Everything good that happens to you (O Man) is from God, everything bad that happens to you is from your own actions.(Quran 4:79)

Jumaat, 22 Januari 2010

HATI BERBUNGA...


Bila jenguk blog M3P petang semalam, diri rasa teruja apabila terpampang nama Rozilah dalam Ruang Sembang-sembang.


Sejak setengah tahun yang lalu hampir setiap hari diluangkan masa untuk menjengah blog yang diusahakan Saidatul Osman (azas@mangs) dengan harapan ada perkhabaran terbaru dari teman-teman yang dirindui sekian lama.

Secara automatik juga, kenangan sebagai pelatih PMS A 88/90 di M3P dulu datang.Setakat ini bekas teman-teman sekelas yang dapat dihubungi semula termasuklah Fashil, Mohd. Desa (Juragan), Kasmawaty (Kak Tie), Azyah (Kak Azyah), Khalid, Salim, Rostam, Farizan (Ijan), Zakaria (Abe Ya) dan Razi.Rahimi dan Suhaimi memang dah biasa jumpa..Tapi, mana perginya kawan2 yang lain? Mana Asli, Ismail, Zulkifli, Siti Khalijah, Nur Ain, Asiah, Roslina, Khairul Anwar, Azhar, Anuar dan lain-lain? Mungkin ada di antara mereka menjadi pemerhati blog?



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...