Everything good that happens to you (O Man) is from God, everything bad that happens to you is from your own actions.(Quran 4:79)

Sabtu, 7 Ogos 2010

ULANGKAJI HBHE1203 PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN


SET A
BAHAGIAN A


1. Nyatakan DUA (2) daripada empat langkah dalam pembelajaran masteri.
i. Penentuan hasil pembelajaran yang perlu dikuasai pelajar.
ii. Pengajaran dengan kaedah dan aktiviti yang berkesan.
iii. Penilaian dengan ujian diagnostik untuk mengesan tahap penguasaan
iv. Pelaksanaan tindakan susulan yang berupa aktiviti pemulihan bagi pelajar yang belum menguasai hasil pembelajaran dan aktiviti pengukuhan serta pengayaan bagi pelajar yang sudah menguasai hasil pembelajaran yang ditentukan.

 

2. Apakah yang dimaksudkan dengan kecerdasan matematik – logik?
Kebolehan yang dominan di bahagian kiri otak ini membolehkan seseorang menaakul secara deduktif dan induktif serta berfikir secara konseptual dan abstrak. Individu yang cenderung dalam kecerdasan ini boleh menyelesaikan masalah kompleks yang berkaitan dengan matematik dengan mudah serta boleh membuat perkaitan, menyoal, menganalisis, mensintesis, mengira dan menggunakan komputer dengan cekap.


3. Nyatakan DUA (2) faedah pembelajaran secara kontekstual kepada pelajar.
i. mengaitkan pembelajaran dengan pekerjaan
ii. mengaitkan pembelajaran dengan kehidupan harian
iii mengaitkan kandungan pembelajaran dengan pengalaman harian
iv. memindahkan kemahiran
v. meneroka dan mendapatkan bukti



4. Nyatakan DUA (2) kategori gaya pengajaran bagi murid-murid sekolah rendah.
i. Gaya Langsung
Berdasarkan Teori Pembelajaran Tingkahlaku. Pembelajaran dianggap berlaku dari luar ke dalam melalui pembentukan semula peristiwa-peristiwa yang betul (Gallahue, 1996). Lebih berpusatkan guru di mana guru membuat  semua atau sebahagian besar keputusan. Guru dianggap mengetahui pergerakan atau kemahiran yang bakal dilakukan dan cara-cara melakukannya dengan betul.

ii.Gaya Tidak Langsung
Berdasarkan Teori Pembelajaran Kognitif. Pembelajaran dianggap berlaku dari dalam ke luar dan proses pembelajaran sama penting dengan hasil pembelajaran. Pembelajaran berpusatkan murid berdasarkan falsafah seseorang individu mampu mencapai matlamat pembelajaran dengan cara tersendiri. Pembelajaran berlaku melalui pengulangan dan peniruan perlakuan yang betul, percubaan, penyelesaian masalah dan penemuan diri.


5. Berikan DUA (2) pekerjaan yang menunjukkan individu tersebut mempunyai tahap kecerdasan kinestetik yang tinggi.


i. Atlit
ii. Pemain bolasepak
iii. Peninju

(Kebolehan menggunakan sebahagian atau keseluruhan anggota tubuh badan untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah. Cekap mengintepretasi pergerakan anggota atau tubuh. Lebih cenderung melakukan aktiviti yang berkaitan dengan pergerakan badan seperti bersukan, menari, gimrama dan lain-lain. Seseorang individu juga cekap memanipulasi objek fizikal dan dapat mengimbangi antara pergerakan fizikal dengan mental.)


BAHAGIAN B


1. (a) Senaraikan teknik-teknik pengajaran yang boleh digunakan dalam bilik darjah.
i. Perbahasan
ii. Demonstrasi
iii. Perbincangan
iv. Sumbangsaran
v. Penyelesaian Masalah


(b) Berdasarkan jawapan di (a), huraikan SATU (1) daripada teknik tersebut.

Perbahasan
Pengucapan sama ada menyokong atau membangkang sesuatu pendirian dengan alasan yang logik dan idea yang tersusun. Melalui teknik ini pelajar dapat;

i. memperkembangkan kecekapan berkomunikasi dengan berkesan,
ii. berlatih berfikir dengan pantas dan melahirkan buah fikiran dengan tepat dan teratur,
iii. menguasai kemahiran berbahasa dengan menggunakan struktur ayat yang betul dengan laras bahasa yang sesuai,
iv. mengemukakan hujah secara rasional, kritis dan kreatif,
v. melatih kemahiran mendengar, menaakul, berhujah dan membidas.


2. (a) Huraikan bentuk-bentuk pembelajaran yang berlaku dalam proses pembelajaran kontekstual.

• Relating (Menghubungkan) – belajar dalam konteks menghubungkaitkan pengetahuan baru dengan pengalaman hidup
• Experiencing (Mengalami) – belajar dalam konteks eksplorasi, penemuan dan reka cipta
• Applying (Menerapkan) – belajar dalam konteks bagaimana informasi boleh digunakan dalam situasi lain
• Cooperating (bekerja sama) – belajar dalam konteks kerjasama, memberi maklum balas dan berkomunikasi
• Transferring (Mentransfer) – belajar dalam konteks menggunakan pengetahuan sedia ada atau membina pengetahuan daripada apa yang telah diketahui.


(b) Huraikan LIMA (5) faktor perlaksanaan Teori Kecerdasan Pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran.

i. Menyokong pembelajaran bersepadu yang menyeluruh selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan keperluan murid.
ii.  Mempelbagaikan cara penilaian.
iii. Mewujudkan suasana kolaboratif di sekolah.
iv. Menggalakkan inovasi dan penyeledikan baru dalam pengajaran dan pembelajaran.
v. Menerima persamaan dan perbezaan di antara individu dengan mengakui bahawa unik dan belajar dengan cara yang berlainan.



SET B
BAHAGIAN A


1. Senaraikan EMPAT faktor yang membantu proses perlaksanaan pembelajaran dan pengajaran kontekstual.

i. Pembelajaran
ii. Murid
iii. Pengajaran
iv. Guru
v. Sokongan


2. Kenapakah teknik pengajaran penting?

Pelbagai teknik pengajaran dapat membantu guru untuk menyampaikan pengajaran dengan lebih berkesan.bagi memberikan mutu pembelajaran yang berkesan kepada murid. Setiap pengajaran adalah diharapkan akan berlaku proses pembelajaran yang sempurna kepada murid


3. Kenapakah fleksibiliti penting di dalam sukan?

Fleksibiliti atau kelenturan penting kerana kebolehan seseorang meregang otot atau ligament mereka dapat memudahkan atau melicinkan pergerakan semasa bersukan.


4. Terangkan SATU dari empat pendekatan yang dicadangkan UNESCO untuk membangunkan penggunaan ICT di kalangan guru.

i. Peringkat ‘emerging’ (Pengenalan) iaitu memberi tumpuan kepada mengenal fungsi teknikal dan penggunaan ICT dan pengetahuan tentang impak ICT terhadap masyarakat dan sekolah. Guru menggunakan aplikasi ‘Word’ untuk membuat nota pelajaran, mencari maklumat dalam CD Rom atau internet dan berhubung dengan rakan menggunakan e-mail.

ii. Peringkat ‘Applying’ (Aplikasi) iaitu guru menggunakan ICT untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran yang diajar menggunakan pelbagai alat dan sumber ICT. Guru mengintegrasikan ICT untuk mengubah reka bentuk pengajaran atau menggabungkan kaedah lama dengan kaedah yang baru. Guru juga menggunakan ICT dalam program latihan.


5. Dengan ringkas terangkan apa itu pembelajaran masteri.

Pembelajaran masteri adalah satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran di mana
pelajar dapat menguasai apa yang diajar dalam satu unit pembelajaran atau tajuk sebelum ke unit pembelajaran atau tajuk lain.

6. Terangkan konsep kajian masa depan.

i. Berfikir secara kritis dan kreatif serta membuat keputusan tentang hal masa-masa depan.
ii. Berkomunikasi secara berkesan tentang hal-hal masa depan.
iii. Membuat kajian dan mengurus maklumat tentang hal-hal masa depan.
iv. Mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang kajian masa depan.
v. Membina sikap dan nilai tentang masa depan.



7. Apakah kegunaan imaginasi dan kreativiti di dalam kajian masa depan?

Kemahiran imaginasi dan kreativiti membawa kita kepada imaginasi yang tiada had yang mampu menghasilkan idea inovatif.


8. Kenapa proses perbandingan penting di dalam kemahiran berfikir?

Proses ini adalah untuk mencari persamaan dan perbezaan ciri, kualiti, sifat serta unsur objek atau konsep. Kemahiran ini adalah penting untuk membuat pilihan terutamanya apabila terdapat banyak ciri atau kebarangkalian.


9. Apakah strategi metakognitif?

Metakognitif ialah kesedaran tentang apa yang diketahui dan apa yang tidak diketahui. Strategi Metakognitif merujuk kepada cara untuk meningkatkan kesedaran mengenai proses berfikir dan pembelajaran yang berlaku. Apabila kesedaran ini wujud, seseorang dapat mengawal fikirannya dengan merancang, memantau dan menilai apa yang dipelajari.


10. Huraikan SATU ciri guru reflektif.

Guru reflektif merupakan seorang guru yang sering menyoal mengenai tujuan-tujuannya, memantau amalan dan hasilan, mempertimbangkan kesan jangka pendek dan panjang terhadap setiap kanak-kanak.


BAHAGIAN B


1. Pendidikan kesihatan adalah tertakluk kepada polisi dan falsafah pendidikan nasional.


a) Terangkan secara ringkas LIMA komponen yang dirangkumi pendidikan kesihatan.

i. Komposisi badan/kandungan lemak
Kadar relatif otot, lemak, tulang dan tisu-tisu lain yang membentuk tubuh.

ii. Daya tahan kardiovaskular
Keupayaan sistem kardiorespiratori untuk melakukan kerja bagi satu jangkamasa yang lama dan berterusan dengan intensiti kerja yang ringan atau sederhana.

iii. Fleksibiliti / Kelenturan
Membantu tubuh badan bergerak dengan lancar tanpa merasa kekok.

iv. Kekuatan otot
Keupayaan otot untuk mengatasi rintangan bagi menghasilkan daya (kerja).

v. Daya tahan otot
Keupayaan otot untuk melakukan aktiviti fizikal secara berulang atau berterusan bagi satu jangkamasa yang lama dan berterusan dengan intensiti kerja yang ringan atau sederhana.


(b) Bilakan seseorang itu boleh dianggap betul-betul cergas dari segi fizikal?

Seseorang boleh dianggap betul-betu cergas dari segi fizikal bila dapat melakukan aktiviti-aktiviti harian dengan cekap dan bertenaga tanpa rasa keletihan yang keterlaluan dan mempunyai tenaga yang cukup untuk menjalankan aktiviti riadah dan menghadapi cabaran apabila berlaku kecemasan

2. Pendidikan yang paling berjaya adalah pendidikan yang telah menggabungkan perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh.


(a) Apakah bezanya di antara gaya pengajaran langsung dan pengajaran tidak langsung?

Gaya Langsung merupakan gaya pengajaran yang berdasarkan Teori Pembelajaran Tingkahlaku. Pembelajaran dianggap berlaku dari luar ke dalam melalui pembentukan semula peristiwa-peristiwa yang betul (Gallahue, 1996). Lebih berpusatkan guru di mana guru membuat semua atau sebahagian besar keputusan. Guru dianggap mengetahui pergerakan atau kemahiran yang bakal dilakukan dan cara-cara melakukannya dengan betul.

Manakala Gaya Tidak Langsung pula berdasarkan Teori Pembelajaran Kognitif. Pembelajaran dianggap berlaku dari dalam ke luar dan proses pembelajaran sama penting dengan hasil pembelajaran. Pembelajaran berpusatkan murid berdasarkan falsafah seseorang individu mampu mencapai matlamat pembelajaran dengan cara tersendiri. Pembelajaran berlaku melalui pengulangan dan peniruan perlakuan yang betul, percubaan, penyelesaian masalah dan penemuan diri.

(b) Terangkan kepentingan kaedah dan teknik. Kemukakan contoh-contoh dari pendidikan kesihatan untuk menyokong jawapan anda.

Kepelbagaian kaedah dan teknik memberi manfaat sama ada kepada guru mahu pun murid. Penggunaan pelbagai kaedah dan teknik oleh guru dapat mengelakkan kebosanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru dapat memastikan pengajarannya benar-benar memberi kesan sebagaimana yang diharapkannya. Manakala murid pula berupaya mengamalkan apa yang telah dipelajari di sekolah dan mengaplikasikannya pada kehidupan mereka.


(c) Untuk apakah kita gunakan teknik perbahasan.

Melalui teknik perbahasan kita dapat;
i. memperkembangkan kecekapan berkomunikasi dengan berkesan,
ii. melatih berfikir dengan pantas dan melahirkan buah fikiran dengan tepat dan teratur,
iii. menguasai kemahiran berbahasa dengan menggunakan struktur ayat yang betul dengan laras bahasa yang sesuai,
iv. mengemukakan hujah secara rasional, kritis dan kreatif,
v. melatih kemahiran mendengar, menaakul, berhujah dan membidas.


3. (a) Terangkan ide asas teori kecerdasan pelbagai.

Teori tradisional menyatakan bahawa kecerdasan seseorang telah ditetapkan semasa dia dilahirkan. Kecerdasan tersebut meliputi hanya tiga bidang, iaitu bahasa, matematik dan “visual/spatial”. Dr. Howard Gardner yang membuat kajian tentang teori kognitif di Universiti Harvard telah memperkenalkan satu model kecerdasan yang pelbagai jenis.
 

(b) Namakan dan huraikan secara ringkas LIMA bentuk kecerdasan.

i. Kecerdasan Verbal Linguistik
Seseorang yang cenderung dalam kecerdasan ini berfikir menggunakan perkataanuntuk menyampaikan sesuatu secara berkesan samada dalam bentuk lisan atau penulisan.

ii. Kecerdasan Logik Matematik
Kebolehan yang dominan di bahagian kiri otak ini membolehkan seseorang menaakul secara deduktif dan induktif serta berfikir secara konseptual dan abstrak.

iii. Kecerdasan Visual – Ruang
Kecenderungan dalam kecerdasan ini membolehkan seseorang membuat persepsi tentang alam sekitar secara tepat.

iv. Kecerdasan Kinestetik
Kebolehan menggunakan sebahagian atau keseluruhan anggota tubuh badan untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah.

v. Kecerdasan Muzik
Kecerdasan muzik pada seseorang membolehkannya mengesan bunyi tanpa lisan, muzik serta irama yang terdapat di persekitaran.



4. Sebelum pelajar kita dapat berdikari, mereka mungkin perlu diajar cara belajar yang betul.


(a) Terangkan peranan guru di dalam mengajar pelajar cara belajar

i. menilai secara formatif dan sumatif untuk membantu murid mencapai matlamat yang ditetapkan dan merekodkan pencapaian mereka
ii. mengambil tindakan susulan yang sewajarnya terhadap kaedah pembelajaran
iii. menyesuaikan gaya pengajaran guru dengan gaya pembelajaran murid
iv. menentukan objektif pembelajaran yang disasarkan.
v. memilih bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan murid
vi. mempelbagaikan teknik dan aktiviti untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran
vii. melakukan perbincangan dengan murid


(b) Nyatakan peranan murid semasa kita mengajarnya cara belajar.

i murid perlu mengenal pasti kecenderungan gaya pembelajaran
ii membuat penilaian keupayaan diri untuk belajar dan mengambil tindakan seterusnya
iii menetapkan matlamat dan matlamat tersebut sesuai serta diharapkan dapat menjayakannya
iv merancang pembelajaran secara terperinci.



(c) Bagaimanakah anda boleh membantu bina kemahiran mengingat pada pelajar anda?

i Membuat rantaian atau berlawan contoh: piring - cawan
ii Melakar grafik dan ilustrasi – peta, graf dan peta minda
iii Mengingat secara kumpulan – terutama nombor – contoh: nombor telefon: 547 88 345
iv Mengulang
v Melatih tubi
vi Membuat senarai semak



5. (a) Terangkan tujuan menggunaan teori kecerdasan pelbagai untuk mengajar cara belajar.


i. Pembelajaran menyeronokkan di mana murid dan guru berminat untuk ke sekolah dan masalah ponteng kelas berkurangan.
ii. Masa mengajar di dalam kelas dapat dikurangkan dan semua pelajar menunjukkan prestasi yang baik dalam semua mata pelajaran.
iii. Terdapat pencepatan pembelajaran (accelerated learning) berbanding dengan pendekatan pengajaran tradisional.

(b) Terangkan TIGA strategi berfikir kreatif yang boleh anda gunakan di dalam pendidikan kesihatan. Berikan contoh penggunaan strategi-strategi berkenaan.

i. Keupayaan untuk menjana idea
ii. Keupayaan hubungkait

iii. Keupayaan membuat inferens
iv. Keupayaan meramal
v. Keupayaan hipotesis
vi. Keupayaan mensintesis dan mengitlak
vii. Keupayaan gambaran mental
viii. Keupayaan penciptaan untuk penghasilan idea

i. Keupayaan untuk menjana idea
Idea yang berkaitan sesuatu perkara atau objek dicetuskan. Contohnya, cadangan untuk menghiasi sesebuah bangunan.

Proses:
a. Tajuk dicari dan dibincangkan
Membincangkan cara yang hendak digunakan untuk mencantikkan sekolah.

b. Tajuk yang dipilih dikemukakan
- lukisan mural
- menanam pokok bunga
- menghias dan mengecat bangunan sekolah

c. Idea yang dikemukakan dibincang

d. Idea lain yang diperlukan ditambah dan difikirkan
Menanam bunga
-       Sediakan anak benih, bunga
-       Pembinaan taman

e. Proses hubungkait antara idea dibincangkan
Membina taman bunga
Pembinaan yang menarik dapat mencantikkan persekitaran bangunan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...