Hasil kerja seni yang mengalami proses ulangan menggunakan dakwat yang dicipta melalui perpindahan dakwat ke atas satu permukaan. Seseorang pelukis biasanya akan menentukan berapa banyak cetakan yang hendak dihasilkan dalam sesuatu edisi.
13.Apakah perbezaan yang terdapat pada kegiatan membuat Kolaj dan Montaj?

Kolaj
Montaj
Dihasilkan dengan cara memotong, mengoyak, menggunting, menampal, dan menindih bahan-bahan terbuang, jenis kekacang, berbagai jenis kertas dan fabrik ke atas suatu permukaan dua dimensi untuk menghasilkan gambar.
Dihasilkan dengan menggunakan beberapa gambar atau corak yang disusun secara bertindih di antara satu sama lain pada suatu permukaan bagi menghasilkan gambar atau imej baru yang mempunyai sesuatu mesej atau pengajaran.

14.Jelaskan perbezaan yang terdapat pada kegiatan-kegiatan membuat Catan dan membuat Resis. 

Catan
Resis
Gambaran berbentuk dua dimensi yang dihasilkan ke atas satu permukaan rata melalui sapuan warna-warna basah. 
Menghasilkan gambar dengan menggunakan pelbagai jenis warna dan bahan-bahan yang berasaskan lilin.
Dihasilkan dengan pelbagai teknik sapuan warna.
Dihasilkan dengan cara menolak warna basah atau cat basah yang disapu ke atas permukaan kertas yang disapu lilin.

15.Senaraikan EMPAT teknik yang digunakan dalam kegiatan menghasilkan  sesuatu karya Gosokan. 
a.  Gosokan secara pusingan
b.  Gosokan menggunakan pelbagai warna
c.  Gosokan monokrom
d.  Gosokan potongan kertas

16.Jelaskan secara ringkas apa yang anda fahami tentang pendekatan induktif dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual
Pendekatan Induktif merupakan satu proses membuat kritikan seni dan menilai hasil kerja seni di peringkat awalan. Pendekatan ini banyak mengumpul fakta-fakta tentang visual yang terdapat dalam sesuatu hasil kerja seni. Melaluinya murid dapat mengumpul satu inventori terhadap hasil kerja, menyatakan perhubungan di antara elemen-elemen visual dan yakin telah dapat menginterpretasi kerja-kerja seni tersebut. Murid juga boleh membuat rumusan terhadap luahan perasaan dari apa yang mereka lihat tanpa reaksi emosi atau penilaian yang bersifat pra matang.

17.Berikan EMPAT peringkat pengetahuan dan kefahaman yang perlu dicapai oleh murid dalam Pendidikan Seni Visual. 
Peringkat-peringkat pengetahuan dan kefahaman yang perlu dicapai murid ialah :
a.  Memahami konsep dan fungsi setiap aktiviti yang dipelajari,
b.  Menyatakan perasaan, idea dan imaginasi diri melalui kegiata menggambar,
c.  Menguasai asas senireka serta menghasilkan hasil karya seni visual yang kreatif dan berfungsi,
d. Meningkatkan pengetahuan asas senireka serta mengaplikasikannya dalam penghasilan.

18.Jelaskan bagaimana murid-murid di sekolah rendah dapat mengaplikasikan media dan teknik dalam kegiatan membuat Mozek dalam kelas Pendidikan Seni. 
Di dalam kelas Pendidikan Seni, murid-murid diajar mengaplikasikan alat, media dan teknik dalam kegiatan Mozek mengikut jenis dan tema-tema tertentu. Dalam pengajaran dan pembelajaran kegiatan mozek, guru boleh menunjukkan kaedah seperti, mencarik, memotong, menggunting dan membuat cebisan menggunakan kertas-kertas berwarna. Bahan-bahan tersebut kemudiannya ditampal di atas permukaan rata seperti kertas lukisan, kadbod dan kayu plywood bagi menghasilkan hasil karya seni yang menarik dan kreatif.
19.Berikan perbezaan di antara warna monokrom dan penggenap

Warna Monokrom
Warna Penggenap
Campuran warna asal dengan warna putih dan hiram dapat menghasilkan ton warna terang atau gelap. 
Warna yang bertentangan dalam roda warna. 
Putih dan kuning dicampur untuk mendapatkan cahaya terang manakala hitam dan kuning dapat untuk cahaya gelap.
Kombinasi warna-warna menimbulkan kesan kontra.
 
20.Apakah yang dimaksudkan dengan aktiviti kemahiran secara Kritis dan Kreatif dalam Pendidikan Seni Visual? 
Kemahiran secara Kritis dan Kreatif merupakan satu proses menggunakan minda sama ada untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, membuat pertimbangan dan keputusan untuk menyelesaikan masalah.
Kemahiran kritis dan kreatif boleh dikembangkan bersama-sama dengan aktiviti seni. Dari itu guru harus mengambil peluang terbaik dari aktiviti-aktiviti seni kegiatan menggambar untuk menjalani sesi ekspresi diri dan apresiasi seni berdasarkan ‘studio activity centred method.’ Ia bermaksud seseorang itu percaya bahawa ekspresi diri tidak boleh diceraikan daripada apresiasi seni. 


21.Bidang menggambar yang diajar di sekolah rendah mempunyai hasil  pembelajaran dan penilaian yang dilihat secara menyeluruh dan berperingkat. Nyatakan EMPAT proses aras sintesis dan penilaian dalam proses menggambar
a.    Menghayati benda yang dilihat, disentuh dan didengar serta menyatakan aspek yang disukai dan yang tidak disukai
b.   Memilih, memadan, menyusun dan memanipulasi bahan secara kreatif
c.    Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi dalam semua kegiatan seni visual
d.   Menghargai alam persekitaran serta menghayati unsure flora dan fauna untuk penghasilan.

22.Ada pelbagai jenis kertas lukisan. Berikan perbezaan antara kertas lukisan biasa dan kertas ledger Bond. 

Kertas Lukisan Biasa
Kertas Ledger Bond
Mempunyai permukaan rata yang sesuai untuk pensel, pen, arang dan krayon lembut
Mempunyai beraneka jenis permukaan iaitu licin, sederhana kasar dan kasar. 

23.Teknik cat air diolah serta digunakan mengikut kesesuaian atau 
kesukaan pelukis. Nyatakan EMPAT jenis teknik cat air.
a.    Basah atas basah iaitu warna dicairkan dahulu dan disapukan di atas   permukaan yang basah. Hasilnya kesan lutsinar.
b.   Basah atas kering iaitu warna yang dicairkan dahulu disapukan di atas  permukaan yang kering.
c.    Kering atas basah iaitu teknik yang melibatkan sapuan warna yang pekat  disapu ke atas lapisan warna yang cair atas permukaan kertas yang telah  dibasahkan.
d.   ’Wash’ iaitu teknik yang melibatkan sapuan warna cair ke atas permukaan yang basah. Biasanya berus atau span digunakan. Sesuai untuk menghasilkan kesan air span awan.

24.Pendekatan bertema digunakan oleh guru untuk mempelbagai dan memperkembangkan idea. Terangkan EMPAT tema yang biasa digunakan dalam kegiatan membuat kolaj.
a.  Cerita, sajak, pantun dan nyanyian 
b.  Figura secara individu, keluarga, kawan, orang awam dan jiran
c.  Rumah, pondok, banglo, rumah teres, rumah flat, rumah  kampong dan chalet 
d.  Haiwan seperti kucing, anjing, burung, ayam, itik, gajah, harimau dan kuda

25.Montaj direka dengan mempunyai tujuan tertentu. Nyatakan EMPAT tema montaj yang kerap digunakan di peringkat sekolah rendah. 
a.  Landskap
b.  Alam benda
c.  Figura
d.  Corak huruf

26.Berikan EMPAT jenis gam yang sesuai digunakan bagi aktiviti Kolaj. 
a.  Gam kilat
b.  Gam tidak kilat
c.  Gam gel
d.  Gam model

27.Senaraikan EMPAT teknik resis yang boleh dijalankan di dalam aktiviti penghasilan karya seni visual di peringkat sekolah rendah 
a.  Resis dari warna air
b.  Resis dari kertas lilin
c.  Resis dari warna tempera
d.  Krayon resis batik

28.Nyatakan EMPAT teknik penghasilan Montaj. 
a. Montaj Keluarga
b. Photomontaj atau Imej Digital
c. Montaj dari Bahan Terbuang
d. Montaj Campuran 

29.Huraikan DUA kelebihan yang diperolehi oleh murid melalui aktiviti Gosokan.
a.    Murid menjadi lebih peka terhadap setiap permukaan di persekitaran apabila   mengetahui ia boleh menghasilkan berbagai corak yang menarik.
b.   Murid dapat meluahkan berbagai perasaan dan menghasilkan kerja mereka dengan yakin, gembira, suka, penuh minat dan selesa.

30.Nyatakan EMPAT jenis alatan yang boleh digunakan bagi menghasilkan percikan
a. Berus cat dinding rumah yang terpakai
b. Pistol semburan atau spray can
c. Roller atau berus penggelek
d. Berus lukisan.

31.Berikan definisi Resis secara ringkas.
Resis dapat didefinisikan sebagai satu proses menghasilkan gambar yang menggunakan pelbagai jenis warna dan bahan-bahan yang berasaskan lilin.

32.Terangkan apa yang dimaksudkan dengan kolaj. 
Kolaj bermaksud menghasilkan gambar dengan cara memotong, mengoyak, menggunting, menampal, juga menindih bahan-bahan terbuang, jenis kekacang, berbagai jenis kertas dan fabrik ke atas suatu permukaan dua dimensi. 

33.Jelaskan perbezaan yang terdapat pada kegiatan membuat gosokan dan percikan. 

Gosokan
Percikan
Satu proses pemindahan reka bentuk atau corak dari sesuatu permukaan ke permukaan lain dengan cara menggosokkan sejenis alat di atas permukaan yang hendak dipindahkan.
Satu teknik corakan warna melalui dentikan, tepukan atau jentikan dengan menggunakan berus lukisan atau bahan-bahan lain yang mengandungi warna ke atas permukaan yang rata.

34. Bandingkan di antara media kering dan media basah.

Media Kering
Media Basah
Pensel, pen, pensel warna, krayon lilin dan arang batu.
Warna air, warna poster, cat minyak dan cat akrilik.   


35.Senaraikan alat, bahan dan media yang digunakan dalam proses mencatan.  
a.    Pensel untuk membuat lakaran 
b.   Berbagai jenis berus sama ada keras atau lembut 
c.    Berbagai jenis warna seperti warna air, warna poster, cat minyak, cat mural dan cat akrilik 
d.   Palet untuk membancuh warna 
e.   Botol berisi air 
f.    Kertas lukisan, kain kanvas dan permukaan dinding 
g.    Suratkhabar sebagai alas 

36.Namakan EMPAT jenis aktiviti cetakan yang boleh dijalankan di peringkat sekolah rendah
a.      Cetakan jari
b.     Cetakan tumbuh-tumbuhan
c.      Cetakan dakwat
d.     Cetakan span

37.Jelaskan secara ringkas apa yang dimaksudkan dengan mozek. 
Mozek bermaksud menghasilkan gambar atau corak dengan cara menyusun kepingan bahan semulajadi atau bahan buatan manusia yang berwarna bersebelahan dan tidak bertindih di atas permukaan rata. 

38.Kaitkan jenis-jenis garisan yang boleh digunakan dalam teknik melukis. 
Lukisan dihasilkan dengan menggunakan garisan-garisan yang terbentuk melalui pengaplikasian berbagai jenis alat, media dan bahan. Garisan yang dihasilkan dengan pensel boleh dipengaruhi oleh gred dan tekanan pensel. Pensel gred H yang bersifat keras sesuai digunakan untuk lakaran ringkas kerana garisan yang dihasilkan adalah tajam. Semakin besar nilai H semakin keras kesan pensel, garisan yang dihasilkan semakin tajam dan kurang gelap. 

39.Terangkan apa yang dimaksudkan dengan warna harmoni. 
Juga dipanggil warna keluarga dan terletak bersebelahan dalam roda warna. Ia dapat menimbulkan rasa aman, tenteram, selesa, indah, lembut dan sebagainya. Contoh kelompok warna harmoni ialah merah, ungu dan biru, ungu, biru dan hijau serta biru, hijau dan kuning.

8 ulasan:

  1. Terima kasih diatas perkongsian bahan dalam blogsport ashikkini.... terima kasih yang tak terhingga...ZainabAGD

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama. Selamat belajar... :)

      Padam
  2. terima kasih membantu saya menjawab subjek ini

    BalasPadam
  3. Sarizan bin Suri10 Julai 2013 11:50 PG

    Tahun berapa Herbert Read menulis buku yang berkaitan teori perkembangan seni kanak-kanak? Kalau ada bukunya boleh X saya cari di area Tg Karang?

    BalasPadam
  4. salam, terima kasih atas perkongsian ilmu. moga Allah saja yang dapat membalasnya

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah. In shaa Allah.

    BalasPadam
  6. terima kasih atas perkongsian ini.

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...