Everything good that happens to you (O Man) is from God, everything bad that happens to you is from your own actions.(Quran 4:79)

Selasa, 14 Disember 2010

Soalan Bahagian A HBML2103SMP dan Cadangan Jawapan

HIMPUNAN SOALAN BAHAGIAN A

1. Bahasa Melayu mempunyai empat bentuk imbuhan. Nyatakan KEEMPAT-EMPAT bentuk imbuhan tersebut.
a) Awalan
Imbuhan yang ditambahkan pada bahagian hadapan kata dasar. Contoh: berlari dan terkejut.
b) Akhiran
Imbuhan yang hadir selepas kata dasar. Contoh : jahitan dan seniman.
c) Apitan
Imbuhan yang hadir serentak. Contoh : perniagaan dan melalui.
d) Sisipan
Imbuhan yang hadir di celah kata dasar. Contoh : telunjuk dan gerigi.


2. Kata majmuk terhasil melalui proses pemajmukan. Berikan DUA bentuk kata majmuk yang terdapat dalam bahasa Melayu dan contoh untuk setiap satu bentuk.
a) Rangkaian Kata Bebas
Contoh : nasi minyak, air hujan dan Profesor Madya.
b) Istilah Khusus
Contoh : garis pusat, urus setia dan kertas kerja.

3. Winstedt (1927) merupakan salah seorang tokoh yang mengkaji golongan kata bahasa Melayu. Berikan EMPAT golongan kata bahasa Melayu yang disenaraikan oleh Winstedt dan contoh untuk setiap satu golongan.
Winstedt(1927) membahagikan perkataan-perkataan bahasa melayu kepada dua golongan besar, iaitu :
i.        Golongan Major yang dibahagikan kepada tiga subgolongan ;
a.       Kata Namaan,
b.       Kata Adjektif,
c.       Kata Kerjaan.

ii.      Golongan Minor yang dibahagikan kepada enam subgolongan ;
a.       Ganti Nama
b.       Angka
c.       Kata Keterangan
d.       Kata Sendi dan Kata Depan
e.       Kata Hubung 
f.        Kata Seru


4. Jelaskan secara ringkas DUA jenis kata ganda bahasa Melayu dan berikan contoh untuk setiap satu jenis.
a) Penggandaan penuh
Contoh : buku-buku, murid-murid dan pegawai-pegawai.
b) Penggandaan berentak
Contoh : cerai-berai, hingar-bingar, dan mandi-manda.

5. Kata penguat ialah sejenis kata tugas. Nyatakan DUA jenis kata penguat yang terdapat dalam bahasa Melayu dan contoh bersesuaian untuk setiap kata penguat.
a)  Penguat Hadapan:
Kata penguat hadapan ialah perkataan yang letaknya di hadapan kata adjektif.
Contoh : terlalu, paling, dan agak
b)  Penguat belakang:
Kata penguat belakang ialah perkataan yang letaknya di belakang kata adjektif
Contoh : sekali, benar, dan nian

6. Subjek dan predikat merupakan unit yang terdapat dalam binaan peringkat klausa. Berikan definisi bagi subjek dan predikat. 
a) Subjek
Konstituen yang sama ada terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang menjadi judul atau unsur yang diterangkan.
b) Predikat
Kumpulan perkataan yang terfolong dalam satu frasa dan menjadi unsur yang menerangkan subjek.

Contoh pembahagian subjek dan predikat:

Subjek
Predikat
Ali
 

Adik bongsuku
 

Pegawai kanan pejabat itu
 

Rumah kediamannya
guru sementara di sekolah itu.
 

sedang tidur di serambi rumah.
 

amat rajin dan cekap pula


di Kampung Malaysia Tambahan dalam Wilayah Persekutuan.

7. Dalam bahasa Melayu terdapat empat jenis ayat tunggal. Berikan DUA jenis ayat tunggal bahasa Melayu dengan contohnya.
a) Ayat Penyata
Ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu penyataan atau keterangan tentang sesuatu hal.  
Contoh : 
i. Jamaliah eksekutif.
ii. Pokok di hadapan sekolah itu rendang.
iii. Kucing itu sedang tidur.
    b) Ayat tanya
    Ayat yang digunakan untuk tujuan menanyakan sesuatu hal.  Ayat ini ditandai dengan nada suara dan penggunaan perkataan tertentu. Ayat tanya boleh digolongkan kepada ayat tanya dengan kata tanya dan ayat tanya tanpa kata tanya. 
    Contoh : 
    i. Benda itu apa?   (ayat tanya dengan kata ganti nama tanya) 
    ii. Apakah benda itu?   (penambahan partikel kah) 
    iii. Apa benda itu?   (pendepanan kata ganti nama tanya) 
    iv. Gurunya siapa? (ayat tanya dengan kata ganti nama tanya) 
    v. Siapakah gurunya?  (penambahan partikel kah) 
    vi. Siapa gurunya?  (pendepanan kata ganti nama tanya)
      8. Salah satu struktur frasa nama terdiri daripada binaan Inti + Penerang. Jelaskan konsep inti dan penerang dalam frasa nama.
      Inti ialah unsur yang diberi dari segi makna dan mewakili seluruh frasa itu dari segi makna, sementara penerang  merupakan unsur yang menerangkan makna dalam inti itu. Frasa Nama jenis ini boleh terbentuk daripada jenis-jenis hubungan yang berikut :
      (i) Inti + Penerang Nama
      Contoh : Askar Melayu Diraja berbaris di padang.

      (ii) Inti + Penerang Bukan Nama 
      Contoh : Orang itu bapa saya.  

      9. Dengan memberikan contoh, nyatakan EMPAT jenis frasa dalam bahasa Melayu. 
      a) Frasa Nama
      Frasa nama ialah binaan yang dari sudut nahu boleh terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang boleh berfungsi sebagai satu konstituen dalam binaan ayat. Binaan frasa nama adalah seperti berikut:
      (i) Inti + penerang nama
      Contoh ayat : Guru sekolah agama itu guru saya.

      (ii) Inti + penerang bukan nama
      Contoh ayat : Lima orang murid tidak hadir.

      (iii) Inti + inti
      Contoh ayat : Keluar masuk untuk pelajar sahaja.

      b) Frasa Kerja
      Frasa kerja ialah binaan yang boleh terdiri daripada satu perkataan atau lebih dan kata intinya ialah kata kerja.  Kata kerja tersebut boleh merupakan kata kerja tak transitif atau kata kerja transitif. Kata kerja tak transitif boleh hadir bersendirian atau diikuti oleh satu atau sederetan perkataan, sedangkan kata kerja transitif mesti diikuti oleh objek serta unsur-unsur lain.
      Contoh Frasa Kerja Tanpa Objek (Kata kerja tak transitif) : 
      i. Ali berjalan. 
      ii. Adik bongsuku sedang tidur.
        Contoh Frasa Kerja Mengandungi Objek (Kata kerja transitif) : 
        i. Pegawai kanan ini mempengerusikan mesyuarat. 
        ii. Gembala itu menghalau binatang ternakannya.
          c) Frasa Adjektif 
          Frasa Adjektif ialah susunan perkataan yang terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif sebagai kata intinya.
          Contoh Frasa Adjektif dengan satu perkataan : 
          i. Pelayan kedai Pak Amrin rajin. 
          ii. Kawan-kawan Ahmad bijak.
            Contoh Frasa Adjektif dengan dua perkataan : 
            i. Hidupnya riang gembira. 
            ii. Mukanya pucat lesi.
              d) Frasa Sendi Nama
              Frasa sendi nama ialah binaan  ayat yang terdiri daripada satu kata sendi nama dan satu frasa nama yang menjadi pelengkap kepada kata sendi nama itu.  Frasa sendi nama dalam ayat terbentuk dalam binaan seperti berikut :
              a) kata sendi nama + frasa nama
              Contoh : Dia berdiri di jambatan.
              b) kata sendi nama + kata nama arah + frasa nama
              Contoh : Pak Akob menanam keladi di belakang rumahnya.
              c) kata sendi nama + (kata nama arah) + frasa nama + (frasa keterangan)
              Contoh : Malik ke utara negeri Jepun pada tahun ini.

              10. Nyatakan DUA jenis ayat majmuk keterangan. Berikan contoh bagi setiap satu.
              a) Keterangan Musabab
              Keterangan musabab merupakan unsur yang menerangkan sebab-sebab sesuatu kejadian atau perbuatan berlaku. Antara contoh kata hubung keterangan musabab ialah kerana, lantaran dan oleh sebab
              Contoh : 
              i. Oleh sebab hari hujan, perlawanan bola sepak itu terpaksa ditunda ke hari lain. 
              ii. Saya tidak dapat menyiapkan tugasan itu kerana komputer saya rosak.
                b) Keterangan Syarat
                Keterangan syarat merupakan unsur yang menerangkan sesuatu tuntutan yang perlu dipenuhi.  Kata hubung keterangan syarat ialah sekiranya, andai kata, jikalau, jika dan kalau.  
                Contoh : 
                i. Sekiranya dia lulus peperiksaan dengan cemerlang, ayahnya akan menghadiahinya sebuah basikal.  
                ii. Andai kata terdapat bantahan daripada para perwakilan, pelaksanaan projek itu akan dibatalkan.
                  11. Terangkan konsep morfologi yang paling komprehensif (lengkap dan ringkas).
                  Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolong kata. Struktur kata bermaksud susunan bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit tatabahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa sama ada bentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata pula ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan latar fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama.

                  12. Huraikan apa maksud morfem dan terangkan mengapa ada dua jenis morfem.
                   
                  Morfem ialah unit yang terkecil dalam bahasa yang berfungsi gramatis atau yang menjalankan tugas nahu.
                  Morfem boleh dibahagikan dua mengikut sifatnya iaitu morfem bebas dan morfem terikat.  Morfem bebas ialah morfem yang dapat wujud bersendirian.  Sebaliknya, morfem terikat ialah morfem yang hanya wujud bersama-sama morfem lain.  Sebagai contoh, perkataan sekolah dan laut ialah morfem-morfem bebas, tetapi imbuhan  ber - dalam bersekolah dan - an dalam lautan  ialah morfem-morfem terikat, oleh sebab unit-unit itu tidak boleh wujud tanpa kata dasar.

                  13. Jelaskan kedudukan imbuhan dalam kajian morfologi dan nyatakan jenis-jenis imbuhan dalam bahasa Melayu. 

                  Menurut Nik Safiah Karim dan rakan (1996), proses pembentukan kata dalam sesuatu bahasa merupakan proses penyusunan morfem menurut peraturan sistem morfologi bahasa itu. Dalam kebanyakan bahasa, proses pembentukan perkataan melibatkan pengimbuhan.
                  Imbuhan bermaksud unit-unit bahasa tertentu yang ditambahkan pada bentuk-bentuk lain yang menyebabkan perubahan makna nahunya dan boleh dibahagikan kepada empat jenis, iaitu awalan, akhiran, sisipan dan apitan.

                  14. Huraikan bagaimana imbuhan asing masuk ke dalam bahasa Melayu dan berikan contoh imbuhan-imbuhan itu dalam perkataan dan nyatakan bahasa sumbernya.
                  Sistem imbuhan asing telah dipinjam untuk menampung kemasukan bentuk-bentuk kata pinjaman terutamanya yang berkaitan dengan keperluan peristilahan. Imbuhan asing dibahagikan kepada tiga kumpulan, iaitu mengikut bahasa asal seperti berikut :.
                  i. Imbuhan Sanskrit
                  Contoh ;

                  Awalan :
                  maha-, dwi- dan tri-.
                  Akhiran :
                  -wan, -man, -wati, dan -nita.
                  ii. Imbuhan Arab-Parsi
                  Contoh ;

                  Awalan :
                  bi-.
                  Akhiran :
                  -wi, -iah, dan -at.
                  iii. Imbuhan Yunani-Latin-Inggeris
                  Contoh ;

                  Awalan :
                  pro-, anti-, sub-, dan supra-.
                  Akhiran
                  : -isme, -ik, -si, dan -al.


                  15. Terdapat empat bentuk perkataan dalam bahasa Melayu.
                  Jelaskan bagaimana KEEMPAT-EMPAT bentuk itu terbina dan berikan contoh-contohnya.
                   
                  a) Kata Tunggal  
                  Kata tunggal ialah bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk dasar, iaitu  tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar yang lain. Kata tunggal mengandungi satu suku kata atau lebih daripada satu suku kata. Dengan berasaskan pelaksanaan tatabahasa, kata tunggal dapat dibahagikan kepada dua jenis  :
                  i. Unit yang bebas dan dapat berdiri sendiri 
                  Contoh:
                  Kamu, Sudah? dan Ini?
                  ii. Unit yang tidak dapat berdiri sendiri tetapi memerlukan sekurang-kurangnya satu unit yang bebas untuk melaksanakan tugas nahunya.
                  Contoh:
                  di mana?, ke Kuala Lumpur dan dari Terengganu

                  b) Kata Terbitan 

                  Kata terbitan ialah bentuk kata yang mengandungi kata dasar yang mendapat atau menerima imbuhan sama ada :
                  i. Awalan

                  Contoh: 
                  dimakan, dan bertemu
                  ii. Akhiran
                  Contoh :
                  tekanan, dan pamerkan
                  iii. Apitan atau sisipan

                  Contoh :
                  gemuruh, dan pergaduhan

                  c) Kata Majmuk

                  Bentuk kata majmuk lahir melalui proses pemajmukan, iaitu proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit. dan tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain.
                  i. Kata Majmuk Rangkai Kata Bebas
                  Contohnya: alat tulis, bom tangan, dan Perdana Menteri
                  ii. Kata Majmuk Istilah Khusus
                  Contohnya: batu kapur, carta pai, dan kanta tangan
                  iii. Kata Majmuk Maksud Kiasan
                  Contohnya: batu api, makan angin, dan ringan mulut

                  d) Kata Ganda
                  Proses penggandaan ialah proses yang menggandakan kata dasar. Tiga jenis penggandaan :
                  i. Penggandaan penuh
                  Contoh : guru-guru, rumah-rumah, dan sekolah-sekolah
                  ii. Penggandaan separa
                  Contoh :
                  lelangit, sesiku, dan jejari 
                  iii. Penggandaan berentak

                  Contoh :
                  bukit-bukau, anak-pinak, dan sayur-mayur.

                  16. Morfologi dan sintaksis merupakan bidang linguistik yang mendasari kajian tentang tatabahasa sesuatu bahasa. Beri takrifan anda tentang kedua-dua istilah tersebut.
                  Dalam bahasa melayu, Morfologi ialah bidang yang mengkaji perkataan dari segi struktur, bentuk dan golongannya. Sintaksis pula bidang yang mengkaji  ayat dari segi struktur, bentuk, dan binaannya. Morfologi merupakan kajian spesifik berfokuskan kata dan melalui sintaksis dapat dilihat bagaimana ayat dibina. Kedua-dua bidang ini berkait rapat dan saling bergantungan kerana sintaksis adalah pelengkap dan lanjutan pada kajian Morfologi.

                  17. Apakah yang anda faham tentang kata ganda? Beri TIGA bentuk kata ganda berserta takrifan dan contoh yang sesuai. 
                  # Rujuk soalan 15d

                  18. Kata kerja transitif dapat dibahagikan kepada DUA jenis. Dengan contoh ayat yang sesuai, jelaskan penyataan ini.
                  Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya. Kata kerja transitif  dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu:

                  a) Kata kerja transitif yang berfungsi dalam ayat aktif.
                  Kata kerja transitif aktif ialah kata kerja yang menerima awalan meN- dengan atau tanpa akhiran –kan atau –i.
                  Contoh :
                  i. Muhammad Syafiq menendang bola itu.
                  ii. Murid-murid menyertai rombongan itu.

                  b) Kata kerja transitif yang berfungsi dalam ayat pasif.

                  Kata kerja transitif pasif ialah kata kerja hasil daripada proses transformasi atau perubahan ayat aktif menjadi ayat pasif.
                  Contoh :

                  i. Bola itu ditendang oleh Muhammad Syafiq.
                  ii. Rombongan itu disertai oleh murid-murid.

                  19. Ayat majmuk ialah ayat yang terbentuk daripada gabungan dua atau lebih ayat tunggal. Berdasarkan cara ayat tersebut dibentuk, nyatakan jenis-jenis ayat majmuk dan bina satu ayat bagi setiap jenis.
                  Ayat majmuk dapat dijeniskan kepada empat, iaitu:
                  i. Ayat Majmuk Gabungan
                  Contoh ayat :
                  Peserta senam robik melompat-lompat, girang, berpeluh-peluh.
                   
                  ii. Ayat Majmuk Pancangan
                  Contoh ayat :
                  Bas yang dinaiki oleh para pelancong itu terbabas ke dalam gaung.
                   
                  iii. Ayat Majmuk Campuran
                  Contoh ayat :
                  Sofea sedang mengulang kaji pelajarannya, tetapi kawan-kawannya yang letih telah lama dibuai mimpi.
                   
                  iv. Ayat Majmuk Pasif 
                  Contoh ayat :
                  Teater yang amat menyayat hati ditonton oleh mahasiswa.
                   
                  20. Ayat tunggal dalam bahasa Melayu boleh juga wujud dalam susunan songsang. Nyatakan DUA bentuk susunan songsang tersebut dengan mengemukakan contoh ayat yang sesuai.
                  a) Seluruh bahagian predikat dalam ayat dibawa ke hadapan
                  Contoh ayat :  

                  i. Sudah pulang kawan-kawan kamu?
                  ii. Sungguh cantik tulisan budak perempuan itu.

                  b) Sebahagian predikat dalam ayat dibawa ke hadapan
                  Contoh ayat :  

                  i. Ke sekolah mereka pergi untuk bermain bola jaring.
                  ii. Berkejaran budak-budak itu di taman permainan.

                  21. Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) menyatakan bahawa morfologi ialah kajian tentang pembentukan kata dalam sesuatu bahasa, termasuklah infleksi (pengimbuhan), terbitan dan pemajmukan.
                  Dengan memberikan EMPAT contoh yang sesuai setiap satu nyatakan bentuk-bentuk imbuhan yang terdapat dalam bahasa Melayu bagi pembentukan kata.
                  Contoh-contoh Imbuhan:
                  a) Awalan
                  di-, per-, ter-, dan ber-.
                  b) Akhiran
                  -an,  -kan, -man,  dan -wati.
                  c) Sisipan
                  -el-, -er-, -em-, dan -in-
                  d) Apitan
                  per-...-an, ke-...-an, me-...-kan, dan di-...-kan.

                  22. Kata adjektif boleh terbentuk berdasarkan kata itu sendiri atau terbentuk secara menerima imbuhan; sama ada imbuhan awalan, apitan, atau sisipan.
                  Huraikan EMPAT cara mengikut pandangan Ideal, UPM bagaimana kita dapat memastikan kata adjektif sifatan atau keadaan. 
                  Kata adjektif sifatan atau keadaan ialah kata yang memberi pengertian sifatan atau keadaan sebagai unsur keterangan nama.  Kata adjektif jenis ini dapat dilihat melalui empat keadaan iaitu:
                  a) Keadaan sifat atau rupa sesuatu benda yang dapat dilihat seperti menakjubkan, canggih, mempesonakan.
                  b) Keadaan yang dipunyai oleh sesuatu (benda, orang…) seperti cantik, mulia, bersedia, pagan.
                  c) Tanda yang khusus untuk mengenal sesuatu benda.
                  d) Pembawaan seseorang seperti perangai, tabiat atau watak seperti pemurah, pemarah, penyayang, pelupa, ramah.

                  Sedap, lazat, kelat, pahit
                  Molek, buruk, tampan, gagah
                  Nyaring, mersik, garau, lunak
                  Halus, kesat, lembap, licin

                  Jenis Pancaindera
                  Contoh Berkaitan
                  1)      Sentuh
                  halus
                  kesat
                  2)      Pandang
                  molek
                  buruk
                  3)      Rasa
                  sedap
                  lazat
                  4)      Dengar
                  nyaring
                  mersik

                  23. Sintaksis dalam bahasa Melayu ialah cabang ilmu yang mengkaji bentuk, struktur, binaan, atau konstruksi ayat dan juga hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun di dalam ayat.
                  (a) Berdasarkan kenyataan di atas, huraikan apakah yang dimaksudkan dengan subjek dan predikat dalam binaan ayat bahasa Melayu.
                  Subjek ialah konstituen yang sama ada terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang menjadi judul atau unsur yang diterangkan. Manakala Predikat pula merupakan kumpulan perkataan yang tergolong dalam satu frasa dan menjadi unsur yang menerangkan subjek.

                  (b) Setiap ayat yang mengandungi subjek dan predikat juga boleh disongsangkan, iaitu dengan meletakkan sama ada subjek dahulu dan kemudian predikat ataupun predikat dahulu dan kemudian subjek. Dengan berpandukan kenyataan ini, songsangkan ayat-ayat berikut:
                  i. Ali guru mata pelajaran sains di sekolah itu.
                  Guru mata pelajaran sains di sekolah itu Ali.

                  ii. Adik sulungku sedang tidur di serambi rumah.

                  Sedang tidur di serambi rumah adik sulungku.

                  iii. Pegawai kerani di pejabat itu amat rajin dan cekap menggunakan komputer.

                  Amat rajin dan cekap menggunakan komputer di pejabat itu pegawai kerani.

                  iv. Rumah kediamannya di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

                  Di Kampung Baru, Kuala Lumpur rumah kediamannya.

                  24. Dalam bahasa Melayu terdapat dua jenis ragam ayat, iaitu ayat aktif dan ayat pasif.
                  (a) Dengan merujuk kepada kedua-dua ragam ayat tersebut bincangkan DUA perbezaan antara ayat aktif dan ayat pasif dalam bahasa Melayu.
                  Ayat Aktif
                  Ayat Pasif
                  Ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. 
                  Terbentuk daripada ayat aktif transitif dan mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan.
                  Terdiri daripada dua jenis ayat iaitu :
                  i.   Ayat aktif transitif
                  ii.  Ayat aktif tak transitif.
                  Terbahagi kepada tiga iaitu:
                  i.   Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif.
                  ii.  Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kata ganti nama diri kedua.
                  iii.  Ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja.

                  (b) Dengan memberikan contoh yang sesuai bina DUA ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja.
                  Contoh :
                  i. Pencuri itu kena tangkap oleh polis.
                  ii. Budak-budak itu kena kejar oleh anjing.

                  25. Pada dasarnya ayat-ayat dalam bahasa Melayu boleh juga dibahagian kepada dua jenis iaitu, ayat tunggal dan ayat majmuk.
                  (a) Dengan memberikan contoh yang sesuai berikan definisi ayat tunggal dan ayat majmuk bahasa Melayu yang tercatat dalam Tatabahasa Dewan Edisi Baru.
                  Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu klausa sahaja iaitu yang mempunyai satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat. Dari segi binaan ia menyamai binaan ayat dasar iaitu subjek mendahului predikat.
                  Contoh : 
                  i. Dia guru. 
                  ii. Guru itu mengajar di Seremban.

                  Walau bagaimanapun ada juga ayat tunggal di mana predikat mendahului subjek seperti dalam ayat songsang.
                  Contoh:
                  i. Guru dia.
                  ii. Mengajar di Seremban guru itu.
                  Kedua-dua ayat di atas ialah ayat tunggal. Ia bukan ayat dasar. Ia juga merupakan ayat songsang.

                  Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, (Nik Safiah Karim et. al. 2002), mendefinisikan ayat majmuk ialah ayat yang terbentuk daripada gabungan dua atau lebih ayat tunggal. Ayat majmuk juga disebut ayat berlapis. Ayat-ayat yang digabung menggunakan kata penghubung tertentu membentuk kelompok ayat yang besar.

                  Contoh :
                  Ayat tunggal 1     : Saya belajar bersungguh-sungguh.
                  Ayat tunggal 2     : Saya berjaya melanjutkan pengajian di menara gading.
                  Ayat majmuk       : Saya belajar bersungguh-sungguh dan berjaya melanjutkan pengajian di menara gading.
                  Berdasarkan contoh, penggunaan kata hubung dan membentuk ayat majmuk daripada dua ayat tunggal.

                  (b) Huraikan DUA perbezaan antara ayat tunggal dan ayat majmuk bahasa Melayu

                  Ayat Tunggal
                  Ayat Majmuk

                  Ayat tunggal ialah ayat yang terbina daripada dua bahagian iaitu:
                  1. Subjek,
                  2. Predikat.
                  Ayat majmuk ialah ayat yang terbentuk daripada gabungan dua atau lebih ayat tunggal.
                  Ayat tunggal mempunyai dua bentuk susunan, iaitu:
                  1. Susunan biasa,
                  2. Susunan songsang.

                  Terdapat empat jenis ayat majmuk iaitu;
                        a.  Ayat Majmuk Gabungan,
                        b.  Ayat Majmuk Pancangan,
                        c.  Ayat Majmuk Campuran,
                        d.  Ayat Majmuk Pasif.

                  Tiada ulasan:

                  Catat Ulasan

                  LinkWithin

                  Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...