Everything good that happens to you (O Man) is from God, everything bad that happens to you is from your own actions.(Quran 4:79)

Khamis, 16 Julai 2009

Tahukah Anda


"Sesungguhnya kami menunjukkan jalan kepadanya, adakalanya dia tahu berterima kasih dan ada yang tidak tahu berterima kasih."
-Surah al Insan, ayat 3



Sesiapa yang mengekalkan membaca Al Fatihah di antara sembahyang sunat Subuh dengan Fardhu Subuh sebanyak 41 kali, maka fadhilatnya ialah:

Meminta pangkat melainkan dapat.
- Ia miskin melainkan kaya.
- Ia berhutang melainkan dibayar Allah akan hutangnya
- Ia sakit melainkan disembuhkan Allah.
- Ia lemah malainkan dikuatkan Allah.
- Ia berdagang di negeri orang,melainkan dimuliakan, dikasihi dan sampai cita-cita.

Berkata beberapa ulama termasuk beberapa orang murid kepada al-Sheikh al-Tamimi menyatakan:
“Suatu masa penyakit Taun dan wabak telah menyerang negeri Maltan dengan dahsyatnya kerana itu beberapa banyak kematian telah berlaku di negeri itu pada setiap hari.”

“Lalu Tuan Sheikh al-Tamimi meminta sahabat dan muridnya membaca Fatihah ke atas sesiapa yang dihinggapi oleh penyakit Taun dan wabak tersebut.”

“Maka kami pun membaca dan meniupkannya ke atas orang sakit itu, seketika lamanya kami lihat orang sakit itu pun sembuh dang penyakitnya berkurangan.”

Begitulah Fadhilatnya sesiapa yang membaca 41 kali Fatihah ke atas seorang yang sakit setelah itu dihembuskan kepadanya, Insya Allah afiat

AIR FATIHAH

Ibnu Abas r.a mennyatakan ,Saidina Hassan bin Ali r.a cucu kepada Rasulallah telah sakit. Rasulullah melihat cucunya sakit, mengambil air dan membacakan fatihah dan membacakan 40 kali dalam saru bekas, kemudain air itu disapukan ke muka, kepala dan dua belah tangan dan kaki serta perut dan mana-mana angota yang nyata. Dengan berkat fatihah itu sembuhlah penyakitnya.

Demikianlah, sesiapa sahaja yang mengidap sesuatu penyakit bacakanlah Fatihah sebanyak yang tersebut setelah itu bacakan serapah ini:

Ya Allah sembuhkanlah kerana Engkau Maha Penyembuh. Ya Allah lindungkan kerana Engkau Maha Pelindung. Ya Allah pulihkan kerana Engkau Maha Pemulih.

Diberi minum air Fatihah itu kepada orang yang mengidap penyakit dan sapukan ke mukanya serta ke serata tubuh badannya, Insya Allah akan afiat.

MELEPASKAN DIRI DARI BELENGGU ATAU TERIKAT

Apabila sesaorang itu terikat atau terbelenggu, hendaklah dibacakan Fatihah 121 kali, kemudian dihembuskan keatas ikatan atau belenggu itu.

Insya Allah akan terurai ikatan atau belunggu tersebut dengan izin Allah terlepas.

FATIHAH SEBAGAI PENDINDING SEMASA TIDUR

Sesiapa membaca Fatihah sekali tatkala ia meletakkan kepalanya kerana hendak tidur,kemudian ia membaca

Qulhuallah 3 kali,
surah alFalaq sekali
surah anNas sekali

terselamat ia dari segala kejahatan dan mudharat serta menjadi dinding dari hantu syaitan dan segala makhluk yang akan merasuksemasa tidur.

FATIHAH SEBAGAI PENERANG HATI

Jika dibacakan Fatihah:

70 kali sehari selama 7 hari pada suatu bekas yang berisi air kemudian dihembuskan kedalam air itu dan diberi minum kepada sesiapa yang kurang baik otaknya sama ada ia bebal, bodoh atau gelap hati.

Insya Allah akan dibukakan Allah pintu hatinya dan diberikan kepadanya faham serta pengetahuan dan menjadi seorang pengingat.

FATIHAH UNTUK SAMPAI HAJAT

Sheikh Mahayudin bin Al Arabi Khadas-allah Serah berkata:

"Sesiapa ada hajat, hendaklah ia membaca Fatihah sebanyak 41 kali, selepas sembahyang Maghrib, jangan ia bergerak dari tempat duduknya, hingga selesai membaca menurut bilangan yang tersebut."

Setelah itu bermohonlah ia kepada tuhan akan hajatnya, Insya Allah akan di makhbulkan.

WIRID FATIHAH

Sesiapa yang membaca Al Fatihah sebanyak 100 kali sehari pada tiap-tiap lepas sembahyang sebanyak 20 kali akan:

- Dimurahkan Allah rezekinya
- Diperbaiki hal ehwalnya.
- Dibersihkan hatinya.
- Diangkat darjatnya.
- Dimudahkan pekerjaannya.
- Dilepaskan ia daripada dukacita
- Dijauhkan dari mudharat.
- Diberi ia kerajinan dan semangat.
- Tidak kecewa.
- Dijauh dari hasutan syaitan.
- Diilham kepadanya kebajikan

FATIHAH - UNTUK KEMBALIKAN PANGKAT

Sesiapa yang dipecat dari pekerjaannya atau jatuh pangkat yang disandang olehnya dan sukakan ia kembali kepada pangkatnya, hendaklah ia membaca Fatihah sebanyak 41 kali diantara Sunat Subuh dan Fardhunya selama 40 hari.

Jangan kurang dari bilangan ini dan jangan putuskan ayat-ayat yang dibaca.

Insya Allah kembalilah pangkatnya semula atau menyandang pangkat yang lebih tinggi, percayalah kepada khudrat Allah.

FATIHAH UNTUK MENDAPATKAN ZURIAT

Sesiapa yang mandul tidak mendapat anak selama ia berkahwin dan suka pula hendak mendapat zuriat atau anak, hendaklah ia mengamalkan membaca surah Fatihah sebagaimana kaedah peraturan seperti ini:

Hendaklah membaca Fatihah sebanyak 41 kali selama 40 hari dengan tidak putus-putus dan tidak kurang bilangannya.

Masanya ialah diantara Sunat Subuh dan Fardhu Subuh.

Insya Allah ia akan mendapat zuriat yang soleh lagi baik.

FATIHAH DI ATAS KAPAS

Sesiapa membaca Fatihah 7 sebanyak 7 kali, kemudian diludahkan di atas sekeping kapas dan ditampalkan pada tempat yang luka atau kudis atau apa-apa sehaja penyakit kulit, akan bercantum lukanya dan sembuh kudisnya, dengan izin Allah Fatihah - Untuk Bereskan Pekerjaan

Sesiapa yang melakukan pekerjaan dan hendak selesaikan pekerjaan itu dengan baik, bacalah
Fatihah di tengah malam sebanyak 41 kali.

Insya Allah dimudahkan Allah pekerjaannya dengan tidak mendapat suatu gangguan dan apa saja pekerjaanya dengan izin Allah semuanya beres.

FATIHAH - PENGHILANG DAHAGA

Sesiapa yang berada dalam pelayaran atau perjalanan atau sesat maka takut ia dahaga atau lapar, hendaklah ia membaca Fatihah sekali di atas tapak tangannya, kemudian ditiupkan diatas tapak tangannya itu dan disapukan ke muka dan perutnya.

Insya Allah ia tidak akan merasa lapar atau dahaga pada hari itu.

FATIHAH - UNTUK MENGUBAT SAKIT TELINGA

Jika mengidap sakit telinga baru atau pun lama, hendaklah dituliskan Fatihah dalam satu bekas kemudian dihapuskan tulisan itu dengan minyak mawar dan titikkan ke dalam telinga, Insya Allah afiat.

FATIHAH - MINYAK FATIHAH

Jika di bacakan 70 kali Fatihah ke dalam minyak (apa saja jenis minyak) dan disimpan untuk persediaan bagi sakit-sakit angin, akhmar dan bagi menyegarkan tenaga dan urat. Juga bagi penyakit belakang dan pinggang. Insya Allah afiat apabila di gosokkan.

FATIHAH - SEBAGAI PENAWAR

Jika disengat binatang berbisa seperti lipan, kala atau ikan bersengat hendaklah diambil segelas air masuk kan sebutir garam jantan ( besar ) dalam air itu dan bacakan Fatihah sekali.

Kemudian diberi minum, Insya Allah akan hilang bisanya.

Wallahu a'lam.
Sumber: DRS. KHALIL IDHAM LIM

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...