Everything good that happens to you (O Man) is from God, everything bad that happens to you is from your own actions.(Quran 4:79)

Selasa, 1 Jun 2010

Daripada Baik Kepada Hebat!!!

Berdasarkan buku yang ditulis oleh Samsudin Wahab, Pensyarah Fakulti Pengurusan dan Teknologi Pejabat di UITM cawangan Terengganu, terdapat 30 cara berfikir untuk menjadi eksekutif cemerlang. Cara pertama yang dinyatakan beliau iaitu "Senyum Sokmo" terasa dekat di hati.

 Senyum Sokmo bermaksud tidak menunjukkan muka yang masam ataupun tarik muka dua belas apabila dipandang orang lain. Orang yang memandang merasa senang dan dapat mengurangkan stres. Malah, orang yang senyum sokmo akan disenangi oleh orang lain. 

Namun perlu diingat, amalan senyum sokmo ini juga menimbulkan tanggapan  negatif segelintir manusia. Besar kemungkinan pengamal prinsip ini dianggap kaki bodek. Penyelesaiannya, think positive (Biarkan apa sahaja tanggapan orang. Bukan matipun orang mengata. Dapat pahala lagi adalah...!)

Manfaat senyum sokmo
1.Melupakan masalah yang ada,
2.Senyuman yang dianggap sedekah ikhlas, pasti dikurniakan pahala, 
3.Wujudkan perasaan menghargai orang lain, 
4.Senyuman adalah salam awal setiap kali berjumpa orang lain, 
5.Senyuman bagai bahasa isyarat yang berkesan. 

** "Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan."




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...