Everything good that happens to you (O Man) is from God, everything bad that happens to you is from your own actions.(Quran 4:79)

Jumaat, 25 Disember 2009

ULANGKAJI HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN

AWAS! INI BUKAN TOPIK SPOT!

1. Peranan Seni dalam Pendidikan

Hermann (1991) di dalam “Quadrant Concept” yang mengkaji perkembangan otak kanan dan kiri menyatakan bahawa seni membantu pemikiran rasional dan intiutif seseorang individu.

Pandangan ini menyokong peranan Seni dalam Pendidikan, iaitu:

i Menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah lebih seronok.

ii Membantu guru atau pelajar memahami diri sendiri.


iii Membantu perkembangan intelek terutamanya dari aspek menyelesaikan masalah.


iv Memotivasikan guru menjadi kreatif, inovatif, peka, berpersonaliti yang seimbang, berketrampilan dan profesional.


v Membantu perkembangan insan secara seimbang dan menyeluruh.

2. Ciri Pembelajaran Secara Konstruktivisme

Mengikut McBrien dan Brandt(1997), konstruktivisme adalah satu pendekatan pembelajaran berasaskan kepada penelitian tentang bagaimana manusia belajar.

Dari teori ini dapat dirumuskan, pembelajaran secara Konstruktivisme mempunyai ciri-ciri berikut :

i Menggalakkan murid bertanya dengan murid dan guru

ii Menganggap pembelajaran sebagai satu proses yang sama penting dengan hasil pembelajaran


iii Menyokong pembelajaran secara koperatif


iv Menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi murid

v Memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru dengan memahaminya melalui penglibatan murid dengan situasi dunia sebenar


vi Menggalakkan soalan/idea yang dimulakan oleh murid dan menggunakannya sebagai panduan merancang pengguna

vii Mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oleh murid


viii Mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana murid belajar sesuatu idea

ix Menggalakkan proses inkuiri murid melalui kajian dan eksperimen

3. Melodi = mengandungi elemen-elemen pic, skel, jeda, kontur, solfa dan rangkai lagu.

4. Irama = Gabungan pelbagai jenis nilai not muzik.

5. Langkah-langkah yang boleh diambil oleh guru kreatif bagi membantu kumpulan murid yang tidak menguasai kemahiran melompat

(a) Pengenalan Lompatan :

(i) menggunakan carta yang menunjukkan teknik lompatan dan otot-otot yang terlibat.


(b) Ansur maju lompatan :

(i) menghayun tangan ke belakang dan ke hadapan; ke bawah dan ke atas

(ii) membengkokkan lutut dan buku lali dan melonjak dengan kuat

(iii) hulur dan jejak


(c) Permainan :

(i) Melompat anak sungai

(ii) Melompat seperti rusa melompat pagar

(iii) Melompat melakonkan cara kanggaru melompat

(d) Pertandingan :

(i) Melompat ke dalam dan ke luar gelung rotan

(ii) Pemenang kumpulan dinilai melalui pendaratan dua belah kaki,

berdiri tegak dan berdasarkan jumlah kejayaan ahli kumpulan.


6. (a) Kepentingan seni dari aspek jangka panjang

Matlamat Seni Dalam Pendidikan sekolah rendah adalah untuk membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif.

Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran,keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

•menghargai keindahan ciptaan Tuhan.

•memupuk budaya pengamatan, persepsi dan ekspresi dalam proses penghasilan.

•meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi serta kemahiran dalam bidang seni visual, seni muzik dan seni pergerakan yang diamalkan pengajaran dan pembelajaran.

•menggunakan pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi untuk mengekspresikan hasilan kerja.

•membuat diskripsi, analisis, interpretasi dan penilaian terhadap karya seni yang dibuat.

•menghargai sumbangan dan pengaruh tokoh-tokoh seni visual, seni muzik dan seni pergerakan.


•menjadikan Seni Dalam Pendidikan sebagai tunjang dalam kerjaya keguruan.

•menyedari dan menghargai suasana seni dalam persekitaran dan kaitannya dengan keselesaan hidup.

•membina jati diri ke arah pembentukan negara bangsa.

•mengintegrasi Seni Dalam Pendidikan dengan mata pelajaran lain melalui aktiviti yang diadaptasi dan diubahsuai selaras dengan hasrat kurikulum kebangsaan.

•membina dan mengamal nilai-nilai murni melalui pelbagai pengalaman seni visual, seni muzik dan seni pergerakan.

(b) Pendapat tokoh-tokoh

(i) Seni Muzik


Shinuchi Suzuki berpendapat bahawa pendidikan muzik harus bermula dari peringkat awal kanak-kanak dan pengajaran muzik perlu dimulakan dengan bermain secara menghafal ‘rote playing’ sebelum menerima pembelajaran notasi formal ‘note’. Mendengar muzik secara berulang kali atau berkali-kali atau secara bertubi-tubi dianggap amat penting. Pendapat ini mengenengahkan teori pembelajaran berasaskan otak kanan dan otak kiri. (hoka dan hoki)

(ii) Seni Pergerakan


Einstein mengatakan bahawa setiap pergerakan mendapat kawalan yang dipantau oleh otak kiri dan kanan melalui proses mengimaginasi. Seterusnya, pergerakan-pergerakan kreatif sebenarnya berlaku melalui proses menakkul dan pertimbangan-pertimbangan rasional mengenai apa yang kita ingin lakukan.

Gardner berpendapat bahawa otak yang kreatif seringkali menghasilkan pergerakan-pergerakan yang menarik dan seterusnya dapat membina kemahiran-kemahiran yang berbagai.


(iv) Seni Visual

Eisner (1980) juga mendapati bahawa kanak-kanak sering berhadapan dengan masalah membina kemampuannya dalam membuat huraian dan seterusnya cuba membina suatu konsep yang sempurna.

Fenomena ini terjadi ketika kanak-kanak membuat pengamatan, membuat taksiran dan tanggapan dan seterusnya membina konsep.

Brown (1980) mendapati bahawa pengalaman kanak-kanak dalam memerhati ketika melukis atau membuat lakaran dapat meningkatkan kebolehan mereka dalam pengamatan dan memperkaya pengetahuannya tentang perbezaan-perbezaan setiap objek atau imej tampak di sekeliling mereka. Jika kanak-kanak diberi pendedahan kaedah dan teknik yang sempurna, mereka akan berkeupayaan mengembangkan pemikiran yang kritis.

7.(a)Nyanyian
Bidang nyanyian memberi penumpuan dan penegasan kepada aspek postur, pendengaran, sebutan, pernafasan dan eknik pengeluaran suara. Kegiatan ensemble vokal diadakan bagi memastikan penglibatan semua pelajar secara harmonis dan seimbang.

Antara kegiatan yang diadakan adalah seperti berikut;

Mari Menyanyi
 (i)Menyanyi lagu yang digemari-lagu beraksi
•lagu berentak tradisional
•lagu pusingan dan
•lagu suara berlapis

(ii) Menyanyi secara spontan dan hafalan

(iii) Menyanyi dengan menggunakan skor muzik

Menyanyi Secara Muzikal
(i) Menyanyi lagu dalam pelbagai meter dengan memberi penegasan kepada tekanan dan latihan sebutan berirama

(ii)Menyanyi pelbagai jenis lagu dengan memberi tumpuan kepada:
•pic, tempo,corak irama, melodi; dan
•ekspresi mengikut mud dan dinamik.

Teknik dan Cara Menyanyi

(i) Membuat latihan vokal dengan memberi tumpuan kepada latihan skel dan warna ton

(ii)Membuat latihan teknik menyanyi untuk mengenal bentuk kontur, urutan dan rangkai lagu dengan tumpuan kepada;
•pernafasan
•pengeluaran suara
•artikulasi
•sebutan, dan
•postur.

Meneroka dan Mengenal Muzik Nyanyian
(i) Mendengar dan menyanyi dalam beberapa jenis jalinan suara seperti monofoni dan polifoni.


(ii) Membuat pelbagai improvisasi dengan mengolah konsep muzik seperti pic, irama dan lirik seperti cara nyanyiannya.

(iii)Mendengar dan menilai pelbagai jenis lagu dan nyanyian dari aspek;
•Lirik;
•Melodi;
•cara menyanyi: dan
•cara persembahan

(iv) Mendengar secara bebas dan berpandu dengan memberi perhatian kepada konsep muzik dan jenis muzik vokal

(v) Berbual mengenai sesuatu lagu dari segi cara hidup, alam sekitar, lagenda dan tokoh.

(vi) Memberi respon mengikut lagu dari segi perasaan dan pengalaman diri.

(vii)Mendengar dan mengenali pelbagai jenis lagu yang berunsur tradisional dan lagu dari negara lain.

(b) Pergerakan
Pergerakan ialah interpretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan secara simbolik. Terdapat empat unsur pergerakan iaitu;

•Imbangan berat badan
•Ruang
•Masa
•Daya/ aliran.


(i)Imbangan Berat Badan
Faktor ini ada kaitannya dengan tenaga bila bergerak, tegang dalam otot dan pegangan. Bahagian anggota bawah badan (paras pusat ke bawah) mencerminkan tenaga kekuatan manakala bahagian anggota atas badan (paras pusat ke atas) mencerminkan keringanan. Pergerakan yang kuat memerlukan tenaga otot dan ketegangan otot tetapi pergerakan yang ringan memerlukan sedikit sahaja tenaga otot.

(ii)Ruang
Pastikan ada ruang di sekeliling angota badan. Dari satu tempat yang tetap kita boleh menggerakkan badan ke merata-rata arah dan aras tertentu. Ruang ini dinamakan “lingkungan pergerakan”. Pergerakan ini boleh dibuat mengikut cara-cara berikut:
•Dari jauh menuju ke pusat badan
•Dalam ruang yang ada mengelilingi badan, bergerak mengikut aras
•Dengan kaki, tangan, dekat atau jauh dari badan. Apabila sesuatu pergerakan badan boleh dibuat dalam ruang, badan boleh membuat pelbagai bentuk seperti panjang, bulat, luas dan sebagainya

Bila sahaja badan digerakkan, ia bergerak ke kawasan umum. Beberapa pergerakan boleh dibuat dalam beberapa arah seperti ke depan, belakang, sisi, atas dan bawah. Aras tinggi boleh dicapai dengan menghulur, melonjak dan berguling di atas lantai.

(iii)Masa
Faktor ini melibatkan pergerakan yang cerdas dan banyak apabila membuat sesuatu pergerakan. Tiap-tiap pergerakan menggunakan masa, pergerakan yang cepat menggunakan sedikit masa dan pergerakan yang lambat menggunakan banyak masa.

Kederasan pergerakan itu atau punurutan pergerakan tidak semestinya berterusan. Had kederasan boleh dibentuk menjadi rentak. Kualiti masa boleh ditunjukkan dengan pergerakan kawal lambat atau serta merta.

Mengawal kederasan pergerakan amat penting untuk mengelakkan kemalangan. Kebolehan mempercepat atau melambat, memberhenti atau memulakan sesuatu pergerakanserta merta sangat perlu untuk kawalan dan kemahiran dalam pergerakan.

(iv)Aliran
Aliran pergerakan boleh dikawal atau bebas. Pergerakan terkawal ialah pergerakan yang boleh diberhentikan dengan mudah pada bila-bila masa sahaja.

Pergerakan bebas susah hendak diberhentikan dengan serta merta. Aliran pergerakan dalam satu gerakan atau beberapa gerakan boleh berpanjangan atau terputus. Pergerakan yang berpanjangan boleh melicinkan gerakan itu.

8. (a) Kemahiran Asas Pergerakan
Keupayaan kanak-kanak memupuk kemahiran pergerakan yang lebih kompleks terletak kepada pemupukan kemahiran-kemahiran yang berikut:
• Berjalan
• Berlari
• Melonjak
• Melompat
• Gallop (berjalan seperti kuda)
• Skip

(i) Berjalan
Berjalan ialah kemahiran yang paling asas yakni kita banyak melakukannya dalam kehidupan kita sehari-hari. Banyak kanak-kanak mempunyai tabiat yang salah. Hal ini biasanya memenatkan beberapa bahagian badan yang lain, selain kaki, dan juga menggunakan tenaga berlebihan yang sepatutnya boleh dikurangkan. Imbangan badan yang betul semasa berjalan dan mekanisme yang sesuai boleh membuat seseorang itu berjalan dengan gaya yang betul.

(ii) Berlari
Pola berlari adalah sama dengan pola berjalan.Yang berbeza ialah semasa berlari ada ketikanya kaki tidak menahan berat badan kerana kaki dan seluruh anggota terangkat daripada mencecah bumi. Lutut lebih kerap diangkat dan dibawa kea rah hadapan. Tangan dibengkokkan di bahagian siku sambil diayun ke arah hadapan dan belakang bertukar ganti dengan arah pergerakan kaki


(iii) Berlari serta Berlonjak (LEAP)
Berlari serta berlonjak hamper menyerupai pergerakan berlari, cuma ketika berlari pergerakan buku lali dan lutut menjadi lebih kerap supaya lebih banyak pergerakan meninggi dapat dicapai. Semasa berlari, lutut di angkat ke hadapan dan kemudian kaki dihulur untuk mencecah tempat berpijak. Kaki belakang bengkok serta terangkat daripada tanah setelah mengambil kekuatan atau lanjuran untuk bergerak maju. Lonjakan adalah daripada satu kaki dan pendaratan adalah di atas kaki yang satu lagi.Kebiasaanya lonjakan didahului dengan satu atau beberapa langkah larian supaya mendapat lonjakan yang sempurna.


(iv) Lompatan
Lompatan ialah pergerakan yang mengangkat badan ke udara daripada tempat berpijak dengan tolakan / lonjakan sebelah atau kedua-dua belah kaki. Badan berada di udara buat seketika, kemudian turun semula di atas sebelah atau kedua-dua kaki. Tujuan lompatan mungkin untuk menguasai jarak hadapan atau ketinggian lompatan

(v) Melompat Ketingting
Melompat menggunakan sebelah kaki sahaja. Selepas itu, kaki yang sama akan mendarat semula. Lutut kaki yang tidak digunakan hendaklah dibengkokkan supaya kakinya tidak mencecah tanah. Kaki didaratkan di atas ibu jari dahulu, kemudian hujung tapak dan tumit di atas tanah.

(vi) Gallop
• Satu kaki bergerak ke hadapan dan berat badan dipindah padanya.Kaki belakang digerakkan ke hadapan di belakang tumit kaki hadapan. Dengan pergerakan yang pantas, kedua-dua kaki diangkat ke hadapan dan berat badan diletakkan pada kaki belakang.
• Menolak dan mendarat dengan bebola kaki belakang dan mendarat dengan bebola kaki hadapan. Lutut dan pergelangan kaki dibengkokkan semasa pergerakan dilakukan.

(vii) Skip
• Pergerakan kaki – satu langkah kaki kanan diambil dahulu kemudian diikuti dengan hop kaki yang sama kemudian kaki kiri melakukan langkah yang sama.
• Tangan dihayun ke hadapan dan ke atas tangan yang bertentangan dengan kaki hadapan yang dihayun. Hayunan tangan berfungsi untuk memberi imbangan dan momentum semasa fasa hop.
• Berat badan sentiasa di bebola kaki pada sepanjang pergerakan.


(b) Persepsi Motor
Berikut adalah kemahiran-kemahiran persepsi-motor:
• Mengimbang
• Kesedaran badan
• Kesedaran ruang
• Kesedaran hala datar (laterality)
• Kesedaran arah (directionality)
• Kordinasi tangan-mata atau kaki-mata

(i) Mengimbang
Mengimbang boleh dibina melalui berdiri di atas sebelah kaki atau ketingting atau berjalan di atas palang pengimbang. Penggabungan aktiviti-aktiviti mengimbang dengan permainan lebih menyeronokkan bagi pelajar. Pelajar berpeluang membayangkan diri mereka sebagai ahli sarkas yang berjalan di atas tali atau mengimbang di atas sebelah kaki di atas belakang kuda sarkas.

(ii) Kesedaran Badan
Kesedaran badan merupakan persepsi tentang diri sendiri:
• Saiz
• Pengetahuan tentang bahagian-bahagian tubuh badan serta perkaitannya di antara satu dengan yang lain
• Berupaya melakukan pergerakan membongkok, melurus, memusing, mengilas dan menggerakkan badan.
• Perasaan timbul ketika berada dalam kedudukan yang berbeza-beza.

Kesedaran ini adalah penting bagi pemahaman pelajar tentang potensi pergerakannya. Ada banyak cara bagi membina kesedaran tentang kewujudan diri. Salah satu daripada caranya ialah melalui aktiviti yang melibatkan bahagian-bahagian tertentu badan. Pelajar boleh disoal, “Berapa carakah boleh anda gerakkan kepala anda?” atau “Bolehkah anda menyentuh kaki kiri anda dengan tangan anda?”

(iii) Kesedaran Ruang
Kita hidup di dalam ruangan dan tubuh badan kita mengisi ruangan tersebut. Apabila kita bergerak, kita sebenarnya bergerak melalui ruang dan tubuh badan kita memenuhi ruang seperti juga benda-benda lain yang berada dipersekitaran kita. Kita juga menyedari tubuh badan kita serta perkaitannya di antara benda-benda disekitar. Hal ini merupakan konsep asas yang perlu di terokai oleh pelajar supaya mereka boleh menyedari tentang keadaan zahir tubuh badan mereka yang sebenarnya.

Pelajar digalakkan untuk menerokai persekitaranya. Guru menyuruh pelajar melunjurkan kaki dan tangan yang boleh dilunjurkan ke hala semua arah. Dengan cara ini mereka akan lebih menyedari saiz ruang diri persendirian mereka semasa tidak bergerak. Pelajar juga digalakkan untuk bergerak bebas di dalam ruang yang wujud di luar persendirian mereka.

(iv) Kesedaran Hala Datar (Laterality)
Hal ini merupakan kesedaran tentang wujudnya arah kanan dan kiri di sisi tubuh badan seseorang. Dengan ini seseorang dapat mengawal pergerakan daripada kedua-dua belah bahagian tubuh badan secara serentak atau secara berasingan.

Sebarang latihan yang memerlukan kordinasi bahagian kiri dan kanan tubuh badan atau pergerakan yang bertentangan iaitu tangan atau lengan kanan dan kaki kiri bersama-sama digunakan akan menolong mengembangkan kesedaran hala datar pelajar (sense of laterality). Permainan seperti Angels in the snow sesuai bagi tujuan ini. Dalam permainan ini, pelajar disuruh menelentang di lantai dan menggerakkan kaki serta tangan membentuk gerakan membulat (circular movement) mengikut arahan yang diberikan oleh guru.

(v) Kesedaran Arah
Kesedaran ini membolehkan seseorang menyedari arah ke kiri, kanan atas, bawah hadapan dan belakang di dalam ruang persekitarannya. Kesedaran luaran arah ini terbina daripada kesedaran dalaman yang dikenali sebagai kesedaran hala-datar.

Pelbagai jenis penerokaan pergerakan dapat menggerakkan perkembangan kesedaran arah ini. Umpamanya bergerak ke ahadapn, ke belakang, ke kiri, ke kanan, ke atas, dan ke bawah boleh membina kesedaran arah. Melalui pergerakan seumpama ini pelajar dapat membiasakan dan menyesuaikan pengalaman yang diperlukan apabila memerhati baris-baris perkataan di dalam muka surat bercetak iaitu semasa membaca.

(vi) Kordinasi Tangan-mata atau Kaki-mata
Tujuan melakukan sesuatu pergerakan hanya akan tercapai jika kordinasi diantara pergerakan bahagian-bahagian badan disempurnakan dengan baik. Interaksi ini haruslah dilakukan dengan mudah, cekap dan tepat. Ini melibatkan interaksi yang licin di antara kumpulan-kumpulan otot imbangan yang sempurna dan turutan jangkaan yang betul

Permainan bola merupakan kordinasi tangan-mata yang amat baik. Pelajar melambungkan dan menyambut dengan kedua-dua belah tangan atau melambungkan dengan sebelah tangan dan menyambutnya dengan tangan yang sebelah lagi. Permainan yang melibatkan sepakan pula adalah baik bagi kordinasi kaki-mata. Pelajar boleh menyepak bola ke arah sasaran yang tidak bergerak atau ke arah gawang gol.

9. (a) Interpretasi idea dan hubungannya dengan kreativiti
Mengikut Torrance (1969), ciri-ciri berikut yang terdapat pada para pelajar membantu untuk mereka belajar secara kreatif.
• Mampu menumpukan perhatian dalam jangka masa yang lama
• Keupayaan untuk menyusun
• Melihat dari sudut atau perspektif yang berlainan
• Meneroka sebelum pengajaran formal
• Menggunakan ”silence” dan ”hesitation”
• Melihat dengan lebih dekat
• Menggunakan fantasi dan imaginasi untuk menyelesaikan masalah
• Bercerita dan menyanyi.

Malah menurut ahli sains terkemuka, Albert Einstein, imaginasilah penggerak kepada kreativiti. Kecenderungan pelajar meneroka dan berangan-angan tentang persekitaran mereka menjadikan mereka golongan yang kreatif dan kekreatifan mereka tidak mengenal sempadan.

Ini menepati pendapat Gardner (1993), kreativiti adalah aspek yang penting dalam fungsi kognitif. Aspek kreatif otak ini boleh membantu menerang dan menterjemahkan konsep-konsep abstrak dengan melibatkan kemahiran-kemahiran seperti ingin tahu, penerokaan, penciptaan, kekaguman dan minat.

(b) Maksud Perasaan dan Tanggapan
Perasaan adalah bayangan atau gambaran reaksi yang muncul secara tiba-tiba apabila emosi atau keadaan mental seseorang mengalami sesuatu benda atau keadaan. Benda atau keadaan yang dialami itu merupakan rangsangan yang melahirkan tanggapan.
Perasaan dan tanggapan mempunyai kaitan dengan perkembangan kreativiti pelajar. Lowenfield dan Brittain (1982) mencadangkan empat peringkat dalam perkembangan kreativiti pelajar.

a) Peringkat ’scribbling’ di mana pelajar meneroka alam sekitar dengan menggunakan panca indera yang dijelmakan melalui lakaran-lakaran secara rawak. Mereka meneroka dengan warna, ruang dan bahan-bahan 3D. Lakaran ini kemudian menjadi lebih sistematik dan terkawal.
b) Pra-skema: Pelajar cuba menggambarkan pengalaman mereka.
c) Skema: Pelajar meneroka cara dan kaedah baru, mencari pola untuk menerangkan perhubungannya dengan alam sekitar. Peringkat ini pelajar telah mula menggunakan simbol.
d) Realisme visual: Pelajar mula menyedari peranan kumpulan sosial. Menunjukkan minat untuk bekerja dan boleh mengawal pearasaan dalam kumpulan yang tidak dikawal oleh orang dewasa. Lukisan menjadi lebih realistik dalam menggambarkan pengalaman sebenar.

Dalam melalui peringkat perkembangan ini pelajar mempelajari juga tentang diri mereka melalui ekspresi yang dijelmakan atau yang dihasilkan.
Sebagi guru, kita seharusnya menggalakkan keunikan dan keaslian idea pelajar supaya mereka tidak beranggapan bahawa mereka perlu meniru dan mempunyai idea yang sama dengan kanak-kanak lain.


10. (a) Contoh pelajaran Sains yang mengintegrasikan aktiviti- aktiviti Muzik, Seni Visual dan Pendidikan Jasmani:

Tajuk : Bahagian-bahagian pokok.

Tema persekitaran : Hutan
Murid diperkenalkan tentang pokok-pokok yang terdapat dalam hutan melalui gambar, rakaman video, penerangan dan sebagainya. Selepas itu, murid diminta melakukan pergerakan berkaitan dengan pokok diiringi muzik yang dihasilkan dengan pelbagai alat perkusi.

Pendidikan Jasmani (Pergerakan) :
(a) Cara dahan-dahan bergerak semasa angin bertiup,
(b) Memungut daun-daun yang gugur pada aras yang berbeza tinggi, rendah, berterbangan.

Pendidikan Muzik :
(a) Bunyi yang kuat --- pokok tumbang
(b) Bunyi yang lembut --- daun gugur,angin bertiup

Pendidikan Seni Visual :
(a) Mewarna dan menggambarkan perasaan seperti gembira, marah dengan menggunakan sapuan berus dengan pelbagai warna.

Pelajaran diteruskan dengan aktiviti-aktiviti lain seperti penerangan dalam kumpulan, sumbangsaran tentang aktiviti yang telah dibuat.

11. (a) Unsur-unsur Muzik
(i) Melodi
Mengandungi pic rendah, sederhana dan tinggi. Contohnya lagu ‘Rasa Sayang’.
Pic adalah sesuatu bunyi yang tinggi atau rendah.
Jeda ialah jarak pic di antara dua not. Contoh jeda iaitu do re mi (jeda tiga).
Skel ialah susunan lapan not dalam satu tanda nada dimainkan mengikut langkah tertentu. Contoh skel C major.
Solfa ialah nyanyian pic menggunakan sebutan not C.

(ii) Harmoni
Gabungan dua atau lebih not yang dibunyikan bersama atau serentak. Gabungan not-not ini akan membentukkan kod. Kegunaan kod adalah untuk mengiringi melodi.
Triad: Gabungan tiga not maka terjadilah kod. Untuk membentuk triad not yang digunakan adalah not asas, not ketiga dan not kelima dari satu skel.
Arpeggio: Not-not dalam sesuatu kod boleh dimainkan secara satu persatu, menaik atau menurun. Susunan not secara ini dinamakan arpeggio atau kod curai.
Pergerakan kod: Apabila satu kod bergerak kesatu kod yang lain, ianya disebut sebagai pergerakan kod. Di antara pergerakan kod yang lazim digunakan adalah pergerakan kod I –IV –V. Kod-kod ini dinamakan sebagai kod primer.

(iii) Irama
Gabungan pelbagai jenis nilai not muzik yang berbeza akan menghasilkan irama yang berbeza.
Detik : Bit yang konsisten. Contoh denyutan jantung.
Meter : Masa bagi mengawal muzik
Corak Irama : Gabungan nilai not yang berbeza akan menghasilkan corak irama yang berbeza.
Rentak : Corak irama tertentu yang digunakan untuk mengiringi nyanyian atau permainan alat. Contoh rentak masri.
Tempo : Kelajuan sesebuah lagu atau muzik. Contoh allegro (cepat) moderato (moderate pace).

(iv) Ekspresi
Merupakan ciri muzikal yang mempengaruhi sesuatu persembahan vokal atau instrumental. Ciri muzikal ini ialah dinamiks, istilah dan tanda isyarat. Gabungan aplikasi ciri muzikal boleh menghasilkan interpretasi tersendiri.
Dinamiks : Simbol-simbol yang berkaitan dengan bunyi kuat atau lembut dalam Muzik.

(v) Bentuk
Karya muzik mempunyai susunan struktur tersendiri. Karya yang mempunyai struktur dua bahagian dinamakan binari atau bentuk AB.
Contohnya:
Penyusunan idea muzik dalam bentuk berikut:
• Bentuk dua bahagian
• Bentuk tiga bahagian
• Bentuk rondo
• Bentuk strofik
• Bentuk tradisional


(vi) Warna Ton
Bunyi mempunyai sifat dan kualiti tersendiri dan ini dinamakan warna ton dalam muzik.
Contoh bunyi yang mempunyai warna ton yang berbeza ialah:
• Suara lelaki dengan suara perempuan;
• Suara perempuan dengan suara pelajar;
• Suara orang menjerit dengan suara berbisik;
• Tepukan tangan dengan petikan jari;
• Ketukan batu dengan ketukan kayu.

Warna ton bagi bunyi berbeza, berdasarkan bahan pembuatan alat tersebut serta cara ianya dimainkan. Warna ton dalam sesuatu muzik adalah seakan-akan sama seperti warna ton dalam sesebuah lukisan. Perkataan yang digunakan untuk menerangkan warna ton bunyi ialah seperti lembut, kasar, nyaring, garau, halus, terang, ringan dan berat.

(vii) Jalinan
Jalinan muzik merupakan satu ciri cara pemuzik mengadunkan bunyi muzik agar menjadi lebih menarik dan diminati ramai.
Jalinan boleh dibahagikan kepada;
• Monofoni :
Apabila muzik itu hanya pada melodi sahaja iaitu tanpa ada alat iringan atau hanya mempunyai satu bunyi sahaja. Tiada iringan (no accompaniment) Penggunaan satu alat muzik sahaja
.
• Homofoni :

Apabila melodi diringi oleh alat muzikal yang berharmoni yang mempunyai kod seperti gitar, piano, organ dan sebagainya.

• Polifoni :

Apabila satu atau dua melodi dibunyiikan berterusan dengan menggunakan alat iringan.


12. (a) Intersubjectivity ( Penghubungkaitan )
Penghubungkaitan adalah satu cara untuk menyelesaikan masalah dan ia sentiasa berkait rapat antara satu sama lain tanpa ada yang menimbulkan masalah.

Tujuan :
(i) Untuk meningkatkan tahap kefahaman terhadap sesuatu matapelajaran melalui jaringan khusus dari segi kemahiran- kemahiran pada setiap matapelajaran.
(ii) Memudahkan pelajar untuk mengingat sesuatu matapelajaran contohnya melalui aplikasi pengurusan grafik
(iii) Melatih minda pelajar supaya bergerak secara aktif dan bertindak secara kreatif.
(iv) Menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan melalui pendekatan penghubungkaitan.

Langkah-langkah Pelaksanaan
i) Menghubungkait Pengetahuan dalam Berbagai Matapelajaran
Proses penghubungkaitan pengetahuan dalam matapelajaran adalah berfokuskan matlamat terakhirnya.

ii) Menghubungkait Kemahiran dalam Berbagai Matapelajaran
Dengan adanya penghubungkaitan kemahiran dalam berbagai matapelajaran akan dapat menghubungkaitkan sesuatu yang dipelajari dengan kehidupan yang sebenar.

iii) Menentukan Hasil Pembelajaran
Matlamat pembelajaran atau objektif yang perlu diperolehi secara eksplisit dan implisit. Hasil pembelajaran akibat daripada penghubungkaitan itu akan membuatkan sesuatu pembelajaran itu akan menjadi lebih efektif.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...