Everything good that happens to you (O Man) is from God, everything bad that happens to you is from your own actions.(Quran 4:79)

Selasa, 17 Ogos 2010

ULANGKAJI HBML1203 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU (i)

BAHAGIAN A


1. Sila lukis gambarajah organ artikulasi dan namakan bahagian-bahagiannya.


Gambarajah Organ Artikulasi


2. Huraikan maksud vokal sengau dan sertakan contohnya sekali.

Dalam penghasilan bunyi-bunyi vokal sengauan, rongga hidung turut terlibat. Lelangit lembut dan anak tekak tidak dinaikkan cukup tinggi untuk menutup rongga hidung. Apabila rongga hidung tidak tertutup rapat, udara keluar dari kedua-dua rongga hidung dan mulut. Kehadirannya dipengaruhi oleh bunyi konsonan sama ada di hadapan atau di belakang vokal itu.

Contoh vokal sengauan ialah :



3.  Apakah diftong? Nyatakan jenisnya.

Diftong ialah gabungan dua vokal yang terdapat di dalam suku kata, yang disebut secara berterusan tanpa ada segmen. Di dalam penghasilannya terdapat ciri geluncuran tetapi ada satu puncak.


4.  Huraikan bagaimana konsonan letupan dihasilkan beserta contoh yang  bersesuaian.

 Konsonan letupan dihasilkan dengan cara udara ditahan dan dilepaskan dengan cepat.


5. Huraikan maksud suprasegmental Bahasa Melayu. 

Suprasegmental bermaksud unsur-unsur bahasa yang terdapat dalam Bahasa Melayu yang terdiri daripada tekanan, nada, jeda dan panjang pendek.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...