Everything good that happens to you (O Man) is from God, everything bad that happens to you is from your own actions.(Quran 4:79)

Isnin, 26 Julai 2010

ULANGKAJI SOALAN HBAE1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK (i)


JANUARI 2008 BAHAGIAN A
   
1.Nyatakan EMPAT peringkat teori perkembangan artistik kanak-kanak yang diperkenalkan oleh Georges-Henri Luquet (1926).

a. Peringkat Fortuitous Realism
Merupakan peringkat awal lukisan kanak-kanak di mana imejan yang cuba dihasilkan pada  peringkat contengan telah membentuk imej dan objek yang hampir sama dengan objek sebenar secara tidak sengaja.

b. Peringkat Failed Realism
Imej yang diperolehi secara tidak sengaja diperbaiki dan diperhalusi bagi mendapatkan imej sebenar.
Lukisan yang hampir sama dihasilkan berulang kali tetapi tidak dapat diteruskan kerana  imej objek tersebut kerap berubah daripada imej asal yang diperolehi secara tidak sengaja tadi.

c. Peringkat Intelectual Realism
Kanak-kanak mula melukis mengikut apa yang mereka tahu dan apa yang mereka lihat. Penghasilan karya dalam bentuk ringkas namun dilukis dengan agak baik.

d. Peringkat Visual Realism
Keupayaan kanak-kanak melukis imej yang mempunyai perspektif dan kadar banding.
Percubaan melukis imej 3 dimensi di atas kertas lukisan adalah satu penghasilan yang baik.

2. Di dalam teori Sosial-Interaksi yang diperkenalkan oleh Piaget, terdapat DUA proses yang digunakan oleh individu sepanjang hayat dalam menyesuaikan diri mereka dengan persekitaran. Nyatakan proses-proses tersebut.

a.  Penyerapan (Assimilation)   
Proses penerimaan rangsangan dari luar dan individu mentafsir serta memproses rangsangan mengikut pengalaman sedia ada. 
Individu tidak perlu membuat modifikasi diri kerana pengalaman sedia ada mampu membantu menghadapi rangsangan.

b.  Ubahsuai (Accomodation)  
Penglibatan aktif individu dalam membuat modifikasi tertentu pada diri dan perlakuan agar dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran
Modifikasi terpaksa dibuat kerana individu berhadapan dengan sesuatu yang baru dan belum pernah dialaminya sebelum ini.

3. Unsur-unsur seni reka terdiri daripada enam elemen asas yang penting dalam penggubahan sesuatu karya seni visual. Nyatakan EMPAT daripada enam unsur seni tersebut.

a.  Garisan 
Cantuman dari satu titik ke titik yang lain dengan jarak-jarak tertentu.
Aplikasi berbagai jenis garisan dapat mencipta rupa, jalinan, ton dan corak serta menimbulkan gambaran bentuk, ruang dan gerakan dalam seni visual

b. Rupa
Rupa 2 dimensi (tidak berjisim) yang mempunyai outline dan sempadan yang mengelilinginya. 
Rupa geometri : mempunyai sudut dan penjuru. Rupa organik : bebas dan tidak terikat pada bentuk yang khusus.

c.  Bentuk
Mempunyai sktruktur jisim dan isipadu serta lebih dari satu permukaan datar.
Pelbagai sudut pandangan : karya 3 dimensi, juga disebut bentuk konkrit. Satu sudut pandangan : karya 2 dimensi, juga disebut bentuk ilusi.

d. Jalinan
Kesan rasa dan ekspresi yang terdapat pada permukaan sesuatu objek.
Jalinan sentuh : boleh dirasai melalui sentuhan, contohnya kulit buah durian. Jalinan tampak boleh dilihat tetapi tidak boleh dirasa, contohnya kulit timun.

4.  Pelajar visual secara amnya dapatlah diklasifikasikan sebagai pelajar yang gemar  
menggunakan deria penglihatan lebih daripada deria yang lain untuk mendapatkan maklumat semasa proses pembelajaran berlaku. Jelaskan DUA peranan yang boleh  dimainkan oleh guru di dalam meransang pelajar mempelajari secara visual.

Bagi memastikan pelajar dapat memahami maklumat yang disampaikan serta berlakunya penyerapan maklumat, guru perlu:

a.  Memperbanyakkan paparan visual di dalam pengajaran.
Diagram, video atau carta mempunyai ilustrasi yang menarik untuk menimbulkan rangsangan.

b.  Memberi masa yang secukupnya kepada pelajar untuk menyalin informasi pengajaran dengan cara yang terperinci.
Pelajar dapat belajar secara efektif sekiranya dapt melihat maklumat di dalam format bertulis yang lengkap.
  
5. Jelaskan DUA tahap pemikiran kreatif seperti yang diterangkan oleh Fisher (1943).

a. Peringkat Rangsangan
Pemikiran kreatif dirangsang dengan mengemukakan pelbagai soalan seperti apa, mengapa, siapa dan bagaimana.
Guru perlu merangsang minda murid dengan pelbagai soalan kritikal.Guru juga perlu membantu murid untuk berinteraksi secara aktif dan menjelaskan perasaan ingin tahu murid terhadap sesuatu isu.

b. Peringkat Penerokaan   
Memerlukan pemikiran ke hadapan. 
Eksperimentasi dan kajian dapat membantu kanak-kanak kreatif mencari jawapan dan jalan penyelesaian.

6. Gazalba (1978) mentakrifkan estetik itu sebagai satu cabang ilmu normatif yang membawa nilai-nilai kecantikan dan kebaikan. Senaraikan DUA kepentingan mempelajari estetik.

a. Menghidupkan Suasana Aktif Pembelajaran
Pengalaman estetik yang diterapkan di dalam aktiviti penghasilan karya menjadikan pembelajaran pendidikan seni visual lebih aktif.
Proses pembelajaran estetik yang menggalakkan interaksi di antara murid dan guru menjadikan proses pembelajaran lebih menyeronokkan.

b. Meningkatkan Kefahaman terhadap Imej dan Bahasa Visual
Mempelajari estetik akan membantu murid mempelajari gaya bahasa tampak dan memperkayakan mereka dengan istilah-istilah baru.

7. Nyatakan DUA matlamat utama apresiasi seni.

a. Membina keyakinan seseorang untuk berbincang dan menghuraikan hasil karya
Memahami karya melalui apa yang dilihat secara langsung sama ada melalui perbincangan (lisan), cerita, lakonan, nyanyian, karangan atau puisi.

b. Membina tatabahasa visual dan mempertingkatkan daya estetik seseorang
Dapat mendedahkan seseorang kepada bahasa tampak, contohnya unsur-unsur seni dan prinsip-prinsip rekaan dalam penghasilan sesebuah karya.

8. Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran boleh dibahagikan kepada empat kategori. Senaraikan EMPAT kategori tersebut.

a. Tutorial
Berbentuk penerangan dan menggunakan perisian. Contohnya proses membuat montaj.

b. Penerokaan
Pelajar dibimbing mencari maklumat mengenai sesuatu isi pelajaran. Contohnya, melayari internet untuk mencari maklumat berkaitan montaj atau contoh-contoh montaj.

c. Aplikasi
Maklumat atau bahan yang diperolehi digunakan untuk aktiviti pembelajaran contohnya menghasilkan montaj.

d. Komunikasi
Pelajar bertukar maklumat dengan pelajar lain di lokasi yang berbeza, contohnya bagi mendapatkan hasil yang lebih baik.

9. Kebanyakan sekolah telah menyediakan bilik khas yang diperuntukkan sebagai bilik seni atau studio seni. Berikan EMPAT keperluan asas bilik seni tersebut.

a. Warna Dinding
Penggunaan warna dinding yang sesuai untuk dijadikan latar kepada buletin dan papan notis.

b. Papan Buletin
Digunakan untuk mempamerkan hasil karya pelajar dan tempat menyampaikan maklumat.

c. Pencahayaan
Cahaya lampu dan cahaya semulajadi (dari luar) dapat mempengaruhi sesuatu hasil karya.

d. Bahan Pameran Khas
Ruang pameran khas yang mempamerkan objek semulajadi untuk membangkitkan rasa ingin tahu pelajar.

10. Senaraikan DUA bentuk penilaian alternatif yang disarankan oleh Hurwitz dan Day (2001).

a. Temuramah
Boleh dilaksanakan secara formal dan tidak formal.
Membantu guru memahami dan menyelesaikan masalah pelajar.

b. Perbincangan
Boleh melibatkan sekumpulan murid bagi mendapatkan pandangan mengenai sesuatu perkara.
Pelaksanaan dalam bentuk santai menghasilkan maklum balas yang lebih menarik.

2 ulasan:

  1. berbanyak terima kasih atas bahan yang dipaparkan di dalam laman ini. Minta halalkan ilmu.saya nak exam subject ini esok.(5/8/2012)

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...