Everything good that happens to you (O Man) is from God, everything bad that happens to you is from your own actions.(Quran 4:79)

Ahad, 31 Januari 2010

Teori Behaviorisme


Teori Behaviorisme

Teori behaviorisme beranggapan bahawa bahasa diperolehi melalui proses pengulangan bahasa dan dikuasai melalui rangsangan dan gerak balas. Golongan ini mementingkan pengukuhan dalam pembelajaran yang dapat ditimbulkan melalui ganjaran.Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bahasa, teori ini menegaskan latihan dan latih tubi pola.

Teori ini juga menekankan kemahiran lisan dalam pengajaran. Prinsip-prinsip pengajaran bahasa dari golongan ini adalah dari pandangan dan pendapat ahli-ahli psikologi dan linguistik Aliran Behaviorisme.

Golongan ini beranggapan bahawa :
Pertama, bahasa yang diutamakan ialah bahasa lisan manakala bahasa tulisan merupakan bahasa kedua penting.Ahli-ahli Behaviorisme menegaskan bahawa pengajaran bahasa mestilah didahului dengan bahasa lisan.Kemudian diikuti dengan bahasa tulisan yang dianggap perkara kedua penting dalam pengajaran dan pembelajaran.

Ini bermakna guru-guru mestilah berusaha untuk membolehkan murid-murid bertutur dalam bahasa itu dahulu dan kemudian baharulah kepada pengajaran membaca dan menulis. Ini hanya dapat dilakukan setelah murid-murid dapat menguasai sistem bahasa dan struktur bahasa.

Kedua, bahasa adalah satu tabiat. Prinsip ini sesuai diterapkan dalam proses pembelajaran kedua. Bagi membentuk biasaan ini latihan dan latih tubi serta perbualan bahasa juga diutamakan. Guru perlu menyusun pelajaran dengan baik dan pengajaran dimulakan daripada pola-pola yang senang kepada yang lebih susah.

Ketiga, pengukuhan adalah satu syarat penting di dalam pembelajaran disebabkan ia merupakan satu alat untuk menentukan pembentukan tingkah laku yang dikehendaki.

Dalam situasi pembelajaran bahasa pengukuh-pengukuhnya adalah pujian, keistemewaan, pengiktirafan, maklum balas, galakan dan sebagainya. Mengikut prinsip ini sesuatu gerak balas yang betul perlu diteguh oleh guru dengan cara memberikan pengukuhan seperti yang disebutkan di atas.

Keempat, latihan pembelajaran adalah latihan yang dikukuhkan. Ia merupakan latihan ulangan sesuatu gerak balas dengan sesuatu rangsangan.Latihan dan latih tubi hendaklah dilakukan dalam keadaan yang bermakna. Ini adalah untuk mengelakkan pelajaran tersebut menjadi bosan.

Peneguhan boleh dilanjutkan oleh guru melalui penggunaan bahan-bahan makmal bahasa. Dalam hal ini, satu model pembelajaran telah dikemukakan oleh Behaviorisme iaitu :


Latihan yang dikukuhkan ---> pembelajaran --->perubahan tingkah laku.

Kelima, model-model bahasa yang terbaik haruslah diutamakan. Dalam  konteks pembelajaran bahasa di sekolah-sekolah, bahasa guru menjadi model yang diikuti oleh pelajar-pelajar. Jika model-model ini menggunakan bahasa yang sama atau mirip-mirip sama dengan bahasa matlamat, maka ini akan menguntungkan pelajar-pelajar itu.

Dan keenam, mewujudkan operasi rangsangan dan tindak balas dalam proses pembelajaran. Bahasa adalah hasil operasi rangsangan dan tindak balas.Pembelajaran bahasa akan lebih berkesan jika kedua-dua unsur ini dapat diwujudkan. Selain bertujuan menghasilkan satu pembentukan tingkah baru yang berkesan, ia juga boleh bertindak sebagai daya penggerak dan meningkatkan minat serta motivasi.

Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan oleh guru untuk mempelbagaikan situasi rangsangan:

Pertama adalah dengan cara mempelbagaikan tingkah laku.

Kedua adalah dengan cara mempelbagaikan pengalihan saluran deria,

Ketiga dengan cara mempelbagaikan pola interaksi guru dan murid,

Keempat dengan cara mempelbagaikan pendekatan,kaedah, teknik, strategi dan alat-alat bantu mengajar.

Berdasarkan teori ini terdapat satu pendekatan yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa iaitu melalui pendekatan induktif. Pendekatan induktif ialah memulakan sesuatu pengajaran itu dengan memberikan contoh-contoh terlebih dahulu dan kemudian baharulah diterangkan. Pendekatan induktif menggunakan model: Contoh ???? Generalisasi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...