Everything good that happens to you (O Man) is from God, everything bad that happens to you is from your own actions.(Quran 4:79)

Jumaat, 25 September 2009

Kenangan Aidil Fitri

Alhamdulillah, Tuhan Maha Menentukan. Rupanya keputusan kami terpaksa membatalkan perjalanan ke Gua Musang, ada hikmah di sebaliknya. Tanpa diduga kami telah dikunjungi pasangan Zakaria dan Farizan bersama cahayamata mereka.



Mereka sebenarnya dalam perjalanan pulang dari Kuala Kangsar, Perak (kampung Farizan@Ijan) ke rumah mereka di Ajil, Terengganu. Pasangan bahagia ini dikurniakan enam orang cahayamata yang terdiri daripada 2 teruna tampan dan 4 dara menawan (mewarisi gen bapa dan ibu).


Kunjungan yang hampir 2 jam, amat bermakna. Diharap Ijan dan Ya tidak serik untuk bertandang ke rumah kami lagi di lain masa. Terimakasih di atas kunjungan kalian. Moga ikatan Silaturrahim antara kita berkekalan. Amin.














Kunjungan keluarga kekanda kedua (Raja Aziz) turut menggembirakan kami sekeluarga. Hati rasa terharu kerana kesudian mereka mengunjungi kami biarpun terpaksa melalui perjalanan jauh yang amat memenatkan. Alhamdulillah ini adalah kunjungan pertama Raja Faisal.
Raja Farid dan Raja Farah serta
3 orang sepupu mereka.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...